KhUSUS kepada mereka yang JUJUR ingin memahami tentang jawaban daripada tuduhan golongan Wahhabi mengenai al- Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari bertaubat dari manhaj yang disusun oleh beliau yang kita ketahui sekarang ini. Kami sediakan artikel ini agar kekeliruan yang di cetuskan oleh golongan Wahhabi ini dapat di hindarkan.
Artikel ini perlu dibaca hingga tuntas, jika tidak, anda tidak akan faham. Baca perlahan-lahan dan jauhkan membaca dalam keadaan emosi.
Ada artikel yang tersebar di kalangan sebagian pakar, khususnya di kalangan golongan wahhabi yang mengatakan bahwa perjalanan pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fase dalam kehidupan beliau. (Lihat Mauqif Ibn Taimiyah min al-Asya`irah, Abd al-Rahman bin Saleh al-Mahmud(1995),Maktabah al- Rusyd,Riyadh,hal. 378.)
- Pertama: Fase ketika al Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari mengikuti femahaman Muktazilah dan menjadi salah satu tokoh Muktazilah hingga berusia 40 tahun.
- Kedua: Fase di mana al Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar dari aliran Muktazilah dan merintis mazhab pemikiran teologis (ilmu akidah) dengan mengikuti mazhab Ibn Kullab.
- Ketiga: Fase di mana al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada mazhab yang dirintisnya iaitu mengikuti mazhab Ibn Kullab dan kembali kepada Ahl al-Sunnah Wa al Jama`ah yang mengikut manhaj Salaf al-Salih dengan mengarang sebuah kitab yang berjudul al Ibanah `an Usul al-Diyanah.
Berdasarkan hal ini,golongan Wahhabi membuat kesimpulan bahwa mazhab al-Asy`ari yang berkembang dan diikuti oleh majoriti kaum muslimin hingga saat ini adalah pemikiran al- Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari pada fase kedua iaitu mengikuti mazhab Ibn Kullab yang bukan dari femahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan telah dibuang oleh al-Imam al- Asy`ari, dengan kitab terakhir yang ditulis oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari iaitu al-Ibanah `an Usul al-Diyanah.
Oleh karena itu, mazhab al- Asy`ari yang ada sekarang sebenarnya mengikuti mazhab Ibn Kullab yang tidak mengikuti femahaman Ahl al-Sunnah Wa al- Jama`ah dan tidak mengikuti mazhab al-Asy`ari pada fase ketiga yang asli iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Inilah kenyataan daripada artikel yang direka oleh golongan Wahhabi/Salafi dan tuduhan yang disebar secara menyeluruh oleh mereka pada dewasa ini. Oleh karena hal itu, artikel yang dibuat oleh golongan Wahhabi ini sudah tentu mempunyai banyak pendustaan mengenai fakta sejarah dan fakta ilmiah.
Sebelum kita mengkaji artikel di atas satu persatu, ada baiknya kita memperinci terlebih dahulu makna yang tersembunyi (hidden meaning) di balik artikel mereka itu. Apabila hal tersebut dikaji, ada tiga makna yang tersembunyi di balik artikel tersebut.
Pertama: Perkembangan pemikiran al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari melalui tiga fase di dalam kehidupannya,1.Muktazilah,2. mengikuti mazhab Ibn Kullab dan terakhir beliau kembali kepada ajaran Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah. Ini adalah artikel pokok yang dipropagandakan oleh golongan Wahhabi. Artikel ini mengandung dua artikel .
Kedua: Abdullah bin Sa`id bin Kullab bukan pengikut Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah.
Ketiga: Kitab al-Ibanah `an Usul al- Diyanah merupakan fase terakhir dalam kehidupan al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari iaitu fase kembalinya al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kepangkuan ajaran Salaf al-Salih atau Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah.
SANGGAHAN/BANTAHAN
Pertama, Pemikiran al Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fase?
Benarkah pemikiran al-Imam Abu Hassan al-Asy`ari melaui tiga peringkat perkembangan di dalam kehidupannya?
Untuk menjawab pertanyaan ini, kita harus mengamati dan mengkaji sejarah kehidupan al- Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang ditulis oleh para alim ulama’. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari merupakan salah seorang tokoh kaum Muslimin yang sangat masyhur dan mempunyai fakta yang jelas. Beliau bukan tokoh kontroversial dan bukan tokoh yang misteri iaitu perjalanan hidupnya tidak diketahui orang, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hal yang amat penting seperti yang kita bicarakan ini. Seandainya kehidupan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari seperti kenyataan dalam artikel yang di reka oleh Wahhabi/Salafi Gadungan itu, menyatakan bahwa al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari melalui tiga fasa perkembangan pemikiran, maka sudah tentu para sejarawan akan menyatakannya dan menjelaskannya di dalam buku- buku sejarah.
Maklumat mengenai ini juga sudah pasti akan masyhur dan tersebar luas sebagaimana fakta sejarah hanya menyatakan bahwa al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari hanya bertaubat dan meninggalkan fahaman Muktazilah saja. Semua sejarawan yang menulis biografi al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari hanya menyatakan kisah naiknya al-Imam Abu al- Hassan al- Asy`ari ke atas mimbar di masjid Jami`Kota Basrah dan berpidato dengan menyatakan bahawa beliau telah keluar daripada fahaman Muktazilah.
Di sini kita bertanya, adakah sejarawan yang menyatakan kisah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar dari femahaman pemikiran Abdullah bin Sa`id bin Kullab? Sudah tentu jawapannya,tidak ada.Apabila kita menelaah atau meneliti buku-buku sejarah,kita tidak akan mendapatkan fakta atau maklumat yang mengatakan al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari bertaubat dari ajaran Ibn Kullab baik secara jelas mahupun samar.
Oleh karena itu, maklumat atau fakta yang kita dapati ialah kesepakatan para sejarawan bahwa setelah al-Imam Abu Hassan al-Asy`ari bertaubat daripada faham Muktazilah, beliau kembali kepada ajaran Salaf al-Salih seperti kitab al- Ibanah dan lain-lain yang ditulisnya dalam rangka membela mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Al-Imam Abu Bakr bin Furak berkata: "Syaikh Abu al-Hassan Ali bin Ismail al-Asy`ari radiyallahu`anhu berpindah daripada mazhab Muktazilah kepada mazhab Ahl al- Sunnah Wa al- Jama`ah dan membelanya dengan hujjah-hujjah rasional dan menulis karangan- karangan dalam hal tersebut…" (Tabyin Kidzb al- Muftari, al-Hafiz Ibn Asakir (1347 H) tahqiq Muhammad Zahid al- Kautsari, Maktabah al-Azhariyyah li at-Turats, cet.1, 1420H, hal 104)
Sejarawan terkemuka, al-Imam Syamsuddin Ibn Khallikan berkata: "Abu al-Hassan al-Asy`ari adalah perintis pokok-pokok akidah dan berupaya membela mazhab Ahl al- Sunnah. Pada mulanya Abu al- Hassan adalah seorang Muktazilah, kemudian beliau bertaubat dari pandangan tentang keadilan Tuhan dan kemakhlukan al-Quran di masjid Jami` Kota Basrah pada hari Jumaat". (Wafayat al -A’yan, al-Imam Ibn Khallikan, Dar Shadir,Beirut, ed. Ihsan Abbas, juz 3, hal. 284)
Sejarawan al-Hafiz al-Zahabi berkata: "Kami mendapat informasi bahwa Abu al- Hassan al-Asy`ari bertaubat dari faham Muktazilah dan naik ke mimbar di Masjid Jami’ Kota Basrah dengan berkata :Dulu aku berpendapat bahawa al-Quran itu makhluk dan…Sekarang aku bertaubat dan bermaksud membantah terhadap fahaman Muktazilah". (Syiar A`lam al-Nubala, al- Hafidz al- Zahabi,Muassasah al-Risalah, Beirut, ed. Syuaib al-Arnauth, 1994, hal. 89)
Sejarawan terkemuka, Ibn Khaldun berkata: "Hingga akhirnya tampil Syaikh Abu al-Hassan al- Asy`ari dan berdebat dengan Sebahagian tokoh Muktazilah tentang masalah-masalah shalah dan aslah, lalu dia membantah metodologi mereka (Muktazilah) dan mengikut pendapat Abdullah bin Said bin Kullab, Abu al-Abbas al-Qalanisi dan al-Harith al-Muhasibi daripada kalangan pengikut Salaf dan Ahl al-Sunnah". (Ibn Khaldum (2001), al-Muqaddimah, Dar al-Fikr, Beirut, ed. Khalil Syahadah, h. 853)
Fakta yang dikemukakan oleh Ibn Khaldum tersebut menyimpulkan bahwa setelah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada faham Muktazilah, beliau mengikuti mazhab Abdullah bin Sa`id bin Kullab, al-Qalanisi dan al-Muhasibi yang merupakan pengikut ulama’ Salaf dan Ahl al- Sunnah Wa al Jama`ah.
Demikian juga, maklumat atau fakta sejarah yang dinyatakan di dalam buku- buku sejarah yang menulis biografi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari seperti Tarikh Baghdad karya al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi,Tabaqat al- Syafi`iyyah al-Kubra karya al- Subki,Syadzarat al-Dzahab karya Ibn al-Imad al-Hanbali, al-Kamil fi al-Tarikh karya Ibn al-Atsir, Tabyin Kizb al-Muftari karya al-Hafiz Ibn Asakir, Tartib al-Madarik karya al- Hafiz al-Qadhi Iyadh, Tabaqat al-Syafi`iyyah karya al-Asnawi, al- Dibaj al-Muadzahhab karya Ibn Farhun, Mir`at al-Janan karya al- Yafi`I dan lain-lain, semunya sepakat bahwa setelah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar dari fahaman Muktazilah, beliau kembali kepada mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikut metodologi Salaf.
Disamping itu, seandainya al- Imam Abu Hassan al-Asy`ari ini melalui tiga peringkat aliran pemikiran, maka sudah tentu hal tersebut akan diketahui dan dikutip oleh murid-murid dan para pengikutnya kerana mereka semua adalah orang yang paling dekat dengan al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari dan orang yang melakukan kajian tentang pemikiran dan sejarah perjalanan hidupnya. Oleh kareena itu sudah semestinya mereka akan lebih mengetahui daripada orang lain yang bukan pengikutnya, lebih- lebih lagi melibatkan tokoh besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari yang pasti menjadi buah mulut pelajar dan para alim ulama’. Oleh itu jelaslah, bahwa ternyata selepas kita merujuk kepada kenyataan murid-murid dan para pengikut al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari, kita tidak akan menemui fakta sejarah yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan telah melalui tiga fasa pemikiran yang di dakwa oleh golongan Wahhabi/Salafi Gadungan ????!!!.
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan para pengikutnya bersepakat bahwa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan faham Muktazilah dan beliau berpindah kepada Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah seperti yang diikuti oleh al-Harith al-Muhasibi,Ibn Kullab,al Qalanisi, al-Karabisi dan lain-lain.
Apabila kita mengkaji karya-karya para alim ulama’ yang mengikuti dan pendukung mazhab al-Asy`ari seperti karya-karya yang dikarang oleh al-Qadhi Abu Bakar al- Baqillani, al-Syaikh Abu Bakr bin Furak, Abu Bakr al-Qaffal al-Syasyi, Abu Ishaq al-Syirazi, al-Hafiz al-Baihaqi dan lain-lain. Kita semua tidak akan menemukan satu fakta pun yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari meninggalkan mazhab yang dihidupkan kembali olehnya iaitu Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah, sehingga tidak rasional apabila golongan Wahhabi/Salafi dakwaan mengatakan al-Imam Abu al- Hassan al- Asy`ari telah meninggalkan mazhabnya tanpa diketahui oleh para murid- muridnya dan pendukungnya.
APAKAH WAHABI YG SALAH MENGARTIKAN AQIDAH SALAF ATAU MAYORITAS ULAMA YG KETEMU SALAF LGSG YG SALAH MEMAHAMI PNDPT2 SALAF??
Ini adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan dusta sama sekali yang jauh dari kebenaran.
Golongan Wahhabi/Salafi menyatakan bahwa al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari meninggalkan mazhab yang dirintiskan olehnya bersandarkan metodologi al- Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari di dalam kitabnya al- Ibanah `an Usul al-Diyanah dan sebahagian kitab-kitab lainnya yang mengikuti metodologi tafwidh berkaitan sifat-sifat Allah di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Metodologi tafwidh ini adalah metodologi majoriti ulama’- ulama’ Salaf al-Salih. Berdasarkan hal ini, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dianggap menyalahi atau meninggalkan metodologi Ibn Kullab yang tidak mengikuti metodologi salaf sebagaimana yang di tuduhkan oleh golongan Wahhabi ini.
Dari sini lahirlah sebuah pertanyaan, apakah isi kitab al- Ibanah yang di klaim sebagai mazhab Salaf bertentangan dengan metodologi Ibn Kullab, atau dengan kata lain, adakah Ibn Kullab bukan pengikut mazhab Salaf seperti yang ditulis oleh al- Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari di dalam kitab al-Ibanah???
Pertanyaan di atas membawa kepada kita untuk mengkaji kenyataan berikutnya.
KEDUA, IBN KULLAB BUKAN ULAMA’ SALAF DAN AHL AL- SUNNAH WA AL- JAMA`AH ???
Setelah al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari meninggalkan faham Muktazilah, dia mengikuti metodologi Abdullah bin Sa`id bin Kullab al-Qaththan al-Tamimi.
Artikel tersebut telah menjadi kesepakatan bagi kita dengan kelompok yang mengatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fase tetapi mereka berbeda dengan kita, kerana kita mengatakan bahwa metodologi Ibn Kullab sebenarnya sama dengan metodologi Salaf,karena Ibn Kullab sendiri termasuk dalam kalangan tokoh ulama’ Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikuti metodologi Salaf.
Hal ini bisa dilihat dengan memperhatikan pernyataan para pakar berikut ini.
Al-Imam Tajuddin al-Subki telah berkata: Bagaimanapun Ibn Kullab termasuk Ahl al Sunnah… Aku melihat al-Imam Dhiyauddin al- Khatib, ayah al-Imam Fakhruddin al-Razi, menyebutkan Abdullah bin Said bin Kullab di dalam akhir kitabnya Ghayat al-Maram fi Ilm al-Kalam, berkata: Di antara teologi Ahl al-Sunnah pada masa khalifah al-Makmun adalah Abdullah bin Said al-Tamimi yang telah mengalahkan Muktazilah di dalam majlis al-Makmun dan memalukan mereka dengan hujjah-hujjahnya (Al-Subki(t.t), Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra, Dar Ihya’ al-Kutub, Beirut, ed Abdul Fattah Muhammad dan Mahmud al-Tanahi, juz 2, hal. 300)
Al-Hafiz Ibn Asakir alDimasyqi telah berkata: Aku pernah membaca tulisan Ali ibn Baqa’ al- Warraq, ahli hadith dari Mesir, berupa risalah yang ditulis oleh Abu Muhammad Abdullah ibn Abi Zaid al-Qairawani, seorang ahli fiqih mazhab al-Maliki. Dia adalah seorang tokoh terkemuka mazhab al-Imam Malik di Maghrib (Moroko pen) pada zamannya. Risalah itu ditujukan kepada Ali ibn Ahmad ibn Ismail al- Baghdadi al- Muktazili sebagai jawapan terhadap risalah yang ditulisnya kepada kalangan pengikut mazhab Maliki di Qairawan karena telah memasukkan pandangan-pandangan Muktazilah. Risalah tersebut sangat panjang sekali, dan sebagian jawaban yang ditulis oleh Ibn Abi Zaid kepada ali bin Ahmad adalah sebagaimana berikut: Engkau telah menisbahkan Ibn Kullab kepada bid`ah, padahal engkau tidak pernah menceritakan suatu pendapat dari Ibn Kullab yang membuktikan dia memang layak disebut ahli bid`ah. Dan kami samasekali tidak mengetahui adanya orang (ulama’- pen) yang menisbahkan Ibn Kullab kepada bid`ah. Justeru maklumat yang kami terima, Ibn Kullab adalah pengikut sunnah (ahl al- Sunnah pen) yang melakukan bantahan terhadap Jahmiyyah dan pengikut ahli bid`ah lainnya, dia adalah Abdullah ibn Sa’id ibn Kullab (al- Qaththan, wafat 240H pen). (Tabyin Kidzb al-Muftari oleh al- Hafiz Ibn Asakir (1347 H) tahqiq Muhammad Zahid al- Kautsari,Maktabah al- Azhariyyah li at- Turats, cet.1, 1420 H, hal 298 299))
Data sejarah yang disampaikan oleh al-Hafiz Ibn Asakir di atas memuatkan kesaksian yang sangat penting dari ulama’ sekaliber al-Imam Ibn Abi Zaid al-Qairawani terhadap Ibn Kullab,bahawa ia termasuk pengikut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan bukan pengikut ahli bid`ah.
Al-Hafiz al-Dzahabi telah berkata: Ibn Kullab adalah seorang tokoh ahli kalam (teologi - ilmu berkenaan dengan ketuhanan) daerah Bashrah pada zamannya Selanjutnya al- Dzahabi berkata: Ibn Kullab adalah ahli kalam yang paling dekat kepada Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah bahkan ia adalah juru debat mereka (terhadap Mu’tazilah pen). Ia mempunyai karya diantaranya al-Shifat, Khalq al-Af’al dan al-Radd ala al- Mu’tazilah. (Lihat Siyar A’lam al- Nubala, Maktabah al-Shafa, cet.1, 1424 H, juz 7, hal 453)
Di dalam kitab Siyar A’lam an- Nubala yang ditahqiqkan oleh Syeikh Syuaib al-Arnauth, pernyataan al- Dzahabi tersebut dipertegas oleh al-Syeikh Syuaib al- Arnauth dengan komentarnya mengatakan: Ibn Kullab adalah pemimpin dan rujukan Ahl al- Sunnah pada masanya. Al-Imam al-Haramain menyebutkan di dalam kitabnya al-Irsyad bahwa dia termasuk sahabat kami (mazhab al- Asy`ari). (Siyar A’lam an-Nubala cetakan Muassasah al- Risalah (1994), Beirut, ed. Syuaib al-Arnauth, juz 11, hal. 175)
Demikian pula al-Hafiz Ibn Hajar al- `Asqalani menyatakan bahawa Ibn Kullab sebagai pengikut Salaf dalam hal meninggalkan takwil terhadap ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah. Mereka juga disebut dengan golongan mufawwidhah (yang melakukan tafwidh). (Ibn Hajar al- `Asqalani (t.t.), Lisan al-Mizan, Dar, al-Fikr, Beirut, juz 3, hal. 291)
Dari paparan di atas dapatlah disimpulkan bahwa al-Imam Ibn Kullab termasuk dalam kalangan ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al- Jama`ah dan konsisten dengan metodologi Salaf al- Salih dalam pokok-pokok akidah dan keimanan. Mazhabnya menjadi inspirasi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari (perintis mazhab al- Asy`ari).
Di sini mungkin ada yang bertanya apakah metodologi Ibn Kullah hanya diikuti oleh al-Imam al- Asy`ari ???
Jawapannya adalah tidak. Metodologi Ibn Kullab tidak hanya diikuti oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari saja, akan tetapi diikuti juga oleh ulama’ besar seperti al-Imam al-Bukhari iaitu pengarang Sahih al-Bukhari, kitab hadith yang menduduki peringkat terbaik dalam segi kesahihannya. Dala konteks ini, al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani telah berkata: "Al-Bukhari dalam semua yang disajikannya berkaitan dengan penafsiran lafaz-lafaz yang gharib (aneh),mengutipnya dari pakar- pakar bidang tersebut seperti Abu Ubaidah, al-Nahzar bin Syumail, al-Farra’ dan lain-lain. Adapun kajian-kajian fiqh, sebagian besar diambilnya dari al-Syafi`e, Abu Ubaid dan semuanya. Sedangkan permasalahan-permasalahan teologi (ilmu kalam),sebagian besar diambilnya dari al-Karrabisi,Ibn Kullab dan sesamanya".Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t), Syarh Sahih al-Bukhari,Salafiyyah, Cairo, juz 1,hal. 293)
Pernyataan al-Hafiz Ibn Hajar al- `Asqalani tersebut menyimpulkan bahwa al- Imam Abdullah bin Said bin Kullab adalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikuti metodologi ulama’ Salaf, oleh karena itu dia juga diikuti oleh al- Imam al-Bukhari, Abu al-Hassan al- Asy`ari dan lain-lain.
Di sini mungkin ada yang bertanya, apabila Ibn Kullab termasuk salah seorang tokoh ulama’ Salaf dan mengikuti Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah, beliau (Ibn Kullab) juga diikuti oleh banyak ulama’ seperti al-Imam al-Bukhari dan lain- lain, lalu mengapa Ibn Kullab dituduh menyimpang dari metodologi Salaf atau Ahl al- Sunnah Wa al-Jama`ah??
ATAU WAHABI YG TDK TAU MAKSUD UCAPAN SALAF? MANA PENGAKUAN PARA ULAMA TRHADAP FMAHAMAN WAHABI??
Hal tersebut sebenarnya datang daripada satu persoalan, iaitu tentang pendapat apakah bacaan seseorang terhadap al-Quran termasuk makhluk atau tidak. Al- Imam Ahmad bin Hanbal dan pengikutnya berpandangan untuk tidak menetapkan apakah bacaan seseorang terhadap al-Quran itu makhluk atau bukan. Menurut al-Imam Ahmad bin Hanbal,pandangan bahwa bacaan seseorang terhadap al-Quran termasuk makhluk adalah bid`ah. Sementara al-Karabisi, Ibn Kullab, al-Muhasibi, al-Qalanisi, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain berpandangan tegas, bahawa bacaan seseorang terhadap al-Quran adalah makhluk. Berangkat dari perbezaan pandangan tersebut akhirnya kelompok al-Imam Ahmad bin Hanbal menganggap kelompok Ibn Kullab termasuk ahli bid`ah,meskipun sebenarny kebenaran dalam hal tersebut berada di pihak Ibn Kullab dan kelompoknya. Dalam konteks ini al-Hafiz al- Zahabi telah berkata:"Tidak diragukan lagi bahawa pandangan yang dibuat dan ditegaskan oleh al-Karabisi tentang masalah pelafazan al- Quran (oleh pembacanya) dan bahawa hal itu adalah makhluk,adalah pendapat yang benar. Akan tetapi al-Imam Ahmad enggan membicarakannya karena khuatir membawa kepada pandangan kemakhlukan al-Quran. Sehingga al-Imam Ahmad lebih cenderung menutup pintu tersebut rapat- rapat". (Al-Dzahabi (1994), Siyar A`lam al- Nubala, Muassasah al- Risalah, Beirut, ed, Syuaib al- Arnauth, juz 12, hal. 82 dan juga juz 11, hal. 510),lebih jelas baca di Meluruskan keslahfahaman perkataan alquran bukan mahluk
Dari paparan di atas dapat disimpulkan bahawa Ibn Kullab bukanlah ulama’ yang menyimpang dari metodologi Salaf yang mengikuti fahaman Ahl al-Sunnah Wa al Jama`ah,sehingga mazhabnya juga diikuti oleh al-Imam al Bukhari, al-Asy`ari dan lain- lain. Sekarang apabila demikian adanya, dari mana asal- usul pendapat bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan mazhab dan pendapat-pendapatnya yang mengikuti Ibn Kullab??
Pertanyaan ini mengajak kita untuk mengkaji artikel yang terakhir berikut ini.
KETIGA, KITAB AL-IBANAH AN USUL AL-DIYANAH
Kitab al-Ibanah `an Usul al- Diyanah di dakwa sebagai hujjah bagi golongan yang mengatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa perkembangan di dalam kehidupannya. Memang harus diakui, bahwa al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari di dalam kitab al-Ibanah dan sebagian kitab-kitab yang lain juga dinisbahkan terhadapnya mengikuti metodologi yang berbeda dengan kitab-kitab yang pernah dikarang olehnya. Di dalam kitab al-Ibanah, al-Imam Abu al-Hassan al Asy`ari mengikuti metodologi tafwidh makna yang diikuti oleh majoriti ulama’ Salaf berkaitan dengan ayat-ayat mutasyabihat. Berdasarkan hal ini, sebagian golongan memahami bahwa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebenarnya telah meninggalkan mazhabnya yang kedua iaitu mazhab Ibn Kullab, dan kini beralih kepada metodologi Salaf.
Di atas telah kami paparkan, bahwa Ibn Kullab bukanlah ahli agama yang menyalahi ulama’ Salaf. Bahkan dia termasuk dalam kalangan ulama’ Salaf dan konsisten mengikuti metodologi tafwidh sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan.
CUMA WAHABI TIDAK MEMAHAMI MAKSUD TAFWID!! ATAU MEREKA LBH TAU METODE SALAF DARIPADA ULAMA YG KETEMU LANGSUNG DGN SALAF??
Paparan di atas sebenarnya telah cukup untuk membatalkan klaim yang mengatakan bahwa al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari meninggalkan metodologi Ibn Kullab dan berpindah ke metodologi Salaf, kerana Ibn Kullab sendiri termasuk dalam kalangan ulama’ Salaf yang konsisten dengan metodologi Salaf.
Oleh sebab itu, bagaimana dengan kitab al-Ibanah yang menjadi dasar kepada kelompok yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan pendapatnya yang mengikuti Ibn Kullab?
Di sini, dapatlah kita ketahui bahwa kitab al-Ibanah yang asli telah membatalkan kenyataan golongan Wahhabi yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan pendapatnya yang mengikuti Ibn Kullab,kerana kitab al-Ibanah di tulis untuk mengikuti metodologi Ibn Kullab,sehingga tidak mungkin dakwaan yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan pendapat tersebut.
Ada beberapa fakta sejarah yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari menulis kitab al-Ibanah dengan mengikut metodologi Ibn Kullab,kenyataan ini disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan iaitu: "Metodologi Ibn Kullab diikuti oleh al-Asy`ari di dalam kitab al- Ibanah". (Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t.),Lisan al-Mizan, Dar, al-Fikr, Beirut, juz 3, hal. 291)
Pernayataan al-Hafiz Ibn Hajar al- `Asqalani ini menambah keyakinan kita bahwa Ibn Kullab konsisten dengan metodologi Salaf al-Salih dan termasuk ulama’mereka, kerana kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada akhir hayatnya dan mengikuti metodologi Salaf, juga mengikuti metodologi Ibn Kullab.
Hal ini membawa kepada kesimpulan bahwa metodologi Salaf dan metodologi Ibn Kullab ADALAH SAMA, dan itulah yang diikuti oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari setelah keluar dari Muktazilah.
Dengan demikian, kenyataan al- Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani tersebut juga telah membatalkan dakwaan golongan Wahhabi melalui kenyataan mereka yang mengatakan bahwa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengalami tiga fase perkembangan.
Bahkan kenyataan tersebut dapat menguatkan lagi kenyataan yang menyatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari hanya mengalami dua fasa perkembangan saja iaitu fasa ketika mengikuti fahaman Muktazilah dan fasa kembalinya al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kepada metodologi Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang sebenar sebagaimana yang diikuti oleh Ibn Kullab, al-Muhasibi, al-Qalanisi, al- Karabisi, al-Bukhari, Muslim,Abu Tsaur, al-Tabari dan lain-lain.
Dalam fase kedua ini al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengarang kitab al-Ibanah.
Dalil lain yang menguatkan lagi bahawa kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sesuai dengan mengikut metodologi Ibn Kullab adalah fakta sejarah, karena al- Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pernah menunjukkan kitab al- Ibanah tersebut kepada sebagian ulama’ Hanabilah di Baghdad yang sangat menitik beratkan tentang fakta, mereka telah menolak kitab al-Ibanah tersebut kerana tidak setuju terhadap metodologi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari. Di dalam hal ini, al-Hafiz al-Zahabi telah berkata: "Ketika al-Asy`ari datang ke Baghdad, dia mendatangi Abu Muhammad al Barbahari berkata : Aku telah membantah al Jubba’i.Aku telah membantah Majusi. Aku telah membantah Kristian. Abu Muhammad menjawab, Aku tidak mengerti maksud perkataanmu dan aku tidak mengenal kecuali apa yang dikatakan oleh al-Imam Ahmad. Kemudian al-Asy`ari pergi dan menulis kitab al-Ibanah. Ternyata al-Barbahari tetap tidak menerima al-Asy`ari". (Al-Dzahabi (1994), Siyar A`lam al-Nubala, Muassasah al-Risalah, Beirut, ed,Syuaib al-Arnauth, juz 12, hal. 82 dan juga juz 15, hal. 90 dan Cetakan Maktabah al-Shafâ, cet.1, 1424H, vol.9, hal.372;Ibn Abi Ya’la al-Farra’(t.t.) Tabaqat al- Hanabilah, Salafiyyah, Cairo, ed. Hamid al-Faqi, juz 2, hal. 18)
Fakta sejarah di atas menyimpulkan, bahwa al- Barbahari dari sebagian kelompok Hanabilah tidak menerima konsep yang ditawarkan oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari. Kemudian al- Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari menulis kitab al-Ibanah dan diajukan kepada al-Barbahari,ternyata ditolaknya juga. Hal ini menjadi bukti bahawa al- Ibanah yang asli ditulis oleh al-Imam Abu al-Hassan al- Asy`ari tidak sama dengan kitab al-Ibanah yang kini diikuti oleh golongan Wahhabi. AYO ADA APA YA????
Kitab al-Ibanah yang asli sebenarnya mengikut metodologi Ibn Kullab.
Perlu diketahui pula, bahwa sebelum fase al-Imam Abu al- Hassan al-Asy`ari,kelompok Hanabilah yang cenderung kepada penelitian fakta itu telah menolak metodologi yang ditawarkan oleh Ibn Kullab,al-Bukhari, Muslim, Abu Thaur, al-Tabari dan lain-lain berkaitan dengan MASALAH BACAAN SESEORANG TERHADAP AL- QURAN APAKAH TERMASUK MAKHLUK ATAU BUKAN. Sekarang, apabila kitab al- Ibanah yang asli sesuai dengan metodologi Ibn Kullab, lalu bagaimana dengan kitab al-Ibanah yang tersebar dewasa ini yang menjadi dasar kaum Wahhabi untuk mendakwa bahawa al- Asy`ari telah membuang mazhabnya?
Berdasarkan kajian yang mendalam, para pakar telah membuat kesimpulan bahawa kitab al-Ibanah yang dinisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tersebut telah tersebar dewasa ini penuh dengan tahrif/ distoris,pengurangan dan penambahan. Terutama kitab al- Ibanah yang diterbitkan di Saudi Arabia dan ditahqiqkan oleh ulama Wahhabi !!!
Dan untuk lebih panjang lebar tentang penjelasan ini,baca dalam risalah yang berbahasa arab,nama risalahnya adalah شبهة الأطوار الثلاثة لأبى الحسن الأشعرى التي يروج لها الوهابية dan bisa di download di 4shared ana,klik: شبهة الأطوار الثلاثة لأبى الحسن الأشعرى
Dan untuk lebih panjang lebar tentang penjelasan ini,baca dalam risalah yang berbahasa arab,nama risalahnya adalah شبهة الأطوار الثلاثة لأبى الحسن الأشعرى التي يروج لها الوهابية dan bisa di download di 4shared ana,klik: شبهة الأطوار الثلاثة لأبى الحسن الأشعرى
Ustadz, mohon pencerahannya..
BalasHapuskarena Ustadz Abul Jauza dari komunitas Salafi menulis artikel di http://abul-jauzaa.blogspot.com/2010/11/abul-hasan-al-asyariy-bertaubat-ke.html .
terutama pd nukilan:
-=-=-=
Sayyid Muhammad bin Muhamad Al-Husainiy Az-Zubaidiy rahimahullah yang terkenal dengan julukan Murtadlaa Al-Hanafiy, berkata :
أبو الحسن الأشعري أخذ الكلام عن شيخ أبي علي الجبائي شيخ المعتزلة ، ثم فارقه لمنام رآه ، ورجع عن الاعتزال وأظهر ذلك إظهاراً ، فصعد منبر البصرة يوم الجمعة ونادى بأعلى صوته: من عرفني فقد عرفني ومن لم يعرفني فأنا فلان بن فلان كنت أقول بخلق القرآن وإن الله لايُرى في الدار الآخرة بالأبصار وإن العباد يخلقون أفعالهم وها أنا تائب من الغعتزال معتقداً الرد على المعتزلة ، ثم شرع في الرد عليم والتصنيف على خلافهم ، ..........قال ابن كثير: ذكروا للشيخ أبي الحسن الأشعري ثلاثة أحوال أولها حال الاعتزال التي رجع عنها ولا محالة والحال الثاني إثبات الصفات العقلية ؛ وهي الحياة والعلم ، والقدرة ، والارادة ، والسمع ، والبصر ، والكلام . زتأويل الخبرية كالوجة واليدين والقدم والساق ونحو ذلك، الحال الثالث إثبات ذلك كله من غير تكييف ولا تشبيه جرياً على منوال السلف وهي طريقته في الإبانة التي صنفها آخراً
“Abul-Hasan Al-Asy’ariy mengambil ilmu kalam dari gurunya, Abu ‘Aliy Al-Jubaaiy, pentolah Mu’tazilah. Lalu ia meninggalkannya disebabkan mimpi yang ia lihat. Kemudian ia rujuk dari Mu’tazilah dan menampakkan hal itu secara terang-terangan. Ia naik ke atas mimbar Bashrah di hari Jum’at dan menyeru dengan suara yang lantang : ‘Barangsiapa yang mengenalku, sungguh ia telah mengenalku. Dan barangsiapa yang belum mengenalku, maka aku adalah Fulaan bin Fulaan. Dulu aku pernah berkata Al-Qur’an itu makhluk, Allah tidak bisa dilihat di akhirat dengan penglihatan mata, dan manusia menciptakan perbuatan mereka sendiri. Sekarang aku bertaubat dari ‘aqidah Mu’tazilah dan (bahkan) membantah Mu’tazilah’. Kemudian ia mulai membantah Mu’tazilah dan menulis buku-buku tentangnya…. Berkata Ibnu Katsir : ‘Disebutkan bahwa Abul-Hasan mempunyai tiga keadaan (fase). Fase Pertama, fase Mu’tazilah yang telah ia tinggalkan secara total. Fase Kedua, menetapkan sifat ‘aqliyyah Allah, yaitu : Al-Hayaah (Hidup), Al-‘Ilm (Mengetahui), Al-Qudrah (Berkuasa), Al-Iraadah (Berkehendak), As-Sam’ (Mendengar), Al-Bashar (Melihat), dan Al-Kalaam (Berkata-kata). Namun ia men-ta’wil sifat khabariyyah seperti Al-Wajh (Wajah), Al-Yadain (Dua Tangan), Al-Qadam (Kaki), As-Saaq (Betis), dan yang semisalnya. Fase Ketiga, menetapkan seluruh sifat Allah tanpa takyif, tasybiih, dan membiarkannya menurut metode/manhaj salaf. Dan itulah jalan yang ditempuhnya dalam Al-Ibaanah yang merupakan tulisannya terakhir kali” [Ittihaafus-Saadah Al-Muttaqiin, 2/3 – melaui perantaraan Abul-Hasan Al-Asy’ariy oleh Hammaad Al-Anshaariy – maktabah saaid].
Adz-Dzahabiy menyepakati adanya tiga fase dalam diri Abul-Hasan, namun dengan bahasa berbeda :
فله ثلاثة أحوال: حال كان معتزلياً، وحال كان سنياً في البعض دون البعض، و حال كان في غالب الأصول سنياً، وهو الذي علمناه من حاله
“Ia mempunyai tiga keadaan (fase) : Fase awal sebagai seorang Mu’tazilah, fase seorang Ahlus-Sunah dalam sebagian perkara namun tidak di perkara lainnya, dan fase secara umum ia berada di atas prinsip Ahlus-Sunnah. Itulah yang kami ketahui dari keadaannya” [Al-‘Arsy, 1/400].
-=-=-=-
ane pribadi setuju dgn Ustadz (2 fase), namun nukilan di atas , jadi buat penasaran. Apa benar tertulis (3 fase) demikian? atau ada manipulasi (sebenarnya cuma 2 fase)?
kan aneh, murid-murid dan sahabat Syeikh Abul Hasan tdk mendokumentasikan 3 fase tsb.
dgn alasan 3 fase, mereka makin berani mendiskreditkan Asy'ari, sebagaimana artikel di : http://www.an-najah.net/majalah/dari-asyariyah-ke-pangkuan-salaf/
mohon pencerahannya.
mohon maaf bila kurang berkenan.
Wassalam - Nugon
nuqilan abul jauza dari perkataan ibnu kasir itu tidak lengkap/tuntas,tuntasnya adalah:
BalasHapusذكروا للشيخ أبي الحسن الأشعري ثلاثة أحوال أولها: حال الاعتزال التي رجع عنها ولا محالة والحال الثاني: إثبات الصفات العقلية؛ وهي الحياة والعلم ، والقدرة ، والارادة ، والسمع ، والبصر ، والكلام . وتأويل الخبرية :كالوجة واليدين والقدم والساق ونحو ذلك، الحال الثالث: إثبات ذلك كله من غير تكييف ولا تشبيه جرياً على منوال السلف وهي طريقته في الإبانة التي صنفها آخرا وشرحها الباقلاني، ونقلها ابن عساكر وهي التي مال إليها الباقلاني، وإمام الحرمين، وغيرهما من أئمة الأصحاب المتقدمين، في أواخر أقوالهم
dan pernyataan ibnu kasir ini telah di komentari oleh guru kami syaikhuna said faudah ulama yordan dalam blognya,silahkan baca komentar beliau:
( أولًا...............
قال ابن كثير ( ذكروا للشيخ أبي الحسن الأشعري ثلاثة أحوال ...)
فتأمل قوله : [[ذكروا]]!! الذي يُشعر بعدم الجزم والتثبت كما لا يخفى .
ثانيًا ...............
نقل ابن كثير أنّ المراحل التي مرّ بها الإمام الأشعري ثلاث :
1- (( حال الاعتزال التي رجع عنها لا محالة .
2- إثبات الصفات العقلية السبعة ..... , تأويل الصفات الخبرية.....
3- إثبات ذلك كلّه -أي الصفات العقلية والخبرية- من غير تكييف ولا تشبيه , جريًا على منوال السلف , وهي طريقته في "الإبانة" التي صنّفها آخرًا , وشرحها الباقلاني , ونقلها ابن عساكر , وهي التي مال إليها الباقلاني وإمام الحرمين وغيرهما من أئمة الأصحاب المتقدمين في أواخر أقوالهم , والله أعلم )) . اهـ كلام ابن كثير .
وهذا لا إشكال فيه , فبعدما انتقل عن الإمام الأشعري عن مذهب الاعتزال كان له قولان في الصفات الخبرية :
أحدهما : التأويل .
والآخر : التفويض .
وعلى هذا جرى أهل السنة الأشاعرة بين التأويل والتفويض , وهذا لا يخفى على أحد , فرجّح بعض الأئمة التأويل كالإمام الآمدي , ورجح آخرون التفويض كالإمام السيوطي , وبعضهم كان يقول بالتأويل ثم رجّح التفويض كإمام الحرمين .
ثالثًا ...............
تأمل قول ابن كثير عن المرحلة الثالثة : ((وهي طريقته في "الإبانة" التي صنّفها آخرًا , وشرحها الباقلاني , ونقلها ابن عساكر , وهي التي مال إليها الباقلاني وإمام الحرمين وغيرهما من أئمة الأصحاب المتقدمين في أواخر أقوالهم)) .
فهذا نصٌّ مهم يقطع عرق اختراصات المجسمة , فقد نقل ابن كثير أنّ المرحلة الثالثة هي :
أ- طريقته في الإبانة .
ب- شرحها الباقلاني .
ت- نقلها ابن عساكر .
ث- مال إليها الباقلاني وإمام الحرمين في آخر أقولهما .
وسأتكلم عن هذه النقاط بإيجاز , لنرى ما هي المرحلة الثالثة للإمام الأشعري كما يراها ابن كثير .
أ- ما هي طريقة الإمام الأشعري في الإبانة؟ هل سار على طريقة المجسمة أم على طريقة السلف في تفويض المعنى؟
إن المتأمل في الإبانة للإمام الأشعري يجد أنّه سار فيها على منوال السلف من تفويض المعنى ونفي لوازم الجسمية , ومن الأمثلة على ذلك :
1. قوله في الإبانة :
((وأن الله مستوٍ على العرش على الوجه الذي قاله ، وبالمعنى الذي أراده ، استواءً منزهاً عن المماسة والاستقرار والتمكن والحلول والانتقال ، لا يحمله العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته ومقهورون في قبضته , وهو فوق العرش وفوق كلّ شيء إلى تخوم الثرى , فوقية لا تزيده قربًا إلى العرش والسماء , رفيع الدرجات عن العرش كما أنه رفيع الدرجات عن الثرى)) . ص102 , ص105
فهو يصرّح بأن استواء الله تعالى وعلوّه ليس العلوّ الحسي الجسماني , ولا العلو الفلكي الهندسي , الذي ندرك حقيقته ونراه في النجوم والأجرام العلوية , والذي يزداد ببعد المسافة ويتقلص بنقصان المسافة , فقد قال : : ]] فوقية لا تزيده قربًا إلى العرش والسماء[[!! , فتأمل .
next
2. قوله في الإبانة :
BalasHapus(( نزولًا يليق بذاته , من غير حركة وانتقال)) .ونفي الحركة والانتقال هو نفي للمعنى الظاهر المتبادر الى الذهن
ولهذا قال الإمام ابن حجر العسقلاني في لسان الميزان (3/345) :
(( ... يريد من يكون على طريق السلف في ترك التأويل للآيات والأحاديث المتعلقة بالصفات , ويقال لهم المفوضة , وعلى طريقته مشى الأشعري في كتاب "الإبانة" )) .
ب- ما هي العقيدة التي شرحها الباقلاني في كتبه؟
إنها عقيدة التفويض , وهذا سيظهر في النقطة الرابعة .
ت- ما هي عقيدة الأشعري التي نقلها ابن عساكر؟
إن عقيدة الأشعري التي نقلها ابن عساكر في التبيين هي عقيدة التفويض وتنزيه الله عن الجسمية وخواصها ...
فقد قال في تبيين كذب المفتري ص149 نقلاً عن نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني :
((فسلك رضي الله عنه طريقة بينهما -أي الحشوية والمعتزلة- فقال :العبد لا يقدر على الإحداث ويقدر على الكسب ونفى قدرة الإحداث وأثبت قدرة الكسب وكذلك قالت الحشوية المشبهة أن الله سبحانه وتعالى يرى مكيفا محدودا كسائر المرئيات وقالت المعتزلة والجهمية والنجارية إنه سبحانه لا يرى بحال من الأحوال فسلك رضي الله عنه طريقة بينهما فقال يرى من غير حلول ولا حدود ولا تكييف كما يرانا هو سبحانه وتعالى وهو غير محدود ولا مكيف فكذلك نراه وهو غير محدود ولا مكيف وكذلك قالت النجارية ان الباري سبحانه بكل مكان من غير حلول ولا جهة وقالت الحشوية والمجسمة إنه سبحانه حال في العرش وأن العرش مكان له وهو جالس عليه فسلك طريقة بينهما فقال كان ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه ) ..
وهذا دليل على أن الإمام الأشعري كان منزهًا وليس مشبها .
ث- ما هي العقيدة التي مال إليها الباقلاني والجويني في آخر أقوالهما؟!
أولًا : الباقلاني :
من الواضح أن الإمام الباقلاني كان يُثبت الصفات الخبرية ويفوض معانيها إلى الله تعالى وينزه الله تعالى عن الجسمية وخصائصها , وإليك بعض نصوصه في ذلك :
• قال في الإنصاف ص 23:
(( واليدين التي نطق بإثباتهما له القرآن في قوله عز وجل : (بل يداه مبسوطتان) وقوله : (مامنعك أن تسجد لما خلقت بيدي) وأنهما ليستا بجارحتين ولا ذوي صورة وهيئة)) .
فتأمل قوله : ((وأنهما ليستا بجارحتين ولا ذوي صورة وهيئة)) ففيه تنزيه لله تعالى عن سمات المخلوقات .
• وقال أيضًا في الإنصاف :
((فتعالى الله عن التصوير والجوارح والآلات)) .
وهذا مخالف لمعتقد الحشوية .
• وقال في الإنصاف ص24 :
((وأنه سبحانه لم يزل مريدا وشائيا ومحبا ومبغضا وراضيا وساخطا ومواليا ومعاديا ورحيما ورحمانا ولأن جميع هذه الصفات راجعة إلى إرادته في عباده ومشيئته لا إلى غضب يغيره ورضى يسكنه طبعا له وحنق وغيظ يلحقه فحقد يجده إذا كان سبحانه متعاليا عن الميل والنفور))
وهذا مما ينكره المجسمة!!
..................................................
ثانيًا : إمام الحرمين الجويني :
BalasHapusإن المذهب الذي رجع إليه الجويني في آخر حياته هو ترجيح التفويض على التأويل , لا إثبات نصوص الصفات الخبرية على معانيها الوضعية , ومما يدلّ على ذلك :
قوله في النظامية ص32 :
(( وامتنع على أهل الحق اعتقاد فحواها وإجراؤها على موجب ما تبتدره أفهام أرباب اللسان منها..)) .
وقوله
((اختلف مسالك العلماء في هذه الظواهر: فرأى بعضهم تأويلها والتزام ذلك في آي الكتاب وما يصح من السنن.
وذهب أئمة السلف إلى الانكفاف عن التأويل وإجراء الظواهر على مواردها وتفويض معانيها إلى الرب عز وجل.
والذي نرتضيه دينا، وندين الله به - عقيدة اتباع سلف الأمة)) .
فقد وضح إمام الحرمين أنّ السلف الصالح لم يؤولوا تلك النصوص لكنهم فوضوا معانيها إلى الله تعالى .
.................................................. ................................
فإذا تبيّن أنّ الإمام الباقلاني والإمام الجويني كانوا على عقيدة التفويض , فهذا دليل على أنّ عقيدة الإمام الأشعري -في المرحلة الثالثة عند ابن كثير- هي عقيدة التفويض لا عقيد التجسيم .
رابعًا ...................
إن اعتبار التأويل والتفويض مرحلتان منفصلان ليس بدقيق , وليس هناك دليل على أنّ الإمام الأشعري -بعد تركه الاعتزال- كان يؤوّل الصفات الخبرية ثم تراجع عن ذلك إلى إثباتها مع تفويض معانيها , بل هما قولان للإمام الأشعري رضي الله عنه وأرضاه , وقد رجّح بعض أئمة السنة التأويل على التفويض ورجّح بعضهم التفويض على التأويل ...
قال الإمام الآمدي في أبكار الأفكار :
(( ذهب الشيخ أبو الحسن الأشعرى فى أحد قوليه , والأستاذ أبو اسحاق الاسفرايينى والسلف الى أن الرب تعالى متصف بالوجه , وأن الوجه صفة ثبوتية زائدة , على ماله من الصفات , متمسكين فى ذلك بقوله تعالى [ ويبقى وجه ربك ذو الجلال والاكرام ] لا أنه بمعنى الجارحة.
ومن المشبهة من أثبت الوجه بمعنى الجارحة .)
ولو اعتبرنا التأويل والتفويض مرحلتين منفصلتين , لكان الأولى جعل مرحلة التفويض سابقة على التأويل , أي أنّ الإمام الأشعري -بعدما ترك الاعتزال- قال بالتفويض ثم تراجع عنه ليقول بالتأويل , وذلك لأنّ الإمام الأشعري صنّف الإبانة ثم صنّف بعدها اللمع الذي جرى فيه على طريقة التأويل ..
pent.
silahlkan baca dan fahami,semoga bermanfaat,,,,,,,
mohon maaf, saya ummiy, tdk bisa baca huruf gundul. mohon bantuannya utk diterjemahkan, atau minimal diberikan intisari ket nya.
BalasHapusyg saya bisa raba/sense di sini adalah, bahwa penjelasan dari komunitas salafi, blm tuntas, atau ada unsur penggiringan. benar demikian?
mohon pencerahannya.
Thanks a lot.
Jazaakumulloohu Khoiron Katsiiron.
Wassalam - Nugon
berhati hatilah mempelajari sesuatu yang kita yang menyangkut masalah akidah.
BalasHapusjangan mempelajari sendiri, mengartikan sendiri, mengajarkan dengan hasil perasangak sendiri.
tanyalah ulama yang kebanyakan waktu dalam hidupnya dihabiskan mempelajari ilmu.
belajarlah bersama2, jangan berkelompok sembunyi2 dan mengarang dan menghasut.
mohon bantuannya ustadz utk translate syarah mengenai 3 fase Imam Abul Hasan Al-Asy'ari, ke bahasa Indonesia , karena saya ummiy.
BalasHapusdan saya butuh, utk ditelaah, dan disebarkan kpd rekan-rekan yg membutuhkan informasi tsb, sehingga bisa menjawab pertanyaan dan klaim dari mayoritas rekan-rekan salafi yg selalu menganggap Imam Abul Hasan Al-Asy'ari hidup dlm 3 fase pemikiran aqidah, dan menyatakan bahwa Kitab Ibanah adalah kitab terakhir karya beliau...bukan kitab Al-Luma'.
mohon dgn sangat keikhlasan dan bantuan ustadz.
Jazaakumulloohu Khoiron Katsiiron.
Wassalam
alhamdulillah, syukron infonya
BalasHapus