News Update :
Home » » Sebagian Pendapat Imam Ahmad bin Hanbal r.a

Sebagian Pendapat Imam Ahmad bin Hanbal r.a

Penulis : Bagus Rangin on 16 Juni 2012 | 11.36.00





Tafwidh Ma’na bagi Nas-nas Mutasyabihat
============================

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. mengikut manhaj majoritas Salaf yang menyerahkan makna nas-nas mutasyabihat kepada Allah s.w.t. tanpa memahaminya dengan makna dhahir atau dengan maknanya dari sudut bahasa.

Imam Ibn Qudamah meriwayatkan perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.a. yang berkata:

نؤمن بها ونصدق بها لا كيف ولا معنى،

Artinya: “Kami beriman dengannya (ayat nuzul dan sebagainya) dan membenarkannya dengan tanpa kaif dan tanpa makna...” [Lam’atul I’tiqad m/s 9]

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjadikan perkataan ini sebagai dalil Tafwidh para ulama’ salaf dalam buku beliau Fusulun Fi Al-Aqidah(m/s: 68). Tafwidh berarti, menyerahkan makna sebenarnya  lafad kepada Allah s.w.t., karena sesuatu lafaz tersebut tidak difahami dengan maknanya dari sudut bahasa.

Mengingkari Faham Tajsim
==================
Imam Al-Baihaqi (ulama’ hadith yang agung) meriwayatkan (  perkataan Abu Al-Fadhl At-Tamimi):

وأنكر على من يقول بالجسم وقال إن الأسماء مأخوذة بالشريعة واللغة وأهل اللغة وضعوا هذا الاسم على كل ذي طول وعرض وسمك وتركيب وصورة وتأليف والله تعالى خارج عن ذلك كله فلم يجز أن يسمى جسما لخروجه عن معنى الجسمية ولم يجىء في الشريعة ذلك فبطل



Artinya: “Beliau (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari mereka yang menyifati Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata: Sesungguhnya, nama-nama Allah diambil dari syariat dan dari bahasa. Adapun ahli bahasa (Arab) meletakkan nama tersebut -jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya, sedangkan Allah s.w.t. di luar dari yang demikian (tidak mempunyai anggota dan sebagainya) Maka, tidak bisa Allah dinamai sebagai Jisim krna Allah s.w.t. di luar makna kejisiman (tidak beranggota, tiada ukuran, tiada bentuk dan sebagainya) dan syariat tidak menyebutnya maka batallah (faham Tajsim atau Allah berjisim).” [Manaqib Imam Ahmad oleh Imam Al-Baihaqi dan rujuk juga I’tiqad Al-Imam Al-Mubajjal Ibn Hanbal 294-295, dan lafaz daripada buku ini]

Berdasarkan perkataan Imam Abu Al-Fadhl At-Tamimi ini, Imam Ahmad r.a. menafikan bagi Allah s.w.t.  makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti berganggota badan, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya.

Imam Ahmad bukan sekedar menolak faham Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berfaham tajsim.

Imam Ibn Hamdan meriwayatkan dalam buku Nihayah Al-Mubtadi’in m/s 30 daripada Imam Ahmad r.a. bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berkata tentang kejisiman Allah walaupun bukan seperti jisim-jisim lain. diriwayatkan juga dalamTasynif Al-Masami’e (m/s 346).

Menafikan Batasan (Had) bagi Zat dan Sifat-sifat Allah s.w.t.
========================================

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. juga berkata:

إذا كانت بأسانيد صحاح ولا يوصف الله بأكثر مما وصف به نفسه بلا حد ولا غاية

Maksudnya: “Jika riwayat-riwayat (mutasyabihat) dengan sanad yang sahih, maka kita tidak menyifati Allah lebih daripada apa yang Allah s.w.t. sifatkan tentang diriNya dengan tanpa had dan tanpa batas…” [Syi’ab Al-Iman 1/105]



Ta’wil Mutasyabihat
=============

Manhaj Ta’wil adalah memalingkan lafaz daripada maknanya yang asal dari sudut bahasa,apakah memberi makna lain selain dari makna dhahirnya ataupun tidak. Ini kerana, konteks sesuatu perkataan dalam bahasa Arab bisa difahami apakah secara dhahir atau kiasan. berdasarkan petunjuk dalam ayat tersebut. Jadi, para ahli bahasa menegaskan bahwasanya, jika ada halangan atau petunjuk untuk memahami sesuatu perkataan dalam bahasa Arab secara dhahir, maka boleh difahami dengan makna kiasan. Makna kiasan atau makna lain inilah difahami sebagai Ta’wil.

Imam Ahmad r.a. selalu menta’wilkan nas-nas mutasyabihat dengan tidak memberi makna lain lalu manhaj ini dikenal sebagaiTafwidh Ma’na. Namun, kadang-kala juga, beliau memberi ta’wil nas-nas mutasyabihat yang mana secara jelas dapat difahami dengan konteks keseluruhan ayat tersebut.

Misalnya, diriwayatkan oleh Al-Hafiz Imam Al-Baihaqi r.a. dalam Manaqib Imam Ahmad, daripada Al-Hakim ( penilik kitab Al-Mustadrak), daripada Abu Amr As-Sammak daripada Hanbal (bin Ishaq bin Hanbal, anak saudara Imam Ahmad):

Bahawasanya Imam Ahmad r.a. menta’wilkan firman Allah: “Telah datang Tuhanmu…” dengan : “Telah datang pahalaNya”. [Manaqib Ahmad bin Hanbal dan rujuk juga Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/327]



Tawassul dengan Rasulullah s.a.w..
======================

Sheikh Ibn Taimiyyah berkata dalam fatwanya:

“Imam Ahmad berkata dalam Mansaknya yang ditulis kepada temannya yaitu Imam Al-Maruzi bahawasanya beliau (Imam Ahmad) bertawassul dengan (kedudukan) Nabi s.a.w. dalam doanya” [rujuk fatwa beliau 1/140 dan juga dalam Al-Insaf fi Ma`rifat Al-Rajih min Al-Khilaf `ala mazhab al-Imam al-Mubajjal Ahmad ibn Hanbal oleh Ala' al-Din al-Mardawi 3:456]

Memang terkenal di mana Imam Ahmad r.a. membenarkan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. secara khusus, berdasarkan dalil yang beliau sendiri riwayatkan dalam Musnad-nya tentang Saidina Uthman bin Hunaif r.a.. [rujuk Fusulun Fi Al-Aqidah oleh Dr. Al-Qaradhawi m/s: 261]



Tabarruk
======

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bertanya kepada ayahnya tentang seorang lelaki yang mengusap kubur Nabi s.a.w. dan mimbar, lalu Imam Ahmad menjawab: “Tidak mengapa begitu”. [Iqthida’ As-Sirat Al-Mustaqim m/s 401]

Dinukilkan jug oleh Ibnu Jamaah (as-Syafi’i) bahawasanya: “Abdullah bin Ahmad bin Hambal pernah menceritakan perihal ayahnya. Ia (Abdullah) meriwayatkan: Aku pernah bertanya kepada ayahku tentang seseorang yang menyentuh mimbar Rasul dan bertabarruk dengan mengusap-usap juga menciumnya. Dan melakukanNYA TERHADAP kuburan sebagaimana hal tadi (mengusap dan mencium) dengan tujuan mengharap pahala Allah. Beliau menjawab: “Tidak mengapa” [Wafa’ al-Wafa’: 4/1414].

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata lagi: “Saya melihat ayahndaku (Imam Ahmad) mengambil rambut Rasulullah s.a.w. lalu meletakkannya di mulutnya lalu menciumnya” [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/212]



Mencium Maqam Nabi s.a.w.
===================

Imam Al-Hafiz Al-‘Iraqi meriwayatkan:

أخبرني أبو سعيد العلاني قال: رأيت في كلام ولد أحمد بن حنبل في جزء قديم أن الإمام أحمد سئل عن تقبيل قبر النبي صلى الله عليه وسلم وتقبيل غيره، فقال: لا بأس بذلك

Maksudnya: “Abu Sa’id Al-‘Allani memberitahuku bahwasanya: “Aku melihat dalam perkataan anak Imam Ahmad bin Hanbal dalam Juz’ Qadim (risalah ringkas yang lama) bahawasanya Imam Ahmad bin Hanbal ketika ditanya tentang mencium kubur Nabi s.a.w. dan mencium selainnya (selain maqam Nabi s.a.w.) lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa demikian”. [Ar-Rad Al-Muhkam Al-Matin   273]

Dinukilkan juga oleh Sheikh Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Maqri dalam kitab Fathu al-Muta’al bi Shifat an-Ni’al:

“Dinukilkan daripada Waliyuddin al-Iraqi yang menyatakan: al-Hafiz Abu Sa’id bin al-‘Ala menyatakan: Aku melihat ungkapan Ahmad bin Hambal pada cetakan/bagian lama (juz’ qodim) dimana terdapat tulisan tangan Khath bin Nashir dan dari beberapa al-Hafiz lainnya yang menyatakan bahawasanya: “Sesungguhnya Imam Ahmad (bin Hambal) pernah ditanya tentang mencium kubur Nabi dan mencium mimbarnya. Lantas beliau berfatwa: “Hal itu tidak mengapa”.

Ia (al-Hafiz Abu Sa’id bin al-‘Ala) berkata: “Lantas kutunjukkan hal itu kepada at-Taqi Ibnu Taimiyah kemudian dia terkejut dengan hal itu dengan menyatakan: “Aku hEran dengan (Imam) Ahmad yang sangat mulia disisiku, TETAPI begini ungkapannya atau kandungan ungkapannya”.

Lantas (al-Hafidz Abu Sa’id bin al-‘Ala) berkata lagi: “Adakah ia hal itu menghErankan sedangkan kita telah mengisahkan berkaitan dengan Ahmad bahwa ia telah mencuci baju As-Syafi’ie (Ibn Idris) dan lantas meminum air bekas cucian tadi” [Lihat: Manaqib Ahmad karya Ibnu Jauzi m/s: 609, dan Al-Bidayah wa an-Nihayah 1/365 pada kejadian tahun 241 H].

Ia menguatkan lagi riwayat Abdullah bin Ahmad bin Hanbal sebelum ini yang menunjukkan pendirian Imam Ahmad yang membenarkan tabarruk khususnya dengan BEKAS peninggalan Rasulullah s.a.w..



Sufi dan Tasawwuf
===============
Sheikh Ibn Taimiyyah menyebut dalam risalah berjudul As-Sufiyyah wa Al-Fuqara’ pada awal perbahasan beliau:

وقد نقل التكلم به من غير واحد من الأئمة والشيوخ كالإمام أحمد وأبي سليمان الداراني وغيرهما

Maksudnya: “Telah diriwayatkan dari bukan seorang kalangan para imam dan syuyukh yang berbicara dengannya (lafaz Sufi dan Tasawwuf) termasuk seperti Imam Ahmad, Abu Sulaiman Ad-Darani dan selain mereka”. [As-Sufiyyah wa Al-Fuqara’: 1]

Ibrahim bin Abdillah Al-Qalanasi meriwayatkan bahawasanya Imam Ahmad berkata tentang golongan sufi:

لا أعلم قوماً أفضل منهم.

Maksudnya: “Aku tidak MENdapati suatu golongan pun yang lebih baik daripada mereka”.

Lalu dikatakan kepadanya: “Tapi, mereka mendengar (qasidah-qasidah) dan saling tawajud (bergerak-gerak dalam menghayati qasidah)”.

Lalu Imam Ahmad berkata:

دعوهم يفرحوا مع الله ساعة

Maksudnya: “Biarkanlah mereka bergembira bersama Allah s.w.t.  ketika itu (menghayati qasidah)”. [Ghiza’ Al-Albab: 1/120, Matba’ah An-Najah tahun 1906]

Imam Ahmad .r.a menasihati anaknya Abdullah dengan berkata:

Wahai anakku, hendaklah kamu duduk dengan ahli tasawwuf, kerana mereka ibarat sumber ilmu dan mereka sentiasa mengingati Allah dalam hati mereka. [Tanwir Al-Qulub: 405]

Pujuan Terhadap Sebahagian Ulama’ Sufi di Zaman Beliau
=======================================
Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang sufi bernama Bisyr bin Al-Harith (w: 227) lalu beliau menjawab:

))هو رابع سبعة من الأبدال((

Maksudnya: “Dia adalah keempat daripada tujuh Abdal”

[Tarikh Baghdad oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 7/72]

Suatu ketika, anak Imam Ahmad bernama Abdullah bertanya kepada Imam Ahmad tentang Ma’ruf Al-Karkhi, seorang ulama’ sufi. Beliau bertanya:

“Adakah Ma’ruf itu orang yang mempunyai ilmu?”

Lalu, Imam Ahmad menjawab:

كان معه رأس العلم وهو خشية الله

Maksudnya:

“Beliau mempunya segala ilmu yaitu takut kepada Allah” [Tarikh Baghdad 13/201]

Imam Ahmad juga sangat menghormati seorang sufi bernama Abu Ishaq An-Naisaburi. Beliau berkata sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi

إن كان ببغداد أحد من الأبدال، فأبو اسحاق النيسبوري

Maksudnya:

“Jika di Baghdad ini ada seorang (wali) Abdal, maka sudah tentu dia adalah Abu Ishaq An-Naisaburi” [Siyar A’lam An-Nubala’ pada terjemah no 2228]



Mendengar Qasidah Sufi dan Bertawajud (Penghayatan]
======================================

Imam Al-Khalfani bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal r.a.: “Apakah pendapat anda tentang qasidah-qasidah (kesufian) lagu-lagu (sama’) yang didengarkan oleh kaum sufi lalu mereka bertawajjud (mendapat penghayatan) dengannya?” Imam Ahmad bertanya: “Contohnya?” Maka Imam Al-Khalfani berkata:

إذا ما قال لي ربي *** أما استحييت تعصيني‏

وتخفي الذين من غيري *** وبالعصيان تأتيني‏

Maksudnya:

“Jika Tuhanku berkata (firman) kepadaku,

Tidakkah dikau malu ketika menderhakaiKu?

Sedang engkau sembunyikan (maksiat) dari mereka (manusia) selainKu,

Dan dengan kedurhakaan itu engkau datang kepadaKu?”

Maka setelah irtu Imam Ahmad menutup pintu lalu mengulangi nasyid tersebut beberapa kali (dalam rumahnya sendirian). [Tobaqat Al-Hanabilah: 3/132]

Imam As-Safarini Al-Hanbali meriwayatkan daripada Ibrahim Al-Qalanisi bahawasanya Imam Ahmad berkata tentang golongan sufi:

لا أعلم قوماً أفضل منهم.

Maksudnya: “Aku tidak mendapati suatu golongan pun yang lebih baik daripada mereka”.

Lalu dikatakan kepadanya: “Tapi, mereka mendengar (qasidah-qasidah) dan saling tawajud (bergerak-gerak dalam menghayati qasidah)”.

Lalu Imam Ahmad berkata:

دعوهم يفرحوا مع الله ساعة



Maksudnya: “Biarkanlah mereka bergembira bersama Allah s.w.t. ketika itu (menghayati qasidah)”. [Ghiza’ Al-Albab: 1/120]

Membaca Al-Qur’an dan Menyampaikan Pahalanya kepada Si Mati
==============================================


Imam Abu Bakr Al-Maruzi berkata: Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal r.a. berkata:

إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا آية الكرسي وثلاث مرات قل هو الله أحد ثم قولوا: اللهم اجعل فضله لأهل المقابر

Maksudnya: “Jika kamu memasuki kawasan pekuburan, maka bacalah ayat Al-Kursi dan bacalah tiga kali “هو الله أحد”kemudian katakanlah (berdoalah): “Wahai Tuhan, jadikanlah kelebihannya (bacaan tadi) bagi ahli kubur ini” [Al-Majmu’ah Al-Yusufiyyah 1/443 dan Ihya’ Ulumiddin 2/147]

Imam Abu Muhammad bin Qudamah Al-Maqdisi berkata di akhir kitab Al-Jana’iz dalam buku beliau Al-Mughni:

Tidak mengapa membaca Al-Qur’an di perkuburan. Telah diriwayatkan daripada Imam Ahmad r.a.:

إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا آية الكرسي وثلاث مرات قل هو الله أحد ثم قولوا: اللهم اجعل فضله لأهل المقابر

Maksudnya: “Jika kamu memasuki kawasan perkuburan, maka bacalah ayat Al-Kursi dan bacalah tiga kali “هو الله أحد”kemudian katakanlah (berdoalah): “Wahai Tuhan, jadikanlah kelebihannya (bacaan tadi) bagi ahli kubur ini”. sama seperti lafaz di atas tetapi dalam rujukan yang berbeda.



Pendirian Tentang Hadith Dha’if dalam Fadha’il Al-A’mal
======================================


Imam Ahmad r.a. berkata:

وإذا روينا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في فضائل الأعمال وثوابها وترغيبها وما لا يضع حكماً ولا يرفعه تساهلنا في الأسانيد

Maksudnya:

“Jika kami meriwayatkan daripada Rasulillah s.a.w. pada Fadha’il Al-A’mal, pahala-pahala amalan, , dan apa yang tidak berkaitan dengan meletakkan seseuatu ketentuan hukum atau mengangkatnya (hukum), maka kami mempermudahkan dari sudut (penelitian) sanad-sanad.” [Syazrat Az-Zahab oleh Ibn Al-‘Imad Al-Hanbali]

Imam Al-‘Iraqi berkata dalam syarah Alfiyahnya 2/291:-

“Adapun hadith tertolak yang tidak sampai tahap maudhu’ (palsu) sanadnya, riwayatkannya tanpa menjelaskan kedho’ifannya, jika ia bukan berkaitan dengan masalah hukum-hakam dan maslaah aqidah,  sekadar dalam masalah targhib, tarhib, cerita-cerita, fadho’il amal dan sebagainya… Ini pendapat sebagian imam seperti Ibn Mahdi, Ibn Mubarak, Imam Ahmad dan sebagainya”

Imam As-Suyuti pula berkata dalam Tadrib Al-Rawi (1/298):-

“Diriwayatkan daripada Imam Ibn Hanbal, Imam Ibn Mahdi dan Imam Ibn Mubarak berkata: “Jika dalam bab halal dan haram, maka kami akan menitik beratkan masalah kedudukan hadith namun jika kami riwayatkan dalam bab fadho’il dan sebagainya, maka kami akan mempermudahkan (bertoleransi)...”
Tidak Boleh Menyalahkan Ijtihad Ulama’ Lain dalam Masalah Fiqhiyyah (Zhonniyyah)
=========================================================

Kecenderungan  sebagian pihak menyalahkan ijtihad para ulama’ yang bertentangan dengan pandangan mereka itu  bukan manhaj sebenarnya para ulama’ dalam berselisih pendapat pada masalah-masalah Fiqhiyyah.

Oleh sebab itulah, Imam Ibn Muflih berkata:

ونقل ابن مفلح في الآداب الشرعية (1/186) عن الإمام أحمد رضي الله عنه تحت عنوان: " لا إنكار على من اجتهد فيما يسوغ فيه خلاف في الفروع ". ما نصه: " وقد قال أحمد في رواية المروزي:...".


: Imam Ahmad berkata: tidak boleh mengingkari atas orang yang berijtihad dalam hal yang ada kemungkinan perbedaan dalam masalah furu";fiqh.
“Imam Ahmad berkata pada riwayat Al-Maruzi:

لا ينبغي للفقيه أن يحمل الناس على مذهب ولا يشدد عليهم

Maksudnya: “Tidak boleh seseorang faqih mengajak manusia kepada suatu mazhab tertentu dan tidak boleh  atas mereka (memaksa seseorang mengikut ijtihad tertentu)”. [Al-Adab As-Syar’iyyah: 1/186]

Ini juga menjadi petunjuk bahawasanya, seseorang ahli ilmu tidak boleh mengingkari ijtihad ulama’ lain yang tidak sesuai dengan ijtihad yang dipegang olehnya, apatah lagi menuduh ijtihad-ijtihad ulama’ lain sebagai bid’ah dan sebagainya.

Wallahu a’lam...
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari
‘AmalahuLlahu bi LutfiHi Al-Khafiy

DiNuqilkan Oleh : Bagus Rangin ~ Kertajati-Majalengka

pucukpucuk Agan sedang membaca artikel tentang: Sebagian Pendapat Imam Ahmad bin Hanbal r.a. Silakan agan copy dan paste atau sebarluaskan artikel ini jika dinilai bermanfaat,Ane juga menyediakan buku terjemahan kitab yang membantah wahabi: 1. buku "bid'ah mahmudah dan bid'ah idhafiyah antara pendapat yang membolehkan dan yang melarang" terjemah dari kitab: albid'atul mahmudah wal bid'atul idhafiyah bainal mujiziina wal maniin" karya Syaikh abdul fattah Qudais Al Yafi"i, 2.Terjemah kitab ‘At Tabaruk Bi As Sholihin Baina Al Muzijiin wa Al Maani’in: Mencari Keberkahan Kaum Sholihin Antara Pendapat yang Membolehkan dan yang Melarang, hub admin: hp/WA 0857-5966-1085.syukron :

*** Dapatkan buku terjemah disini ***

Share this article :

Posting Komentar

Jangan lupa Tulis Saran atau Komentar Anda

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger