Bagaimana Orang yang Tidak memiliki dasar Ilmu yang Kukuh ketika Berinteraksi dengan Hadith-hadith sifat?
Semua orang yang membaca hadith mengakui mengikuti hadith. Malah, bukan golongan yang mengikuti kebenaran saja, tetapi, golongan syaz yang tersesat daripada manhaj dan aqidah Islam yang sebenarnya pun seperti Muktazilah dan sebagainya juga mengakui mengikuti hadith-hadith Rasulullah s.a.w..
Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam kitab Al-Fatawa Al-Hadithiyyah menisbahkan kepada Imam Ibn 'Uyainah,beliau berkata: "Hadith itu menyesatkan kecuali bagi para fuqaha' (orang yang memahami hadith)".
Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam kitab tersebut lalu mensyarahkan perkataan itu:
"Sesungguhnya hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sama seperti Al-Qur'an dari sudut bahwa keduanya mengandung lafaz umum yang maknanya khusus begitu juga sebaliknya, bahkan ada juga yang mengandung nasikh mansukh yang tidak layak lagi beramal dengannya. Bahkan dalam hadith juga mengandung lafaz-lafaz yang dhahirnya membawa kepada tasybih seperti hadith yanzilu Rabbuna… yang mana tidak diketahui maknanya melainkan golongan fuqaha' (yang dimaksudkan ahli fiqh di sini merangkum pelbagai jenis ilmu terutama ilmu aqidah dan fiqh).
"Berbeda dengan mereka yang sekedar mengetahui apa yang dhahir daripada hadith-hadith (khususnya mutasyabihat) sehingga akhirnya dia (yang hanya faham hadith-hadith mutasyabihat dengan makna dhahir) pun sesat seperti yang berlaku pada sebahagian ahli hadith terdahulu dan masa kini seperti Ibn Taimiyyah dan para pengikutnya." (Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s 202)
Ini menunjukkan bahwasanya, tidak semua orang mampu berinteraksi dengan nas-nas daripada Al-Qur'an dan hadith tanpa di barengi garis panduan dan ilmu yang mendalam untuk memandunya dalam berinteraksi dengan keduanya tersebut.
Ringkasan Kesimpulan Menyeluruh
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya bahwasanya, hadith Al-Jariyyah ini diriwayatkan dengan banyak jalan dengan pelbagai lafaz yang berbeda-beda. Ia mengundang petunjuk bahwasanya lafaz hadith tersebut adalah kembali kepada pengaruh atau olahan perawi-perawi hadith dalam menyampaikan maksud tentang situasi tersebut.
Latar belakang keilmuan seseorang perawi juga ikut mempengaruhi olahan lafad tersebut. Adapun lafad aina Allah yang datang daripada riwayat Mu'awiyyah bin Al-Hakam dari satu riwayat (iaitu riwayat Imam Muslim) mengundang pelbagai persoalan karena bertentangan dengan lafad hadith yang sama dengan jalan sanad riwayat yang lebih banyak dan kuat.
Sehingga, sebahagian ulama' meletakkan hadith Al-Jariyyah dengan lafad aina Allah tersebut sebagai tafarrud (terasing) dan syaz (terasing lagi menyalahi riwayat yang lebih banyak dan kuat) yang tidak boleh dibuat berhujah dengan lafad aina Allah tersebut. Ini karena, dalam perbandingan dari sudut sanad saja, hadith Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim ini, walaupun tidak mencemarkan kesahihan sanadnya, namun tetap marjuh (lemah matannya di banding riwayat-riwayat lain yang lebih kuat). Bahkan, sebagian ulama' hadith menilainya sebagai mudthorib (yang menyalahi yang lebih kuat) dari sudut matan.
Dari suatu sudut yang lain, kajian secara perbandingan dari sudut matan juga didapati, lafad aina Allah juga adalah marjuh di banding lafad pertanyaan tentang kalimah syahadah yang terkandung dalam riwayat yang lebih kuat dan banyak.
Ini jika dibandingkan dengan nas-nas daripada hadith-hadith yang lain yang mencapai darjat mutawatir untuk menilai keislaman seseorang adalah melalui pertanyaan kalimah syahadah. Malah, pertanyaan aina Allah itu sendiri tidak mengandung pertanyaan tentang tauhid karana pegangan orang-orang musyrikin pada waktu itu adalah Allah di langit. Jadi, pertanyaan aina Allah tidak membawa kepada penilaian terhadap tauhid.
Oleh sebab itu, lafad pertanyaan kalimah syahadah sebenarnya adalah lebih kuat di banding lafad aina Allah berdasarkan kajian terperinci dari sudut kehendak usul Islam itu sendiri. Jumhur ulama' menguatkan riwayat kalimah syahadah dan sebagian yang lain menguatkan pendapat bahwasanya hadith ini diriwayatkan dengan secara makna oleh perawi karana hamba perempuan tersebut seorang yang bisu.
Hadith Al-Jariyyah ini juga dengan lafaz aina Allah merupakan hadith ahaad yang tidak boleh dijadikan dalil dalam masalah aqidah dan bertentangan dengan prinsip asas penilaian keislaman seseorang yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai hadith yang mutawatir.
Begitu JUGA, banyak ulama' mencuba membahas hadith Al-Jariyyah ini dengan lafad yang diriwayatkan oleh Imam Muslim secara majazi dengan mengembalikan hadith Al-Jariyyah dengan lafad pertanyaan aina Allah kepada nas-nas mutasyabihat. Hal ini diakui sendiri oleh Imam An-Nawawi r.a. dalam syarah beliau.
Malah, banyak juga dari kalangan ulama' hadith yang mensyarahkan makna lafaz aina Allah dan fi as-sama' dalam hadith Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim ini dengan syarah dan ulasan yang menepati aqidah murni Islam yaitu dengan menta'wilkannya daripada makna dhahirnya yang membawa kepada menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t. yang dipegang oleh golongan mujassimah.
Dalam kajian yang lebih mendalam, berbedanya lafad-lafad hadith tersebut mengundang kepada kedudukan hadith itu sebagai zhonni (mempunyai ruang yang tidak meyakinkan) yang secara jelas tidak boleh dijadikan hujah dalam masalah aqidah, apatah lagi menetapkan aqidah berdasarkan lafad yang marjuh (iaitu aina Allah).
Malah, Imam Muslim saja tidak meriwayatkan hadith tersebut dalam bab iman atau aqidah, sebaliknya dalam bab diharamkan berkata-kata di dalam solat. Hal ini jelas menunjukkan bahwasanya, Imam Muslim sendiri tidak bermaksud menjadikan hadith tersebut sebagai dalil dalam masalah aqidah.
Lebih kuat lagi adalah, Imam Al-Baihaqi menjelaskan bahwasanya dalam naskhah sahih Muslim yang beliau miliki, tidak mengandung kisahAl-Jariyyah tersebut sebagaimana yang telah dibahas sebelum ini. Malah, Imam Al-Bukhari juga tidak meriwayatkan hadith ini dalam kitab sahihnya, walaupun beliau meriwayatkannya dalam juz' khalq af'aal namun tanpa kisah Al-Jariyyah juga.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi bahwasanya, hadith Al-Jariyyah dengan lafad aina Allah dan fi as-sama' bukan saja tidak digunakan sebagai hujah dalam masalah aqidah, malahan lafaz tersebut tidak sesuai secara dhahirnya (atau secara hakikinya) dengan aqidah Islam yang menunjukkan bahwa hadis itu suatu kiasan atau mutasyabihat. Oleh sebab itu, hanya mereka yang mengikut hawa nafsu saja mengikuti dhahir daripada nas-nas mutasyabihat untuk tujuan menyebarkan fitnah terhadap agama itu sendiri.
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
'AmalahuLlahu bi althofiHi Al-Khafiyyah
Rujukan
Al-Qur'an Al-Karim
Sahih Al-Bukhari oleh Imam Al-Bukhari
Sahih Muslim oleh Imam Muslim
Sunan An-Nasa'ie oleh Imam An-Nasa'ie
Sunan At-Tirmizi oleh Imam At-Tirmizi
Al-Muwatho' oleh Imam Malik
Al-Musnad oleh Imam Ahmad
Al-Musonnaf oleh Imam Abdul Razzak
Sahih Ibn Hibban oleh Imam Ibn Hibban
As-Sunan Al-Kubra oleh Imam Al-Baihaqi
Al-Asma' wa As-Sifat oleh Imam Al-Baihaqi (dengan ta'liqat Al-Kauthari)
Tuhfah Al-Asyraf oleh Imam Al-Hafiz Al-Mizzi
Kasyf Al-Astar oleh Imam Al-Bazzar
Tarikh At-Tabari oleh Imam At-Thobari
Muqoddimah Ibn Sholah oleh Imam Ibn Sholah
Siyar A'laam An-Nubala oleh Imam Az-Zahabi
Al-Muqizhoh oleh Imam Az-Zahabi
Al-Mizan oleh Imam Az-Zahabi
Syarh Muslim oleh Imam An-Nawawi
Tafsir Ibn Kathir oleh Imam Ibn Kathir
Fath Al-Bari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqollani
Hady As-Sari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqollani
At-Takhlish Al-Khabir oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqollani
Tahzib At-Tahzib oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqollani
As-Saif As-Saqiloleh Imam As-Subki
tobaqot As-Syafi'iyyah Al-Kubra oleh Imam As-Subki
Al-Mufhim oleh Imam Abu Al-Abbas Ahmad bin Ibrahim Al-Qurthubi
Al-Jami'e As-Shoghir oleh Imam As-Suyuti
Majma' Az-Zawa'id oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami
Al-firaq bainal Firaq oleh Imam Al-Baghdadi
hilyatul Auliya’ oleh Imam Abu Nu'aim
Ittihaf Saadah Al-Muttaqin oleh Imam Az-Zabidi
Risalah Al-Qusyairiyah Imam Al-Qusyairi
Al-Fiqh Al-Absath himpunan risalah-risalah Imam Abu Hanifah
Al-Aqidah At-Tohawiyyah oleh Imam At-Tohawi
Tabyiin Kazbul Muftari oleh Imam Ibn 'Asakir
Risalah Aqidah An-Nasafiyyah oleh Imam Am-Nasafi
Shoid Al-Khatir oleh Ima Ibn Al-Jauzi
Daf Syubah At-Tasybih oleh Imam Ibn Al-Jauzi
An-Nihayah fi Gharib Al-Hadith
Torh At-Tathrib oleh Imam Al-Muhaddith Al-Hafiz Ahmad Al-Iraqi
'Umdah Al-Qari oleh Imam Al-Muhaddith Badruddin Mahmud bin Ahmad Al-'Aini Al-Hanafi (855 H)
syarh At-Tayyibi 'ala Misykat Al-Masobih 6/340) oleh Imam Husein bin Muhammad At-Tayyibi (743 H)
syarh Sunan At-Tirmizioleh Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabi
Ikmal Al-Mu'allim syarh sahih Muslim oleh Imam Muhammad bin Khalifah Al-Ubbi
Mukammil Ikmal oleh Imam Muhammad As-Sanusi Al-Hasani
Al-Fatawa Al-Hadithiyyah oleh Imam Ibn Hajar Al-Haitami
Asas At-Taqdis oleh Imam Fakhruddin Al-Razi
Najm Al-Muhtadi oleh Imam Ibn Al-Mu'allim
Hasyiyah Ad-Dasuki 'ala Ummil Barahin oleh Imam Ad-Dasuki
Syarh Fiqh Al-Akbar oleh Imam Al-Mulla 'Ali Al-Qari
Al-Fatawa Al-Hindiyyah
Qowa'id Al-Izz bin Abdil Salam oleh Imam Al-Izz bin Abd As-Salam
Fatwa Al-Ramli oleh Imam Al-Ramli
Al-Bahr Al-MuhithImam Az-Zarkasyi
Kifayah Al-Akhyar oleh Imam Al-Hishni
Al-Asybah wa An-Nazho'ir oleh Imam As-Suyuti
Al-Minhaj Al-Qowim oleh Imam Ibn Hajar Al-Haitami
Fath Al-Mu'inoleh Al-Allamah Sheikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari).
Hadith Al-Jariyyah oleh Dr. Umar Abdullah Kamil
Nazm Al-Mutanathir oleh Imam Al-Kattani
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Jangan lupa Tulis Saran atau Komentar Anda