News Update :
Home » » Asal mula Perkembangan Ilmu Aqidah Islam dan munculnya Ilmu kalam sunni [Tauhid Nazhori]

Asal mula Perkembangan Ilmu Aqidah Islam dan munculnya Ilmu kalam sunni [Tauhid Nazhori]

Penulis : Bagus Rangin on 25 Juli 2012 | 04.21.00







Setelah wafatnya Baginda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, di mana Daulah Islamiyyah semakin meluas di bawah pimpinan para khalifah, maka banyak umat manusia dari seluruh dunia memasuki agama Islam berbondong-bondong. Masyarakat Islam pada ketika itu mempunyai latar belakang agama dan pegangan yang berbeda-beda. Bahkan, mereka juga mempunyai femahaman terhadap kehidupan yang berbeda dengan kehidupan yang diajarkan oleh Islam.

Bahkan, sebagian mereka ada dari kalangan orang-orang A’jam (bukan Arab) yang mengalami kesukaran untuk memahami ajaran yang terkandung dalam Al-Qur’an secara langsung. Berdasarkan banyak faktor-faktor , maka risalah aqidah Islam dan tauhid murni ini semakin menantang untuk dijelaskan kepada masyarakat yang baru memeluk Islam.

Sebagian dari mereka sudah terbiasa dengan pegangan dan konsep ketuhanan yang salah sehingga mencoba memahami aqidah murni Islam dengan kerangka yang salah. Oleh sebab itulah, timbul isu aqidah yang beragam seperti isu taqdir yang merupakan isu yang paling awal dibahas dalam masyarakat Islam,tentunya dalam bidang aqidah. Ini adalah suatu tantangan baru dalam masyarakat Islam, di mana dahulu, iman adalah suatu yang dihayati dan terealisasi dalam segenap kehidupan, namun dengan munculnya generasi baru yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, keilmuan, pegangan, kepercayaan, bahasa dan sebagainya, membuat “pendekatan” untuk menjelaskan tentang tauhid murni Islam perlu dikembangkan.

Pada awal perkembangan ilmu aqidah (suatu nama yang tidak di gunakan dalam zaman awal salaf, lalu berkembang menjadi nama khusus untuk ilmu tauhid), para ulama’ tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap isu-isunya karena mereka lebih menumpukan sudut mengembangkan ilmu-ilmu berkaitan femahaman terhadap hukum-hakam syariat Islam.

Namun Apabila timbul isu-isu melibatkan aqidah, maka para ulama’ hanya menghadapi individu-individu yang terlibat dengan perdebatan ilmiah yang ringkas. Ini bisa dilihat sebagai suatu asas bagi perkembangan ilmu Jidal (ilmu perdebatan) yang seterusnya membawa kepada pengkonsepan ilmu Kalam Sunni, yaitu suatu perkembangan ilmu Jidal para ulama’ Sunnah khusus dalam bidang aqidah Islam. di Antara para ulama’ Salaf yang masyhur yang terlibat dalam perdebatan secara Kalamiyyah (ilmu Kalam atau ilmu Jidal) ini adalah Imam Abu Hanifah r.a. (w 150 H), Imam As-Syafi’e r.a. (w: 204 H) [rujuk Manaqib As-Syafi’e oleh Al-Baihaqi: 1/457] dan sebagainya.

Pada masa seperti ini, perkembangan ilmu tauhid ajaran Islam mula dibahas secara teori semata-mata tanpa berkaitan dengan penghayatan terhadap tauhid itu sendiri. Muncul individu-individu yang sibuk membahas tentang sifat-sifat ketuhanan, perkara-perkara ghaib dan sebagainya tanpa menghayati tauhid murni dalam hati mereka. Seolah-olah, ilmu tauhid adalah suatu ilmu untuk dibahas tanpa mempunyai penghayatan dan rasa manisnya dalam diri manusia. Ini adalah hasil perkembangan perbahasan ilmu agama tanpa nilai ketaqwaan dalam sebagian ahli ilmu dan masyarakat awam.

Tidak dapat dinafikan bahwa, para ulama’ yang terlibat dalam memberi penjelasan terhadap aqidah Islam dalam masyarakat Islam adalah terdiri daripada para ulama’ sufi juga, yang pada ketika itu lebih dikenali sebagai golongan Az-Zuhhad (ahli zuhud). Tokoh-tokoh besar seperti Imam Hasan Al-Bashri (w: 110 H) dan Imam Harith Al-Muhasibi (w: 243 H) adalah antara tokoh-tokoh sufi awal yang terlibat membahaskan ilmu berkenaan dengan aqidah. Namun, pembahasan tauhid mereka berbeda dengan pembahasan tauhid nazhori (secara teori) karana mereka membahas tentang penyucian jiwa, tarbiah kerohanian dan sebagainya sebagai usaha merealisasikan ilmu tauhid kepada bentuk penghayatan rohani.

Ini berbeda dengan perkembangan ilmu Tauhid Nazhori yang melibatkan perdebatan-perdebatan secara istilah dan sebagainya. Sedangkan, ilmu aqidah atau ilmu tauhid yang dikembangkan oleh sebagian ulama’ sufi menekankan konsep “keterpaduan” antara tauhid dengan akhlak (tauhid amali syuhudi) yang mana itu suatu warisan tauhid generasi awal Islam yang masih dipelihara. Ilmu Tauhid yang mereka bahas bukan sekadar berbentuk teori, tetapi diterjemahkan dalam bentuk hubungan kehambaan dengan Allah s.w.t. melalui konsep Suhbah dan Tarbiah yang didasari oleh kaedah Qudwah (contoh) sebagaimana yang telah disebutkan.

Kaedah Qudwah yang mereka gunakan itu sendiri mempunyai silsilahnya yang bersambung kepada Saidina Rasulullahshollallahu ‘alaihi wasallam karana para ulama’ sufi mengambil qudwah daripada para ulama’ tabi’in yang mengambilnya daripada para sahabat r.a. yang mana mereka mengambilnya daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam.

Ketika perkembangan ilmu tauhid amali sedang marak dalam golongan sufi khususnya, muncul beberapa individu yang terus tenggelam dalam pembahasan tauhid berbentuk teori (Ilmu Tauhid Nazhori/kalam), lalu timbul perdebatan hangat tentang masalah-masalah ketuhanan dan sebagainya, berdasarkan banyak faktor. Antaranya adalah berlebihan dalam menggunakan akal untuk berinteraksi dengan masalah-masalah aqidah dan kelemahan dalam menguasai ilmu bahasa Arab yang sempurna sehingga salah faham dalam memahami nas-nas mutasyabihat yang melibatkan masalah-masalah aqidah.

Di Antara mereka yang terlibat dengan kesesatan dalam masalah aqidah adalah seperti Washil bin ‘Atho’ (w: 130 H) yang merupakan murid Imam Hasan Al-Bashri yang akhirnya keluar dari majlis Imam Al-Bashri lalu membuat majlis ilmu sendiri karena mempunyai femahaman yang berbeda daripada Imam Hasan Al-Bashri khususnya dalam beberapa masalah aqidah. Akhirnya, faham Washil bin ‘Atho’ dikenal sebagai Mu’tazilah.

Femahaman ini juga dikembangkan oleh ‘Amr bin ‘Ubaid (80-142 H) dan kemudian dikembangkan oleh Abu Hudhail Al-‘Allaf (w: 268 H), Ma’bad bin ‘Ubbad Al-Silmi (w: 220 H) dan seterusnya oleh Abu Ali Al-Jubba’ie (w: 330 H).

Di samping itu juga, sebelum munculnya golongan Mu’tazilah, muncul individu yang menimbulkan kekeliruan dalam masalah aqidah seperti Ma’bad Al-Juhani Al-Bashri (w: 80 H) dan Ghailan Ad-Dimasyqi (w: 105 H). Femahaman kedua individu ini dikenal sebagai Qadariyyah., masalah Taqdir atau Qadar adalah di antara masalah baru yang paling awal diperbincangkan oleh golongan sesat pada masa salaf.

Begitu juga dengan munculnya individu bernama Jahm bin Safwan (w: 128 H) yang terlibat dengan faham Jabbariyyah. Faham ini berbeda dengan faham Qadariyyah walaupun kedua-duanya masih berkaitan dengan masalah qadar. Namun, kedua-golongan ini terpeleset dari tauhid murni Islam.

Golongan Mujassimah juga termasuk di antara golongan yang menyeleweng dalam masalah aqidah. Mereka memahami nas-nas mutasyabihat dengan femahaman bahasa yang maknanya dibatasi dengan penggunaannya kepada makhluk. Lalu, mereka menjisimkan Allah s.w.t. apakah secara jelas atau secara tidak langsung.

Di Antara golongan Mujassimah adalah golongan Hisyamiyyah yang dipelopori oleh Hisyam bin Al-Hakam (w: 190 H) dan Al-Mughiriyyah yang dipelopori oleh Al-Mughirah bin bin Sa’id (w: 119 H) dari kalangan Syiah. Begitu juga golongan Muqotiliyyah yang dipelopori oleh Muqotil bin Sulaiman (w: 150 H) dan dan golongan Al-Karramiyyah yang dipelopori oleh Muhammad bin Al-Karram (atau Al-Kiram, w: 255 H) dari kalangan ahli hadith. Adapun femahaman golongan Mujassimah ini masih mempunyai pengaruh yang kuat hingga hari ini walaupun kebanyakan mereka berlindung di sebalik nama-nama indah yang mengelabui para penuntut ilmu dan masyarakat awam.

Ketika perkembangan ini muncul ,maka ilmu tauhid atau aqidah lebih dibahas secara teori di bandingkan dengan sebelum ini,yang dikembangkan dalam masyarakat secara praktikal dengan tarbiah kerohanian (tauhid amali syuhudi). Namun, ini tidak menafikan peranan penting para ulama’ sufi yang masih menjaga manhaj tarbiah ummah dan penyucian jiwa yang menjadi aspek terpenting dalam mengembangkan tauhid amali yang diwarisi secara murni daripada para sahabat r.a. dan tabi’in yang sudah mencapai tahap ihsan.

MunculnYA Golongan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah

Ketika TERJADI BENTURAN antara golongan-golongan yang telah di sebutkan tadi dengan golongan As-Sawad Al-A’zhom (majoritas ulama’ Islam) iaitu golongan Ahlus-Sunnah wal Jamaah, maka muncul dua tokoh utama yang sangat berperan dalam mengembangkan ilmu tauhid secara teori ini, dalam rangka untuk menghadapi dan mengcounter gelombang femahaman-femahaman sesat dari golongan-golongan ahli bid’ah.

Tokoh pertama yang dimaksudkan ialah Imamuna Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (w: 324 H). Beliau besar dalam lingkungan keilmuan golongan Mu’tazilah sehingga beliau sendiri terpengaruh dengan faham tersebut. di Antara guru beliau adalah tokoh Mu’tazilah terkemuka iaitu Abu Ali Al-Jubba’ie. Namun, Allah s.w.t. memberi hidayah kepada beliau sehingga beliau akhirnya kembali kepada aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, iaitu aqidah murni Islam.

Beliau melihat pentingnya mempertahankan aqidah murni Islam (aqidah ahlus-sunnah wal jamaah) dengan sebuah manhaj penghujahan yang lengkap dan jelas, iaitu dengan menggabungkan manhaj naqli (menggunakan nas) dan aqli (menggunakan kaedah akal).

Sebagaimana telah diisyaratkan oleh Sheikh Ibn Khaldun, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari mengembangkan manhaj beliau dalam bidang aqidah berdasarkan manhaj Imam Ibn Kullab (w: 240 H) dan dan Imam Al-Muhasibi (w: 243 H).

Ketika itu, perkembangan ilmu tauhid Nazhori versi sunni atau ilmu Kalam versi sunni sangat diperlukan khususnya untuk membentuk suatu metodologi femahaman terhadap aqidah murni Islam dan kaedah penjagaan aqidah daripada faham-faham yang sesat. Maka, penggunaan ilmu logika sangat diperlukan khususnya dalam menyusun kerangka femahaman yang sahih terhadap nas dan seterusnya menyusun kaedah-kaedah asas aqidah murni Islam dan hujah-hujahnya.

Jika kita soroti puncak munculnya faham-faham sesat yang dibawa leh kelompok-kelompok pinggiran (syazd) dalam masyarakat Islam, kita dapati bahwa itu semua kembali kepada dua alasan utama iaitu:
  1. Kelemahan dalam menguasai ilmu berkaitan dengan pemikiran.
  2. Kelemahan dalam menguasai ilmu bahasa Arab.

Oleh sebab itu, banyak orang yang sesat dalam masalah aqidah didapati karena terperangkap apakah karena berlebihan dalam menggunakan akal ataupun lemah dalam memahami uslub bahasa Arab sehingga salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat. Bagi golongan yang terlalu berpegang dengan akal,membuat mereka tidak mengetahui batasan-batasannya dalam menyingkap hakikat ketuhanan sebenar, maka ia akan menolak nas-nas yang jelas sehingga menyimpulkan pendapat-pendapat yang terpeleset lagi sesat.

Begitu juga dengan golongan yang tidak memahami uslub bahasa Arab dan mengabaikan sama sekali peranan akal dalam memahami sebagian sifat kesempurnaan Allah secara umum, lalu akhirnya salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat sehingga terlibat dengan faham Tajsim (menjisimkan Allah), Tasybih (menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk) dan sebagainya.

Maka, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah seorang tokoh yang diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. dalam menggabungkan penguasaan akal yang cerdas serta penguasaan femahaman terhadap nas secara jelas, lalu menyusun kaedah-kaedah umum atau manhaj asas dalam memahami aqidah murni Islam. Maka, beliau dinilai sebagai tokoh paling berpengaruh dalam menggabungkan kaedah aqli dan naqli dalam bidang aqidah Islam.

Imam Abu Manshur Al-Maturidi (w: 333 H) juga merupakan seorang tokoh yang sangat berperanan dalam mengembangkan manhaj sahih dalam bidang aqidah Islam atau dalam ilmu Tauhid Nazhori ini. Manhaj beliau dalam bidang aqidah bisa didapat dalam kitab beliau berjudul Kitab At-Tauhid. Beliau dianggap sebagai pengembang manhaj tauhid nazhori dalam rangka membela aqidah ahlus-sunnah wal jamaah di Samarqand, sebagaimana Imam Al-Asy’ari yang mengembangkan manhajnya di Iraq.

Imam Abu Manshur Al-Maturidi berguru dengan beberapa ulama’ antaranya Imam Abu Nasr Ahmad bin Al-Abbas Al-‘Iyadhi, Imam Ahmad bin Ishaq Al-Juzjaji, Imam Nashir bin Yahya Al-Balkhi dan Imam Muhammad bin Muqatil Ar-Razi.

Imam Ahmad bin Ishaq Al-Juzjaji dan Imam Nashir bin Yahya berguru dengan Imam Abu Sulaiman Musa bin Sulaiman Al-Juzjaji. Imam Abu Sulaiman Musa Al-Juzjaji pula berguru dengan Imam Abu Yusuf (w: 182 H) dan Imam Muhammad bin Hasan As-Syaibani (w: 189 H) yang mana kedua-duanya merupakan murid-murid utama Imam Abu Hanifah r.a. (w: 150 H). Imam Muhammad bin Muqatil Ar-Razi juga berguru dengan Imam Muhammad As-Syaibani r.a..

Imam Al-Maturidi bukan sekadar mengambil fiqh Imam Abu Hanifah daripada para guru beliau malah mengambil usul aqidah dan manhaj aqidah Imam Abu Hanifah daripada mereka karena Imam Abu Hanifah juga di antara para ulama’ yang paling awal membahas tentang aqidah Islam khususnya dalam kitab beliau Al-Fiqh Al-Akbar. Imam Al-Maturidi dianggap sebagai pengembang manhaj aqidah Imam Abu Hanifah dengan cara yang lebih kemas dan sistematik.

Setelah itu, manhaj kedua-dua imam ini mendapat penerimaan luas daripada kebanyakan ulama’ Islam pada zaman tersebut dan zaman seterusnya sehingga zaman sekarang ini. Mereka yang menisbahkan diri kepada manhaj Imam Al-Asy’ari dalam penghujahan pada masalah aqidah dikenal sebagai golongan Al-Asya’irah sedangkan mereka yang menggunakan manhaj Imam Al-Maturidi dikenali sebagai golongan Al-Maturidiyyah. Pembahasan aqidah mereka yang bersifat Nazhori (teoritikal) ini akhirnya dikenali sebagai ilmu Kalam versi Sunni karana mempunyai unsur penggunaan akal di samping penggunaan nas (Naqli).



Sheikh Ibn Khaldun berkata tentang perkembangan ini:

“(Ilmu Kalam) ialah ilmu yang mengandung hujah-hujah terhadap aqidah-aqidah yang dipercayai dengan bukti-bukti secara Aqliyyah (pembuktian secara logikal) dan menolak golongan bid’ah yang terpeleset daripada aqidah salaf dan ahlus-sunnah”. [Muqoddimah Ibn Khaldun 225]

Maka, kedua-dua imam serta para pengikut mereka dikenal dalam sejarah sebagai para pahlawan dalam bidang aqidah yang membela aqidah murni Islam khususnya secara Nazhori yang sangat penting dalam bidang keilmuan Islam.

Imam Ahmad ibn Hajar Al-Haithami berkata:

“Ahli bid’ah ialah orang yang berpegang dengan pegangan yang berbeda dengan aqidah Ahlus-Sunnah. Adapun Ahlus-Sunnah adalah aqidah yang dipegang oleh Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, Abu Manshur Al-Maturidi dan mereka yang mengikut (manhaj) kedua-duanya. [Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s205]

Perkembangan Ilmu Kalam Sunni (Ilmu Tauhid Nazhori)


Setelah para ulama’ menerima manhaj Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu Manshur Al-Maturidi dalam bidang aqidah, maka mazhab keduanya terus dikembangkan merentasi zaman. Kedua-madrasah mempunyai para ulama’ agung yang mengembangkannya serta menyempurnakan perbahasan-perbahasan serta penghujahan mereka berdua.

di Antara murid-murid kepada Imam Al-Asy’ari yang kuat mengembangkan mazhab Imam Al-Asy’ari adalah:
  1. Imam Abu Al-Hasan Al-Bahili
  2. Imam Abu Al-Hasan Bundar As-Syirazi (teman Imam As-Syibli)
  3. Imam Abu Abdillah bin Mujahid Al-Bashri (juga murid Imam Sahl At-Tustari)
  4. Imam Abu Sahl As-Shu’luqi (juga murid Imam Ibn Abi Hatim)
  5. Imam Abu Abdillah At-Tha’ie

Kemudian, murid-murid kepada para imam tersebut mengembangkan mazhab Imam Al-Asy’ari dalam masalah aqidah.di  Antara mereka adalah

  1. Imam Saif As-Sunnah Al-Qadhi Abu Bakr bin At-Thayyib bin Al-Baqillani Al-Maliki (murid   Imam At-Tha’ie. Antara kitab beliau yang terpenting adalah Al-Inshof Fima Yajibu I’tiqaduhu wa La Yajuzu Al-Jahl Bihi danTamhid Al-Awa’il.)
  2. Imam Abu Bakr Ibn Furak Al-Asfahani (w: 406 H). Beliau berguru dengan Imam Abu Al-Hasan Al-Bahili bersama-sama Imam Al-Baihaqi dan Imam Al-Qusyairi. Antara kitab beliau dalam mengembangkan mazhab Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah kitab Mujarrad Maqalat Al-Asy’ari.
  3. Imam Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfirayini (m: 418). Beliau adalah murid Imam Al-Bahili.

Kemudian, ianya dikembangkan oleh para ulama’ Al-Asya’irah pada peringkat ketiga yang merupakan di antara murid-murid kepada para imam tersebut.  mereka adalah:

  1. Imam Abu Al-Qasim Al-Isfirayini (w: 452 H). Beliau berguru dengan Imam Abu Ishaq Al-Isfirayini dan bersahabat dengan Imam Al-Baihaqi. di Antara murid beliau adalah: Imam Al-Haramain, guru kepada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. dan Imam Dhiya’uddin Al-Razi, ayahnda kepada Imam Fakhruddin Al-Razi.
  2. Imam Al-Ustaz Abu Bakr Al-Baihaqi (w: 384 H). Beliau berguru denga Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim Al-Isfirayini dan Imam Abu Bakr bin Furak. di Antara buku-buku tulisan beliau adalah: Al-Asma’ wa As-Sifat sebesar dua jilid (buku rujukan dalam bidang aqidah) dan Al-I’tiqad.

Seterusnya, dikembangkan oleh para ulama’ di antara mereka yang terkemuka adalah seperti:

  1. Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf As-Syirazi (393-476 H). Beliau adalah murid Imam Al-Khatib Al-Baghdadi, Imam Al-Qadhi Abu At-Thayyib At-Tabari, Imam Abu Abdillah Muhammad bin Abdillah bin Ahmad Al-Baidhawi, Imam Al-Faqih Az-Zujaji dan sebagainya. Antara tulisan beliau dalam bidang aqidah adalah: Al-Isyarah ila Mazhab Ahl Al-Haq.
  2. Imamul Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (419-478 H). Beliau berguru kepada ayahndanya Imam Abdullah Al-Juwaini dan Imam Abu Al-Qashim Al-Iskafi Al-Isfarayini. Antara kitab-kitab beliau khususnya dalam bidang aqidah adalah: Al-Irsyad ila Qawathi; Al-Adillah fi Usul Al-‘I’tiqad, Ar-Risalah An-Nizhamiyyah (Al-Aqidah An-Nizhamiyyah), As-Syamil fi Usul Ad-Din, Lam’atul Adillah fi Qawa’id ‘Aqa’id Ahl As-Sunnah wa Al-Jama’ah

Begitulah seterusnya, mazhab Al-Asy’ari dalam aqidah terus dikembangkan oleh banya ulama’ besar di antara mereka adalah seperti:

  1. Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. (w: 505 H) khususnya menerusi buku beliau Al-Iqtishad fi Al-I’tiqad
  2. Imam Abu Al-Fath Muhammad As-Syahrastani (w: 548 H) khususnya menerusi kitab Nihayah Al-Iqdam fi Ilm Al-Kalam dan Al-Milal wa An-Nihal.
  3. Imam Fakhruddin Ibn Asakir (499-571 H) khususnya menulis kitab Tabyyiin Kazb Al-Muftari merupakan buku yang menghimpun sebagian nama-nama para ulama’ Al-Asya’irah yang besar.
  4. Khatib Ar-Riy Imam Dhiyauddin Abu Al-Qasim Umar Al-Razi khususnya meneruskan kitab Ghayah Al-Maram fi Ilm Al-Kalam.
  5. Imam Fakhruddin Al-Razi r.a. (w: 606 H) anak kepada Imam Dhiya’uddin Ar-Razi, khususnya dalam buku beliau Asas At-Taqdis dan Al-Masa’il Al-Khamshun fi Usul Al-Kalam.
  6. Imam Al-Amidi (e: 631 H) khususnya buku beliau Ibkar Al-Afkar dan Ghayah Al-Maram fi Ilm Al-Kalam
  7. Imam Al-Iji (680-756 H) khususnya kitab-kitab beliau: Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam, Jawahir Al-Kalamdan Al-‘Aqa’id Al-Adhiyyah
  8. Imam Muhammad bin Yusuf As-Sanusi (w: 895 H) khususnya buku beliau Umm Al-Barahin, Al-Manhaj As-Sadid dan Aqidah Ahl At-Tauhid Al-Kubra

Setelah itu, perkembangan kitab-kitab Al-Asya’irah lebih bersifat syarahan, ulasan dan catatan terhadap kitab-kitab terdahulu.

Perkembangan ilmu aqidah secara Nazhori atau ilmu kalam ini sangat memainkan peranan penting dalam menyusun kerangka asas dalam berinteraksi dengan masalah aqidah khususnya melibatkan bab ketuhanan, berdasarkan femahaman nas yang jelas dan penggunaan kaedah akal yang seimbang.
Maka, Tauhid yang diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam adalah suatu Tauhid Amali Syuhudi atau suatu Tauhid praktikal dan penghayatan, yang mana aqidah adalah suatu yang disemat dalam jiwa dalam bentuk penghayatan. Tauhid Amali ini adalah suatu tauhid yang murni yang lahir daripada suatu proses penyucian jiwa (Tazkiyyah An-Nufus) dan tarbiah kerohanian. Oleh sebab itulah, Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam merupakan seorang murobbi agung kepada para sahabat r.a. yang menerapkan tauhid Amali ini dalam jiwa mereka melalui tarbiah kerohanian.

Namun, setelah munculnya golongan yang sesat dalam masalah aqidah khususnya ketika salah faham terhadap nas-nas Islam, maka para ulama’ terpaksa menghimpun ilmu aqidah dalam bentuk teori untuk memelihara aqidah umat Islam daripada salah faham dalam masalah aqidah dan menyusun manhaj sahih dalam berinteraksi dengan nas-nas (termasuklah nas-nas mutasyabihat) yang melibatkan masalah aqidah.

Walau bagaimanapun, kesibukan dan fokus terhadap ilmu Tauhid Nazhori (berbentuk teori) ini tidak menyebabkan ilmu Tauhid Amali Syuhudi ini terhenti perkembangannya dalam masyarakat Islam. malah dikembangkan oleh para ulama’ sufi dalam bentuk Tarbiah Ruhiyyah Amaliyyah (tarbiah kerohanian praktikal) dan dikembangkan juga melalui penulisan-penulisan mereka dalam ilmu Tasawwuf.

Bahkan, ketika ilmu Tauhid Nazhori sedang dikembangkan dalam bentuk ilmu Kalam oleh golongan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah, sebagian para ulama’ sufi turut terlibat membahas ilmu Tauhid Nazhori ini juga bahkan kebanyakan mereka menjadikan asas-asas manhaj aqidah Al-Asya’irah atau Al-Maturidiyyah sebagai pendahuluan bagi perjalanan menuju Allah s.w.t. (perjalanan kerohanian) karana tanpa asas aqidah yang jelas dan sahih, maka perjalanan kerohanian menuju Allah s.w.t. tidak membawa kepada natijah yang sahih kerana aqidah adalah asas bagi ibadah dan pengabdian.

Bahkan, sebahagian para ulama’ Mutakallimin yang terlibat dalam membahas ilmu Tauhid Nazhori (ilmu Kalam) ikut menggalakkan pelajaran ilmu Tasawwuf dan tarbiah kerohanian sebagai penyempurnaan dan perealisasian terhadap ilmu Aqidah yang telah dipelajari.

Maka, kita dapat simpulkan dua bentuk hubungan antara ilmu Aqidah (Nazhori) dengan ilmu Tasawwuf iaitu:

Ulama’ Sufi berpegang dengan ilmu Kalam sebagai pendahuluan pembahasan ilmu Tasawwuf.

Ilmu Aqidah Nazhori dijadikan sebagai subjek pendahuluan terhadap ilmu Tasawwuf oleh kebanyakan ulama’ sufi karena kepentingan aqidah yang sahih dalam perjalanan menuju Allah s.w.t.. Maka, manhaj Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah yang menjadi manhaj utama membela aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah turut diterapkan dalam perbincangan ilmu Tasawwuf khususnya di awal pembahasan mereka.

Ulama’ Mutakallimin (ahli ilmu Kalam) berpegang dengan ilmu Tasawwuf sebagai Manhaj Penyempurnaan.

Para ulama’ Mutakallimin menyeru untuk mempelajari ilmu Tasawwuf setelah membahas ilmu Kalam secara teori karana ilmu Tasawwuf adalah penyempurnaan dan manhaj yang menterjemahkan ilmu Aqidah yang dipelajari secara teori dalam bentuk penghayatan.

Wallaohu alam..........

DiNuqilkan Oleh : Bagus Rangin ~ Kertajati-Majalengka

pucukpucuk Agan sedang membaca artikel tentang: Asal mula Perkembangan Ilmu Aqidah Islam dan munculnya Ilmu kalam sunni [Tauhid Nazhori]. Silakan agan copy dan paste atau sebarluaskan artikel ini jika dinilai bermanfaat,Ane juga menyediakan buku terjemahan kitab yang membantah wahabi: 1. buku "bid'ah mahmudah dan bid'ah idhafiyah antara pendapat yang membolehkan dan yang melarang" terjemah dari kitab: albid'atul mahmudah wal bid'atul idhafiyah bainal mujiziina wal maniin" karya Syaikh abdul fattah Qudais Al Yafi"i, 2.Terjemah kitab ‘At Tabaruk Bi As Sholihin Baina Al Muzijiin wa Al Maani’in: Mencari Keberkahan Kaum Sholihin Antara Pendapat yang Membolehkan dan yang Melarang, hub admin: hp/WA 0857-5966-1085.syukron :

*** Dapatkan buku terjemah disini ***

Share this article :

+ komentar + 8 komentar

Anonim
2 Januari 2013 pukul 19.24

Imam Abu Hanifah Tentang Ilmu Kalam

Imam Abu Hanifah berkata:

“Di kota Bashrah orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (selera) sangat banyak. Saya datang di Bashrah lebih dari dua puluh kali. Terkadang saya tinggal di Bashrah lebih dari satu tahun, terkadang satu tahun, dan terkadang kurang dari satu tahun. Hal itu karena saya*mengira bahwa Ilmu Kalam itu adalah ilmu yang paling mulia”.

(Al-Kurdi, Manaqib Abi Hanifah, hal.137)

Beliau menuturkan:

Saya pernah mendalami Ilmu Kalam, sampai saya tergolong manusia langka dalam Ilmu Kalam. Suatu saat saya tinggal dekat pengajian Hammad bin Abu Sulaiman. Lalu ada seorang wanita datang kepadaku+

ia berkata: “Ada seorang lelaki mempunyai seorang istri wanita sahaya. Lelaki itu ingin menalaknya dengan talak yang sesuai sunnah. Berapakah dia harus menalaknya?”

Pada saat itu saya tidak tahu apa yang harus saya jawab. Saya hanya menyarankan agar dia datang ke Hammad untuk menanyakan hal itu, kemudian kembali lagi ke saya, dan apa jawaban Hammad.

Ternyata Hammad menjawab: “Lelaki itu dapat menalaknya ketika istrinya dalam keadaan suci dari haid dan juga tidak dilakukan hubungan jima’, dengan satu kali talak saja. Kemudian istrinya dibiarkan sampai haid dua kali. Apabila istri itu sudah suci lagi, maka ia halal untuk dinikahi.”

Begitulah, wanita itu kemudian datang lagi kepada saya dan memberitahukan jawaban Hammad tadi. Akhirnya saya berkesimpulan, “saya tidak perlu lagi mempelajari Ilmu Kalam. Saya ambil sandalku dan pergi untuk berguru kepada Hammad”

(Tarikh Baghdad XIII/333)

Beliau berkata lagi:

“Semoga Allah melaknati Amr bin Ubaid, karena telah merintis jalan untuk orang-orang yang mempelajari Ilmu Kalam, padahal ilmu ini tidak ada gunanya bagi mereka”.

(Al-Harawi, Dzamm ’Ilm Al-Kalam, hal. 28-31)

Beliau juga pernah ditanya seseorang,

“Apakah pendapat anda tentang masalah baru yang dibicarakan orang-orang dalam Ilmu Kalam, yaitu masalah sifat-sifat dan jism?”

Beliau menjawab,

‘itu adalah ucapan-ucapan para ahli filsafat. Kamu harus mengikuti hadits Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam dan metode para ulama salaf. Jauhilah setiap hal yang baru karena hal itu adalah bid’ah”.

(Al-Harawi, Dzamm ’Ilm Al-Kalam, lembar 194-B)

Putra Imam Abu Hanifah, yang namanya Hammad, menuturkan,

“Pada suatu hari ayah datang ke rumahku. Waktu itu di rumah ada orang-orang yang sedang menekuni Ilmu Kalam, dan kita sedang berdiskusi tentang suatu masalah. Tentu saja suara kami keras, sehingga tampaknya ayah terganggu.

Kemudian saya menemui beliau, ‘Hai Hammad, siapa saja orang-orang itu?’, Tanya beliau. Saya menjawab dengan menyebutkan nama mereka satu persatu. ‘Apa yang sedang kalian bicarakan?’, Tanya beliau lagi. Saya menjawab, ‘Ada suatu masalah ini dan itu’.

Kemudian beliau berkata: “Hai Hammad, tinggalkanlah Ilmu Kalam”. Kata Hammad selanjutnya: “Padahal setahu saya, ayah tidak pernah berubah pendapat, tidak pernah pula menyuruh sesuatu kemudian melarangnya. ‘

Hammad kemudian berkata kepada beliau., ’wahai Ayahanda, bukankah ayahanda pernah menyuruhku untuk mempelajari Ilmu Kalam?’ “Ya, memang pernah”. Jawab beliau, “Tetapi itu dahulu. Sekarang saya melarangmu, jangan mempelajari Ilmu Kalam”, tambah beliau “Kenapa, wahai ayahanda?”, Tanya Hammad lagi.

Beliau menjawab, “Wahai anakku, mereka yang berdebat dalam Ilmu Kalam, pada mulanya adalah bersatu pendapat dan agama mereka satu. Nemun syaitan mengganggu mereka sehingga mereka bermusuhan dan berbeda pendapat”.

(Al-Makki, Manaqib Abu Hanifah, hal.183-184)

Anonim
2 Januari 2013 pukul 19.24

Imam Malik tentang Ilmu Kalam

Imam Ibn ‘Abdil Bar meriwayatkan dari Mush’ab bin Abdullah bin az-Zubairi, katanya, Imam Malik pernah berkata:

“Saya tidak menyukai Ilmu Kalam dalam masalah agama, warga negeri ini juga tidak menyukainya, dan melarangnya, seperti membicarakan pendapat Jahm bin Shafwan, masalah qadar dan sebagainya. Mereka tidak menyukai Kalam kecuali di dalam terkandung amal. Adapun Kalam di dalam agama, bagi saya lebih baik diam saja”

(Jami’ Bayan al-’Ilm wa Al-Fadhilah, hal. 415)

Imam Abu Nu’aim juga meriwayatkan dari Abdullah bin Nafi, katanya, saya mendengar Imam Malik berkata:

“Seandainya ada orang melakukan dosa besar seluruhnya kecuali menjadi musyrik. kemudian dia melepaskan diri dari bid’ah-bid’ah Ilmu Kalam ini, dia akan masuk surga.”

(Al-Hilyah, VI/325)

Imam al-Harawi meriwayatkan dari Ishaq bin Isa, katanya, Imam Malik berkata,

“Barangsiapa yang mencari agama lewat Ilmu Kalam ia akan menjadi kafir zindiq, siapa yang mencari harta lewat Kimia, ia akan bangkrut, dan siapa yang mencari bahasa-bahasa yang langka dalam Hadits (gharib al-Hadits) ia akan berdusta.”

(Dzamm Al-Kalam, lembar 173-B)

Imam al-Katib al-Baghdadi meriwayatkan dari Ishaq bin Isa, katanya, saya mende-ngar Imam Malik berkata:

“Berdebat dalam agama itu aib (cacat).”

Beliau juga berkata:

“Setiap ada orang datang kepada kita, ia ingin berdebat. Apakah ia bermaksud agar kita ini menolak apa yang telah dibawa oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam?”

(Syaraf Ash-hab Al-Hadits, hal. 5)

Imam al-Harawi meriwayatkan dari Abdur Rahman bin Mahdi, katanya, saya masuk ke rumah Imam Malik, dan di situ ada seorang yang sedang ditanya oleh Imam Malik:

“Barangkali kamu murid dari ’Amir bin ’Ubaid. Mudah-mudahan Allah melaknat ‘Amr bin ‘Ubaid karena dialah yang membuat bid’ah Ilmu Kalam. Seandainya kalam itu merupakan Ilmu, tentulah para Sahabat dan Tabi’in sudah membicarakannya, sebagaimana mereka juga berbicara masalah hukum (fiqih) dan syari’ah.”

(Dzan Al-Kalam, lembar 173-B)

Imam al-Harawi meriwayatkan dari ‘Aisyah bin Abdul Aziz, katanya, saya mendengar Imam Malaik berkata:

“Hindarilah bid’ah”.

Kemudian ada orang yang bertanya,

“Apakah bid’ah itu, wahai Abu Abdillah?”.

Imam Malik menjawab:

“Penganut bid’ah itu adalah orang-orang yang membicarakan masalah nama-nama Allah, sifat-sifat Allah, kalam Allah, ilmu Allah, dan qudrah Allah. Mereka tidak mau bersikap diam (tidak memperdebatkan) hal-hal yang justru para Sahabat dan Tabi’in tidak membicarakannya.”

(Dzan Al-Kalam, lembar 173)

Imam Abu Nu’aim meriwayatkan dari Imam Syafi’i, katanya, Imam Malik bin Anas, apabila kedatangan orang yang dalam agama mengikuti seleranya saja, beliau berkata:

“Tentang diri saya sendiri, saya sudah mendapatkan kejelasan tentang agama dari Rabbku. Sementara anda memilih ragu-ragu. Pergilah saja kepada orang-orang yang masih ragu-ragu, dan debatlah dia.”

(Al-Hilyah, VI/324)

Imam Ibn ‘Abdil Bar meriwayatkan dari Muhammad bin Ahmad al-Mishri al-Maliki, di mana ia berkata dalam bab al-Ijarat dalam kitab al-Khilaf, Imam Malik berkata:

“Tidak boleh menyebarkan kitab-kitab yang ditulis oleh orang-orang yang dalam beragama hanya mengikuti hawa nafsu, bid’ah dan klenik; dan kitab-kitab itu adalah kitab-kitab penganut kalam, seperti kelompok Mu’tazilah dan sebagainya.”

(Jami’ Bayan al-’Ilm wa Al-Fadhilah, hal. 416-417)

Anonim
2 Januari 2013 pukul 19.25

Imam Asy-Syafi’i Tentang Ilmu Kalam

Al-Imam Ahmad berkata,

“Adalah Al-Imam Asy-Syafi’i apabila telah mantap sebuah hadits di sisinya, ia menjadikannya sebagai pendapatnya. Sebaik-baik sifatnya adalah bahwa beliau tidak menyukai ilmu kalam, akan tetapi semangatnya hanya fiqih.”

(Tawali At-Ta’sis hal. 108)

Abu Tsaur dan Husain bin ‘Ali Al-Karabisiy, keduanya berkata: Kami pernah mendengar Asy-Syafi’i berkata,

“Menurutku hukuman yang pantas untuk ahli ilmu kalam adalah dipukuli dengan pelepah kurma, dinaikkan di atas unta, dan dibawa keliling ke tengah-tengah khalayak ramai, lalu diserukan [kepada mereka]: Inilah balasan bagi orang-orang yang meninggalkan al-kitab dan as-sunnah dan memilih ilmu kalam.”

(Tawali At-Ta’sis hal. 111)

Abu Nu’aim Al-Jurjaniy, ia berkata: Ar-Rabi’ pernah berkata kepadaku:

Seorang laki-laki pernah bertukar pandangan dengan Asy-Syafi’i dalam suatu masalah hingga mendalam. Asy-Syafi’i dengan tenang menjawab dan selalu unggul. Lalu laki-laki itu beralih kepada ilmu kalam dalam pembicarannya, maka Asy-Syafi’i berkata kepadaku, “Ini bukan golongan kita. Ini menyangkut ilmu kalam, saya bukan pemilik ilmu kalam, dan masalahnya sudah tidak berhubungan.”

(Tawali At-Ta’sis hal. 112)

Anonim
2 Januari 2013 pukul 19.26

Imam Ahmad Tentang Ilmu Kalam

Berkata Imam Ahmad:

“Janganlah kalian bermajelis dengan ahlul kalam, walaupun ia membela sunnah. Karena urusannya tidak akan membawa kebaikan!”

(Al-Ibanah, juz 2/540 melalui nukilan Lamu ad-Duur Minal Qaulil Ma’tsur, Syaikh Jamal Ibnu Furaihan, hal. 40)

Berkata Abdul Harits:

“Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Jika engkau melihat seseorang menyukai ilmu kalam, maka berhati-hatilah kalian dengannya”.

5 Januari 2013 pukul 00.37

apakah ilmu kalam di larang secara mutlak?? ibnu taemiyah sendiri yg nampal mengkritisi kalam,ternyata memakai ilmu kalam,baca dalam kitab taemiyah dar'u taarud dalil...

anda baca tdk dalam note di atas tentang alasan ulama membahas ilmu kalam??? maka anda kan tau yg dilarang yg mana..!!

makanya baca perkataan ulama itu mesti menyeluruh,jgn separuh2,coba deh bawakan tex arab nuqilan terjemah yg anda bawakan..:D

Anonim
1 Maret 2013 pukul 16.20

Ya jamaah kayak gini ini, yang bikin Islam Hancur....." Hanya bisa nyalahin orang lain dan jamaah lain,..." Kenapa kok harus menyalahkan orang yang belajar Ilmu Kalam.??? Apa yang salah dengan Ilmu Kalam..??? bukankah semua Ilmu itu HANYALAH milik Allah, dan datang juga dari Allah...???' coba anda Jelaskan dengan gamblang dan jelass. Kalo anda tidak bisa dan tidak tahu, lebih baik DIAM aja...!!!

25 Juli 2013 pukul 15.03

kalau boleh saya tahu..sumbernya dapat dari mana ya??
sebaiknya di tulis nama buku dan penulisnya siapa...:):):)
terima kasih....:)

16 Maret 2016 pukul 14.05

ini bersumber dari buku mana ya?

Posting Komentar

Jangan lupa Tulis Saran atau Komentar Anda

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger