News Update :
Home » » Dasar Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat Bag 1

Dasar Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat Bag 1

Penulis : Bagus Rangin on 2 Februari 2014 | 09.12.00


allama hasab bin saeed yamani



(Uraian Ringkas Bab Pertama DARI kitab Risalah Iljamul' Awam karangan Imam Al-Ghazali r.a..)

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali r.a. berkata:

"Ketahuilah bahwasanya kebenaran yang jelas itu seperti yang dijelaskan oleh ahlul basa'ir (orang yang tajam mata hatinya) ialah mazhab Salaf, iaitu yang saya maksudkan di sini, ialah, mazhab para sahabat dan tabi'in , dan saya akan menjelaskannya beserta dalil-dalinya.
"Maka saya berkata: Hakikat mazhab salaf, yang merupakan mazhab yang yang benar menurut pandangan kami (ulama' Islam), iaitu, apabila sampai suatu hadith yang mutasyabihat kepada orang awam (kaum muslimin yang awam)  maka wajib bagi mereka (orang awam tersebut) berpegang dengan tujuh perkara iaitu: Taqdis (menyucikan Allah s.w.t.), kemudian Tasdiq (membenarkan apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t.), kemudian mengakui kelemahan (dalam memahami nas-nas mutasyabihat tersebut), bersikap berdiam diri (tidak mendalami permasalahan tersebut), tidak berbicara tentang masalah tersebut, kemudian tidak merenungkan dan berfikir tentang makna-makna perkataan tersebut dan seterusnya menyerahkan ilmu mengenainya kepada ahli makrifat. 

Uraiannya:  

Dasar Pertama: At-Taqdis (Menyucikan) 

Imam Al-Ghazali r.a. berkata: 

"Kaedah Pertama: At-Taqdis: Yang saya maksudkan ialah, menyucikan Allah s.w.t. daripada kejisiman dan kelaziman-kelazimannya"
Al-Faqir menguraikan dengan bantuan Allah s.w.t.:
Ini merupakan kaedah dasar bagi orang-orang awam yang tidak mampu untuk mendalami pembahasan-pembahasan ilmu kalam, ketika berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat.
Adapun contoh-contoh nas-nas mutasyabihat adalah: 

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. (26) Dan tetap kekal wajh ( secara bahasa maksudnya wajah) Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (27) (Surah Al-Rahman: 26-27) 
Allah s.w.t. berfirman juga :
Yadd (secara bahasa maksudnya tangan) Allah di atas tangan mereka (Surah Al-Fath: 10) 

Demikianlah di antara contoh-contoh nas mutasyabihat dalam Al-Qur'an. Adapun dalam hadith Nabi s.a.w., di antaranya adalah:
Sabda Nabi s.a.w.: Allah s.w.t. berfirman (hadith qudsi): "…Jika Aku sayang pada seseorang hamba , maka Aku akan jadi penglihatannya yang dia melihat dengannya (penglihatan tersebut)…" (Hadith riwayat Al-Bukhari r.a.)
Jadi, dalam nas-nas berikut, dhahir perkataan yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. itu memberi makna sifat-sifat makhluk seperti yad (tangan) dan wajh (wajah). Ini merupakan suatu perkataan yang mengarah kepada kejisiman, yang merupakan sifat makhluk yang baru, sedangkan Allah s.w.t. tidak sama seperti makhluk.
Lalu, Imam Al-Ghazali r.a. menggariskan beberapa panduan untuk orang-orang awam, dalam berinteraksi dengan nas-nas mutayabihat tersebut, agar tidak terjerumus ke dalam femahaman tasybih dan tajsim.
Dasar pertama menurut Imam Al-Ghazali r.a. ialah, apabila seseorang berhadapan dengan suatu nas yang samar ini, hendaklah dia menyucikan Allah s.w.t. daripada makna-makna dhahir perkataan tersebut yang memiliki makna tajsim, seperti perkataan tangan, wajah dan sebagainya. Dasar ini di sebut sebagai At-Taqdis. 

Iaitu, apabila seseorang berhadapan dengan nas yang mengandungi perkataan-perkataan yang dhahirnya membawa makna kejisiman, yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. seperti yadd (tangan) Allah dan sebagainya, maka hendaklah dia menyucikan Allah s.w.t. terlebih dahulu daripada sifat tangan yang jisim, lalu meyakini bahwasanya, bukanlah makna dhahir yang dimaksudkan dengan perkataan yadd tersebut.  Dalam perkataan yadd tersebut, ada makna lain, selain daripada makna tangan yang merupakan suatu jisim, yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t.. Adapun perkataan yadd (tangan) Allah s.w.t. itu  bentuk majazi (kiasan) semata-mata, bukan hakiki.


Inilah suatu konsep asas yang perlu dipegang oleh setiap muslim, agar aqidah mereka tidak tercemar dengan femahaman-femahaman sesat seperti faham tajsim (menjisimkan Allah) dan tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk)

Allah s.w.t. berfirman:
tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Melihat. (Surah As-Syura: 11)
Oleh karena itu, Imam Al-Ghazali r.a. ketika mensyarahkan dasar pertama ini, beliau berkata:
"Hendaklah seseorang mengetahui bahwasanya, pada perkataan-perkataan tersebut (tangan, wajah dan sebagainya), memiliki dua makna. Pertama, makna asalnya iaitu suatu anggota yang memiliki rongga, berjuz, yang merupakan anggota khusus, atau jisim khusus, untuk suatu badan tubuh, yang ada ukuran dan bentuk tertentu, maka ini ialah makna kejisiman. Kedua, makna lain selain dari makna kejisiman tsbt iaitu, seperti dikatakan: "seluruh negeri ini ada dalam tangan sang raja", yang mana makna tangan dalam perkataan tersebut bukanlah makna jisim, tetapi maksudnya kekuasaan raja tersebut, yang dapat difahami dengan mudah oleh orang-orang awam juga…" 

Jelaslah menurut Imam Al-Ghazali r.a., bahwasanya, perkataan-perkataan seperti tangan, wajah dan sebagainya,  bisa memiliki dua makna iaitu:
Pertama: Makna Asalnya iaitu satu anggota yang ada ukurannya tertentu, yang terkait dengan jasad atau jisim sesuatu, maka ini makna kejisiman.
Kedua: Makna lain yang tidak mengarah kepada makna kejisiman, iaitu, makna majazi (kiasan) untuk perkataan tersebut, seperti contoh yang telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali r.a. sendiri.

Imam Al-Ghazali r.a. berkata dalam rangka menolak femahaman tajsim (menjisimkan Allah s.w.t.:
"Bagi seorang awam maupun orang bukan awam, pasti yakin bahwasanya, apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. berkenaan dengan nas-nas mutasyabihat tersebut, tidaklah memiliki maksud dengan makna kejisiman, krna jisim itu mustahil bagi Allah s.w.t. yang Maha Suci dari segala kekurangan…Setiap yang berjisim itu makhluk…Oleh sebab itu, siapa yang menyembah suatu yang berjisim, maka dia kafir menurut kesepakatan ulama' salaf dan khalaf…" 

maka kita Faham bahwasanya, di balik perkataan-perkataan yang dhahirnya memiliki maksud kejisiman tersebut, ada makna-makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan bukanlah maknanya yang dhahir (yang bermakna kejisiman) yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Ini hanya suatu konsep kiasan.
Imam Al-Ghazali r.a. berkata lagi:

"Seseorang hendaklah beriktiqad bahawasanya, nas-nas mutasyabihat tersebut mengandung makna-makna lain yang sesuai dengan Allah s.w.t., yang bukan makna dengan maksud kejisiman, atau bukan makna suatu anggota bagi jisim. Kalau seseorang tidak mengetahui makna sebenarnya dari perkataan-perkataan tersebut, ataupun tidak memahami hakikatNya, maka dia sebenarnya tidak diwajibkan untuk memahami  maksud sebenarnya dari nas-nas mutasyabihat tersebut, krna tidak menjadi tanggungjawabnya untuk memahami ta'wil (makna lain daripada makna dhahir perkataan tersebut). Dia tidak wajib untuk mengetahui makna perkataan tersebut bahkan wajib  baginya untuk tidak mendalami pembahasan tersebut…"
Jelaslah bagi kita bahwasanya, seseorang awam yang tidak memahami makna lain (ta'wil) atas perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, maka tidak wajib baginya untuk mengetahui makna-maknanya, bahkan wajib pula baginya untuk tidak mendalami masalah-masalah tersebut untuk mengetahui maknanya. 


Inil adalah suatu konsep tafwidh iaitu, menyerahkan makna sebenarnya perkataan-perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. (dan kepada ahli ilmu menurut pendapat sebagian ulama khalaf), dan tidak mendalami pembahasan-pembahasan mengenai maknanya. 

Inil konsep paling inti dalam menolak kesesatan faham tasybih dan tajsim, yang mana, dewasa ini, dipopularkan semula oleh sebagian golongan yang mendakwa diri mereka sebagai salafi. Mereka bersikap jumud dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, dengan menafikan konsep ta'wil, tafwidh makna, dan juga majazi dalam penggunaan bahasa Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Sheikh Ibn Taimiyah merupakan di antara pelopor yang menyeru untuk menolak penggunaan konsep ta'wil dan tafwidh dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, yang mana akhirnya membawa kepada faham isbat (menetapkan) makna dhahir yang berunsur kejisiman bagi zat Allah s.w.t..
Alfaqir telah menulis sebagian penolakan terhadap golongan ini, yang didasari oleh femahaman Ibn Taimiyah, dalam pembahasan yang lalu, untuk para penuntut ilmu secara khususnya.  

Dasar Kedua: At-Tasdiq (Membenarkan) 

Imam Al-Ghazali r.a. berkata:

"Kaedah Kedua: At-Tasdiq (membenarkan). Iaitu, beriman dengan setiap yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. (termasuk hadith-hadith yang mengandung lafad mutasyabihat). Iaiitu, kita beriman bahwasanya, seluruh yang disampaikan oleh Baginda s.a.w. itu suatu yang benar, sesuai dengan apa yang Baginda s.a.w. katakan dan maksudkan".
Seseorang muslim mesti beriman dengan seluruh khabar yang disampaikan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an dan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadith-hadith Baginda s.a.w., termasuk nas-nas yang berkaitan dengan perkataan mutasyabihat ini.
Orang Islam perlu beriman bahwasanya, setiap yang disampaikan di dalam wahyu itu, suatu yang benar, dan tidak boleh menafikan perkara yang termaktub di dalam nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Dasatr ini menjelaskan suatu prinsip yang jelas tentang aqidah muslim, khususnya dalam masalah berhubung nas-nas mutasyabihat ini. Kita hendaklah beriman, bahwasanya, perkataan yadd (tangan) Allah tersebut dan sebagainya, semuanya benar dari Allah s.w.t., pada waktu yang sama, kita mengakui bahwasanya, kita tidak tahu makna sebenarnya perkataan tersebut (nas-nas mutasyabihat tersebut) dan kita juga tidak menetapkan makna dhahir perkataan tersebut yang berunsur kejisiman, kepada Allah s.w.t., krna itu tidak layak bagi Allah s.w.t..

Konsep ini menolak asas golongan muktazilah yang menafikan (ta'thil) sifat-sifat Allah s.w.t. dengan beralasan untuk menyucikan Allah s.w.t.. Faham muktazilah ini tertolak krna mereka menafikan semua sifat-sifat yang dikhabarkan dalam nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah secara mutlak, sedangkan kita wajib beriman dengan segala yang terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. 

Dasar kedua ini menujukkan juga bahwasanya, pendirian ahlus sunnah wal jamaah, dalam menafikan kejisiman bagi Allah s.w.t. dalam nas-nas mutasyabihat tersebut, bukanlah bentuk ta'thil (menafikan secara mutlak) terhadap sifat-sifat Allah s.w.t., seperti yang didakwa oleh sebagian golongan pengaku salafi di era modern ini, sewaktu menuduh golongan Ahlus sunnah wal jamaah dalam kalangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah sebagai golongan yang menafikan sifat Allah s.w.t.. 

Para ahlus sunnah wal jamaah tidak menetapkan makna dhahir perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, krna makna dhahirnya mengandung makna kejisiman, yang tidak layak bagi Allah s.w.t. yang Maha Sempurna. Namun, mereka tetap beriman dengan lafad tersebut (seperti yadd Allah dan sebagainya), tetapi berkeyakinan bahwasanya, ada makna lain di balik lafaz-lafaz tersebut, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w, bukan maknanya dari sudut dhahir yang mengandung arti jisim. Bagi mereka, lafaz tersebut hanyalah majazi (suatu kiasan), sesuai dengan kaedah bahasa Arab yang mengandungi kaedah kiasan.

Inilah yang gagal difahami oleh sebagian golongan yang terpengaruh dengan faham tajsim dewasa ini.
Imam Al-Ghazali r.a. berkata ketika menjelaskan dasar kedua ini:
"Dasar Kedua ini ialah, seseorang meyakini lafad lafad  tersebut, yang maknanya lafad lafad tersebut sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w.."


Inilah dasar yang paling penting dalam membedakan antara aqidah ahlus sunnah wal jamaah dengan faham-faham sesat seperti faham tajsim dan muktazilah.
Adapun golongan muktazilah, mereka menafikan secara mutlak perkataan-perkataan tersebut. Ini kesesatan krna menafikan apa yang disebutkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w., sedangkan kita wajib beriman dengan apa yang disebutkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w..
Dari sudut yang lain , ada dua golongan yang beriman dengan nas-nas mutasyabihat ini, namun keduanya berbeda dari sudut femahamannya.
Pertama: Golongan ahlus sunnah wal jamaah (para salafus soleh, golongan Al-Asya'irah dan golongan Al-Maturidiyah): 

Golongan ini beriman dengan setiap perkataan dan lafaz yang dhahir tersebut, namun menyerahkan makna sebenarnya perkataan-perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. dengan menyatakan bahwasanya, makna perkataan tersebut bukanlah makna dhahirnya yang mengandung makna kejisiman. Ada makna lain bagi perkataan-perkataan tersebut. Mereka merujuk kepada konsep majaz (kiasan) dalam bahasa Arab sendiri. Mereka yakin, apa yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. daripada perkataan tersebut, bukanlah makna dari sudut dhahir yang mengandung makna tajsim(menjisimkan Allah), tetapi ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. selain daripada makna dhahir tersebut.

Dalam hal ini, golongan ahlus sunnah wal jamaah mempunyai dua pendekatan dan manhaj yang berbeda:
Pertama: manhaj salaf (bukan manhaj salafi modern): iaitu manhaj tafwidh.
Mereka meyakini bahwasanya, ada makna lain bagi perkataan mutasyabihat tersebut, dan bukan makna dhahirnya yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., namun menyerahkan makna tersebut kepada Allah s.w.t. semata. 

Manhaj ini dipegang oleh majoritas ulama' salafus soleh dan sebagian ulama' khalaf (yang hidup setelah kurun tiga ratus hijrah).

Kedua: manhaj khalaf iaitu manhaj ta'wil.
Mereka meyakini juga bahwasanya, bukan makna dhahir perkataan tersebut yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tetapi ada maksud yang lain, lalu memberi makna lain bagi perkataan mutasyabihat tersebut, sesuai dengan kaedah bahasa Arab, demi kemaslahatan orang-orang awam agar tidak salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat tersebut.
Contoh ta'wilan mereka yang menepati kaedah bahasa Arab: "yadd (tangan) Allah bererti kekuasaan Allah". Dalam bahasa Arab, menurut kaedah kiasan, tangan juga bisa memiliki arti kekuasaan. 

Manhaj ini digunakan oleh sebagian ulama' khalaf untuk menjauhkan kesamaran kepada orang-orang awam dan manhaj ini juga turut digunakan oleh sebagian kecil daripada ulama' salaf.
Namun walau ada perbedaan, kedua manhaj sependapat bahwasanya, makna dhahir daripada perkataan mutasyabihat tersebut, bukanlah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., krna mengarah kepada makna tajsim dan tasybih, dan di sertai percaya bahwa, ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dalam nas-nas tersebut.
Kedua: Golongan hasyawiyah, mujassimah dan musyabbihah iaitu, golongan yang menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluk.
Mereka meyakini bahwasanya, makna dhahir perkataan mutasyabihat tersebut yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., walaupun maknanya mengandung maksud tajsim, kerana bagi mereka, tidak mengapa menyifatkan Allah s.w.t. dengan sifat-sifat jisim. Golongan ni juga mengingkari konsep tafwidh dan ta'wil serta konsep kiasan dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat. 

Ibn Taimiyah secara tidak langsung ikut mendokong faham ini dengan menolak konsep tafwidh, ta'wil dan majaz dalam masalah ini, bahkan beliau mengkritik dan mempersoalkan Imam Al-Razi krna menafikan jisim bagi Allah s.w.t., dalam buku beliau, At-Ta'sis fi Radd 'ala Asas At-Taqdis yang menolak buku Asas At-Taqdis karangan Imam Ar-Razi r.a..
Namun, aqidah yang benar dan sejahtera ialah aqidah golongan pertama iaitu, golongan ahlus sunnah wal jamaah, iaitu para salafus soleh, golongan Al-Asya'irah dan golongan Al-Maturidiyah, yang beriman dengan nas-nas mutasyabihat namun tidak menetapkan makna-makna dhahir bagi perkataan mutasyabihat tersebut.

Jadi, Imam Al-Ghazali r.a. menyimpulkan dasar kedua ini dengan berkata: 

"Maka, beriman dengan semua yang disampaikan oleh Allah s.w.t. secara menyeluruh, tanpa menggambarkan makna-maknanya dalam benak fikiran secara terperinci, dan di saat yang sama, menafikan kejisiman bagi Allah s.w.t. yang merupakan sifat mustahil bagiNya, secara terperinci, seperti (menafikan) berjuz , ukuran, dan sifat kejisiman yang lain."

 
Dasar Ketiga: Al-I'tiroof bi Al-'Ajzi (Mengakui Kelemahan dirinya.)...................


BERSAMBUNG KE POSTINGAN BERIKUTNYA......



DiNuqilkan Oleh : Bagus Rangin ~ Kertajati-Majalengka

pucukpucuk Agan sedang membaca artikel tentang: Dasar Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat Bag 1. Silakan agan copy dan paste atau sebarluaskan artikel ini jika dinilai bermanfaat,Ane juga menyediakan buku terjemahan kitab yang membantah wahabi: 1. buku "bid'ah mahmudah dan bid'ah idhafiyah antara pendapat yang membolehkan dan yang melarang" terjemah dari kitab: albid'atul mahmudah wal bid'atul idhafiyah bainal mujiziina wal maniin" karya Syaikh abdul fattah Qudais Al Yafi"i, 2.Terjemah kitab ‘At Tabaruk Bi As Sholihin Baina Al Muzijiin wa Al Maani’in: Mencari Keberkahan Kaum Sholihin Antara Pendapat yang Membolehkan dan yang Melarang, hub admin: hp/WA 0857-5966-1085.syukron :

*** Dapatkan buku terjemah disini ***

Share this article :

Posting Komentar

Jangan lupa Tulis Saran atau Komentar Anda

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger