News Update :
Home » » Menjelaskan kemuskilan dalam hadis jariyah [di mana Allah] BAG 2

Menjelaskan kemuskilan dalam hadis jariyah [di mana Allah] BAG 2

Penulis : Bagus Rangin on 16 November 2012 | 19.29.00




Bag 2 

Di Antara riwayat-riwayat lain versi Aina Allah adalah:- _ Riwayat dalam Sunan An-Nasa’ie no: 1203 dalam kitab As-Sahw pada bab Al-Kalam fi As-Sholah (bercakap cakap dalam solat) melalui jalan Ishaq bin Manshur daripada Muhammad bin Yusuf daripada Al-Auza’ie daripada Yahya bin Abi Kahtir daripada Hilal dan seterusnya sanad seperti riwayat dalam sahih Muslim. 

_Riwayat dalam Sunan Abi Daud melalui jalan: _Riwayat Yahya daripada Al-Hajjaj bin As-Shawwaf daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Hilal. Hadith no: 2856 dalam kitab Al Aiman wa An-Nuzur. _Riwayat Yahya begitu juga riwayat Uthman bin Abi Syaibah sehingga ke Yahya bin Abi Kathir daripada Hilal juga. Hadith no 795 dalam kitabAs-Sholah bab Tasymit Al-Athish fi As-Sholah. 

_Imam Malik juga meriwayatkan hadith ini dalam Al-Muwatha’ hadith no: 1269 dalam kitab Al-‘Itq wa Al-Wala’ dengan menyebut nama sahabat dalam hadith ini sebagai Umar bin Al-Hakam. Ia adalah suatu kesalahan yang menyebabkan riwayat ini tidak digunakan sebagai hujah. 

_Imam As-Syafi’e meriwayatkan hadith ini dalam Al-Umm juga dengan kesalahan seperti Imam Malik iaitu dengan menyebut nama sahabat dalam kisah ini sebagai Umar bin Al-Hakam, sedangkan namanya yang sebenarnya adalah Mu’awiyyah bin Al-Hakam, karena tiada seorangpun sahabat bernama Umar bin Al-Hakam. Kesalahan nama ini juga diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (7/384) dan Ibn Abdil Bar dalam At-Tamhid (22/75) dan Al-Istizkar (6/342). 

_Begitu juga Ibn Khuzaimah meriwayatkannya dalam kitab At-Tauhid (1/279 dan 283).



Perbandingan hadith Al-Jariyyah Riwayat Imam Muslim dengan Riwayat-riwayat Lain dari Sudut perbedaan Ungkapan atau pun Isyarat Tangan 

Perbandingan ini merupakan suatu bentuk perbandingan yang menunjukkan betapa kedudukan lafaz "aina Allah" (di mana Allah) dan fis sama' (di langit) adalah tidak qat'ie. karena adanya perbedaan lafaz daripada jalan perawi-perawi yang lain.

Riwayat Kedua tentang Kisah Al-Jariyah: 

Imam Al-Hafiz Al-Mizzi meriwayatkan dalam tuhfah Al-Asyraf (8/427):- 

Daripada Sa'id bin Zaid yang meriwayatkan Daripada Tawiyah Al-'Anbari yang meriwayatkan Daripada 'Atho' bin Yasar yang meriwayatkan Daripada Shohib Al-Jariyyah (tuan hamba perempuan tersebut) iaitu Saidina Mu'awiyah r.a. bahwasanya dalam kisah al-jariyah tersebut menyebutkan:

فمد النبي يده إليها مستفهما "من في السماء؟" قالت: الله


: "Nabi s.a.w. mengulurkan tangannya seolah-olah memberi faham bahwa siapa di langit? Lalu hamba perempuan tersebut berkata: Allah". 

Hadith ini status paling rendahnya adalah hasan, tidak di bawah daripada darajat hasan. Bahkan, sebagian ulama' hadith menguatkan hadith ini karena di sisi mereka, Sa'id bin Zaid adalah thiqqah (terpercaya). Imam Al-Bukhari menjelaskan bahwa Said bin Zaid adalah shoduq (dipercayai).


Perbandingan Antara Hadith Riwayat Muslim dan Riwayat Al-Mizzi (dan Az-Zahabi) 

- Dalam riwayat Muslim: 

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di mana Allah?" 

Hamba perempuan menjawab: "Di langit". 


- Dalam riwayat kedua ini (Al-Mizzi dan Az-Zahabi): 

Rasulullah s.a.w. menggunakan isyarat tangan yang mana difahami oleh perawi (Mu'awiyah bin Al-Hakam) bahwa yang dimaksudkan adalah, siapa yang di langit,yakni lafaz itu bukan daripada Rasulullah s.a.w.. 

Hamba perempuan menjawab: "Allah". 


Daripada hasil perbandingan ini, dapatlah difahami bahwasanya, lafaz "di mana Allah" tidak qat'ie dari Rasulullah s.a.w. karena beberapa faktor:

Pertama: Jika dibandingkan dengan riwayat Al-Mizzi, jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. sekadar menggunakan isyarat tangan yang mana difahami oleh Saidina Mu'awiyah bin Al-Hakam r.a. bahwa yang dimaksudkan adalah "di mana Allah" (seperti dalam riwayat Muslim). Kedua-hadith ini hampir sama darjat kesahihannya sebagaimana yang disebutkan tadi.

Kedua: Jika kita perhatikan dalam riwayat Imam Muslim sendiri jelas di mana "cara" Saidina Mu'awiyah meriwayatkan lafaz hadith ini adalah dengan makna, iaitu ada pengaruh lain dalam membuat lafaz hadith tersebut. 

Dua faktor ini telah menyebabkan lafaz "aina Allah" dalam hadith tersebut adalah tidak qat'ie (jelas). Dalam kaedah mengatakan, "jika adanya kemungkinan, maka gugurlah istidlal (pendalilan atau pembuktian terhadap sesuatu). Kaedah ini dalam masalah hukum, maka dalam masalah aqidah adalah lebih utama lagi tidak boleh ada kesamaran dalam sandarannya (berkenaan aqidah). 


Riwayat Ketiga: 

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dalam As-Sunan Al-Kubra pada kitab Al-Zhihar dalam bab I'taq Al-Khurasa' Iza Asyarat Bil Iman (dalam riwayat Imam Abu Daud juga sebegini): 

Daripada jalan 'Auf bin Abdillah bin 'Utbah: Daripada Abdullah bin 'Utbah: Daripada ayahnda beliau 'Utbah: Daripada Abi Hurairah r.a.: "Bahwasanya ada seseorang (iaitu Mu'awiyah) datang dengan membawa hamba perempuan yang berkulit gelap. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: أين الله؟Maksudnya: "Di mana Allah?" 

Lalu hamba perempuan menunjuk/ isyarat ke arah langit dengan jarinya. 


Dalam hadith ini juga menunjukkan "lafaz yang sama" dengan riwayat Muslim dari sudut sabda Rasulullah s.a.w. namun dari sudut hamba perempuan, ia menggunakan isyarat pula karena menurut Imam Al-Baihaqi bahwasanya hamba perempuan ini bisu. 

Hal ini juga jelas dalam riwayat yang lain yang dibawa oleh Ibn Al-Mulaqqin dalam Al-Badr Al-Munir:

أن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم ومعه أعجمية أو خرساء فقال : يا رسول الله ، علي عتق رقبة فهل يجزئ عني هذه فقال النبي صلى الله عليه وسلم : أين الله فأشارت إلى السماء ، ثم قال لها : من أنا ؟ فأشارت إلى أنه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : اعتقها فإنها مؤمنة 


: “Seseorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bersamanya seorang perempuan yang A’jamiyyah (bukan arab) atau bisu maka lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, wajib atasku untuk memerdekakan hamba, maka apakah terlaksana dengan memerdekakan perempuan ini?” Rasulullah s.a.w. bertanya: “Di mana Allah?”. Lalu, perempuan tersebut menunjukkan isyarat ke langit. Kemudian, Rasululah s.a.w. bertanya kepadanya: “Siapa aku?”. Lalu, perempuan tersebut menunjukkan isyarat bermakna Baginda s.a.w. adalah Rasulullah s.a.w.. Lalu, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Merdekakan dia. Sesungguhnya dia seorang yang beriman”. [8/163] 

Dalam riwayat Imam Ibn Hajar Al-Haithami pula menguatkan bahwasanya, perempuan tersebut seorang A’jamiyyah (bukan arab) sebagaimana dalam Majma’ Az-Zawa’id (1/28) dengan sanad semua perawinya thiqah, daripada Abu Hurairah r.a.. 

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya daripada Ibrahim bin Ya’qub Al-Juzjani daripada Yazid bin Harun daripada Al-Mas’udi daripada Aun bin Abdillah daripada Abdullah bin Utbah daripada Abu Hurairah. Hadith no: 2857. Keduanya ini dalam kitab Al-Aiman wa An-Nuzur (janji dan nazar). 

Begitu juga dalam Musnad Ahmad daripada riwayat Abu Hurairah r.a. juga. Hadith no: 7565. Begitu juga riwayat Ibn Khuzaimah dalam kitabAt-Tauhid (1/285) daripada Abu Hurairah r.a.. Az-Zahabi juga meriwayatkan dengan lafaz ini daripada Abu Hurairah r.a. dalam Al-Uluw(m/s:16). 

Al-Albani juga membawa riwayat: قالت بيدها إلى السماء : “Maka hamba perempuan tersebut berkata dengan tangannya ke langit”. [Al-Silsilah As-Shahihah 7/464]. 

Sebagian ulama’ mengatakan lafaz ini dhaif karena ada perawi bernama Sa’id bin Al-Marzaban yang merupakan seorang yang dhaif lagi mudallis. 



Cuba kita gabungkan ketiga- lafaz dari ketiga riwayat tersebut.

Riwayat Muslim:

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Di mana Allah?" 

Hamba perempuan berkata: "Di langit". 


Riwayat Al-Mizzi dan Az-Zahabi: 

Rasulullah s.a.w. menunjukkan isyarat ke langit yang menjadikan Saidina Mu'awiyah memahami bahwa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah "Siapa di langit?" 

Hamba perempuan berkata: "Allah" 


Riwayat Imam Al-Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Di mana Allah?" 

Hamba perempuan menunjukkan isyarat ke langit. 


Menurut Imam Al-Baihaqi, hamba perempuan itu bisu. Jadi, riwayat Imam Muslim yang mana hamba perempuan tersebut berkata "di langit" jika dinilai dari sudut komen Imam Al-Baihaqi, maka itu bukan daripada perkataan hamba perempuan itu sendiri, tetapi daripada Saidina Mu'awiyah yang meriwayatkan hadith ini dengan makna (secara maknawi). Pengaruh perawi dalam lafaz hadith memang telah dijelaskan sebelum ini. 

Jika seseorang yang berinteraksi dengan seseorang yang bisu juga terkadang juga menggunakan isyarat. Kemungkinan ini jugalah yang menjawab persoalan mengapa dalam riwayat Al-Mizzi bahwasanya Rasulullah s.a.w. juga menggunakan isyarat tangan juga. 

Taufiq (Penggabungan): Kemungkinan daripada gabungan ketiga- riwayat dengn sedikit perbedaan ini adalah, Rasulullah s.a.w. berinteraksi secara isyarat dengan hamba perempuan tersebut (riwayat Al-Mizzi) karana dia seorang yang bisu dan perempuan itu juga menjawab juga secara isyarat (sebagaimana dalam riwayat Al-Baihaqi). Adapun riwayat Imam Muslim itu ada hasil olahan daripada Saidina Mu'awiyah yang memahami peristiwa tersebut lalu diolah dengan lafaz darinya sendiri karena ingin menjelaskan lagi peristiwa tersebut kepada perawi setelah beliau, sedangkan lafaz tersebut tidaklah daripada Rasulullah s.a.w. dan tidak juga daripada hamba perempuan tersebut. 

Imam Al-Kauthari juga menyimpulkan hampir sama di mana jika sebenarnya dialog antara Rasulullah s.a.w. berlaku secara isyarat maka gugurlah petunjuk daripada lafaz hadith ini (lafaznya tidak boleh dibuat hujah) krna lafaz-lafaznya adalah daripada hasil olahan perawi hadith itu sendiri.

Maksudnya: 

Riwayat Imam Muslim 

- Sabda Rasulullah s.a.w.: "Di mana Allah?" 

- Hamba perempuan berkata: "Di langit". 


Riwayat Al-Mizzi dan Az-Zahabi: - 

Hamba perempuan berkata: "Allah" 


Riwayat Imam Al-Baihaqi 

- Sabda Rasulullah s.a.w.: "Di mana Allah?" 


Keempat-ungkapan ini apakah dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. atau kepada hamba perempuan tersebut adalah daripada olahan Saidina Mu'awiyah sendiri krna kedua-duanya (Rasulullah s.a.w. dan hamba perempuan) berinteraksi dengan isyarat krna hamba perempuan tersebut bisu menurut Imam Al-Baihaqi. Menurut riwayat yang lain, hamba perempuan itu menggunakan isyarat mengangguk. Keadaan Saidina Mu'awiyah yang tidak jelas dengan peristiwa tersebut memang telah dijelaskan sebelumnya dari perkataan beliau yang berkata: "…Atau sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w…" (riwayat Imam Muslim). 

Sheikh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti menjawab dalam fatwanya ketika ditanya mengenai hadith Al-Jariyyah tersebut: 


الجارية التي سألها رسول الله، كانت خرساء، وإنما أشارت بإصبعها إلى السماء، ليتبين لرسول الله أنها مؤمنة وليست بمشركة.. 


: "Hamba perempuan yang ditanya oleh Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang bisu. Lalu hamba perempuan itu menunjukkan dengan jarinya ke langit…". 

Kedudukan Saidina Mu'awiyyah bin Al-Hakam itu sendiri pada ketika itu adalah seorang sahabat yang baru memeluk Islam sehingga dia sendiri tidak tahu bukti hamba perempuannya itu seorang mu'minah, sehingga perlu meminta bantuan Rasulullah s.a.w.. Oleh karena itu, Imam Al-Kauthari menjelaskan bahwasanya, pertanyaan di mana Allah itu adalah daripada pengaruh perawi iaitu Mu'awiyyah bin Al-Hakam itu sendiri dalam memahami situasi tersebut, bukan daripada lafaz Rasulullah s.a.w. itu sendiri. 


Perbandingan Antara Riwayat-riwayat Lain Dari Sudut Mentarjihkan Lafaz

Riwayat Keempat: 

Imam Abdul Razak meriwayatkan dalam Al-Mushonnaf melalui jalan 'Atho' juga (tabi'ien yang sama seperti riwayat Imam Muslim dan Al-Mizzi)

:- "Daripada Ibn Juraij yang meriwayatkan 

"Daripada "Atho' bahwasanya ada seorang lelaki (Mu'awiyah berdasarkan petunjuk dari riwayat Muslim tadi) memiliki kambing yang sihat. Lalu lelaki tersebut teringin untuk menghadiahkan seekor kambingnya kepada Nabi s.a.w.. Namun, (pagi itu) seekor serigala menggigit kambing tersebut. Lelaki itu (Saidina Mu'awiyah) terus marah lalu menampar hamba perempuannya. 

Lalu lelaki itu (iaitu Mu'wiyah) menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa yang sama menceritakan juga bahawasnya dia mempunyai tanggungan untuk memerdekakan seseorang hamba yang beriman. Tetapi dia khuatir untuk memerdekakan hamba perempuan yang dipukulnya tersebut. "Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bawa dia ke mari". Setelah lelaki itu membawa hamba perempuannya berjumpa Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya:

أتشهدين أن لا إله إلا الله 

: "Adakah kamu mengakui bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah"? 

Hamba perempuan itu menjawab: "Ya". 

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah kamu mengakui bahwasanya aku adalah pesuruh Allah (Rasulullah)" 

Hamba perempuan itu menjawab: "Ya"…" (hingga akhir hadith). 

Ini suatu bentuk lafaz hadith yang lain yang diriwayatkan oleh seorang tabi'ien iaitu 'Atho' bin Yasar yang merupakan perawi daripada Saidina Mu'awiyah bin Al-Hakam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Al-Mizzi dan Imam Abdul Razzak. 

Bahkan, dari satu sudut yang lain, hadith ini juga tidak bertentangan dari sudut femahamannya dengan riwayat Imam Al-Baihaqi karena kemungkinan hamba perempuan itu seorang yang bisu masih bisa difahami daripada riwayat Abdul Razzak ini kerana Rasulullah s.a.w. ketika bertanya dengan pertanyaan "adakah", hamba perempuan tersebut hanya menggunakan isyarat (seperti mengangguk) untuk membawa faham bahwasanya dia membenarkan pertanyaan tersebut. Kemudian, perawi hadith mengolahkan isyarat tersebut dalam bentuk perkataan untuk lebih menjelaskan peristiwa tersebut. 

Pun begitu, kedudukan hamba perempuan itu seorang yang bisu adalah sebagaimana yang diriwayatkan melalui jalan Imam Al-Baihaqi dan itu juga kemungkinan berdasarkan femahaman Imam Al-Baihaqi dan sebagian ulama' lain semata-mata. 

Apa yang paling penting adalah, lafaz pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada hamba perempuan (Al-Jariyyah) tersebut pada riwayat Abdul Razzak adalah dengan bertanyakan kalimah syahadah, bukan bertanyakan "di mana Allah". Ini suatu isyarat yang jelas menunjukkan hadithAl-Jariyyah ini diriwayatkan dengan banyak lafaz yang berbeda-beza. Maka, sudah pasti itu kembali kepada "pengaruh" perawi-perawi hadith tersebut. 

Jadi, lafaz aina Allah (di mana Allah) dalam riwayat Imam Muslim itu sendiri tidak qat'ie sehingga sesetengah pihak memaksa semua orang menetapkan lafaz tersebut secara dhahir lalu menetapkan tempat bagi Allah s.w.t.. Berbedanya lafaz menunjukkan lafaz hadith tersebut tidak kuat untuk dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi jika lafaz bertanyakan kalimah syahadah yang diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzak lebih kuat petunjuknya dalam memberi faham keislaman seseorang di banding pertanyaan di mana Allah dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Al-Baihaqi. 

Oleh karena itu , lafaz hadith yang diriwayatkan daripada jalan Imam Al-Mizzi dan Imam Abdul Razzak jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. tidak bertanya: "di mana Allah" kepada hamba perempuan tersebut. Sebaliknya, dalam riwayat Abdul Razzak, yang ditanya adalah berkenaan kalimah syahadah yang lebih kuat petunjuknya dalam menentukan keislaman seseorang. 

Dari segi sanad hadith riwayat Imam Abdul Razzak pula, itu merupakan suatu sanad yang 'aliy (tinggi: sedikit perantaraan antara periwayat hadith yang meriwayatkan hadith dalam kitab-kitabnya dengan Rasulullah s.a.w.) iaitu daripada Ibn Juraij yang meriwayatkan daripada 'Atho' bin Yasar daripada Saidina Mu'awiyah r.a.. 

Imam Az-Zahabi meletakkan riwayat Ibn Juraij daripada 'Atho' bin Yasar sebagai silsilah yang tinggi kesahihannya, iaitu darajat setelah silsilahaz-zahab (iaitu Imam Malik meriwayatkan daripada Imam Nafi'e yang meriwayatkan daripada Saidina Ibn Umar r.a.) dan seangkatan dengannya. [Al-Muqizhoh: 25] 

Jika dibandingkan kedudukan hadith ini, maka, itu lebih kuat di banding riwayat Hilal bin Ali dalam riwayat Muslim tersebut. Malah, riwayat Imam Abdul Razzak ini juga turut dikuatkan oleh riwayat Imam Malik dalam Al-Muwatho' dengan sanad yang kuat. 


Riwayat Kelima berkenaan Hadith Al-Jariyyah 

Imam Malik r.a. meriwayatkan dalam Al-Muwatho' (rujuk Tanwir Al-Hawalik syarah Muwatho’ Imam Malik m/s 707) dengan sanad yang 'aliyiaitu daripada Ibn Syihab yang meriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abdullah bin 'Utbah bahwasanya: 

"Ada seorang lelaki daripada kaum Anshor membawa hamba perempuannya yang berkulit gelap kepada Rasulullah s.a.w.. Lalu beliau berkata: "Wahai Rasulullah. Aku mempunyai tanggungan agar memerdekakan seorang hamba perempuan. Kalau hamba perempuanku ini seorang yang beriman, maka aku akan memerdekakannya". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: Adakah kamu mengakui tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah"? Hamba perempuan tersebut menjawab: "Ya". Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah kamu mengakui aku sebagai pesuruh Allah?" Jawabnya: "Ya". Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah kamu meyakini adanya hari kebangkitan setelah kematian?" Jawabnya: "Ya". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Merdekakanlah dia. SeBENARnya dia seorang yang beriman". 

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Malik dengan sanad tinggi ('aliy) melalui jalan seorang tabi'ie yang agung iaitu Imam Ubaidillah bin Abdullah bin 'Utbah yang dikenali sebagai Al-Fuqaha' As-Sab'ah (ulama' fiqh yang tujuh) di Madinah. Beliau adalah seorang yang terpercaya lagi teliti (rujuk At-Taqrib). 

Imam As-Suyuti dalam Tanwir Al-Hawalik menukilkan juga beberapa riwayat yang lain berkenaan dengan hadith yang sama:- 

- Imam Al-Husein bin Al-Walid meriwayatkan daripada Imam Malik daripada Ibn Syihab daripada Abaidillah daripada Saidina Abu Hurairah r.a.. 

- Ma’mar meriwayatkan juga daripada Ibn Syihab bin ‘Ubaidillah daripada seorang lelaki dari kalangan Anshar. 

- Al-Mas’udi meriwayatkan daripada ‘Aun daripada Abdullah daripada abangnya ‘Ubaidillah daripada Saidina Abi Hurairah r.a.. Sebagian orang menganggap hadith riwayat ini berbeda dengan hadith Mu’awiyah bin Al-Hakam yang dimaksudkan. Oleh sebab itulah, menurut mereka, lafaz hadith ini tidak menyebut Aina Allah. Mereka merujuk hadith ini kepada kisah As-Syarid bin Suwaid At-Thaqafi yang juga membawa Jariyyah kepada Rasulullah s.a.w. untuk dimerdekakan. 

Ini suatu waham yang tidak tepat. Jika kita perhatikan kisah As-Syarid ini, itu diriwayatkan oleh Abu Salamah sebagaimana dalam Sunan An-Nasa’ie dan Musnad Ahmad. Sedangkan, kisah “seorang lelaki dari Ansar” yang menemui Rasulullah s.a.w. ini diriwayatkan oleh Aun daripada Ubaidillah daripada Abu Hurairah r.a.. 

Jika kita lihat hadith riwayat Al-Mas’udi daripada Aun daripada Abdullah bin Utbah daripada Abu Hurairah r.a. ini dalam riwayat Sunan Abi Daud, maka ia menyebut:


أن رجلا أتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بجارية سوداء فقال يا رسول الله إن علي رقبة مؤمنة فقال لها ‏ ‏ أين الله فأشارت إلى السماء بأصبعها


: “Seseorang lelaki telah datang kepada Nabi sa.w. dengan seorang hamba perempuan berkulit gelap lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku perlu memerdekakan hamba perempuan yang beriman”. Lalu, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada hamba perempuan tersebut: “Di mana Allah?”. Maka, hamba perempuan itu menunjukkan isyarat ke langit. 

Lihatlah Imam Abu Daud meriwayatkan riwayat Al-Mas’udi daripada ‘Aun daripada Abdullah (Ubaidillah bin Abdullah daripada Abu Hurairah r.a. ini sebagai kisah yang sama dengan kisah Mu’awiyyah bin Al-Hakam karena lafaz yang digunakan dalam riwayat Abu Daud adalah “di mana Allah” juga. Maka, ini secara jelas di sisi para muhaddithin, kisah riwayat Mu’awiyyah bin Al-Hakam r.a. dan Abu Hurairah r.a. merujuk kepada peristiwa yang sama. 

Ini dikuatkan lagi dengan Takhrij oleh Imam As-Suyuti bagi hadith riwayat Imam Malik ini (no: 1513 dalam Tanwir Al-Hawalik) bahwa antara jalan lain bagi hadith ini (Adakah kamu bersaksi...) adalah: 



Al-Mas’udi meriwayatkan daripada ‘Aun daripada Abdullah daripada abangnya ‘Ubaidillah daripada Saidina Abi Hurairah r.a.. 

Cuma, dalam riwayat Imam Abu Daud, nama abang Abdullah bin Utbah iaitu Ubaidillah tidak disebut dengan menyambung terus riwayat Abdullah bin Utbah kepada Abu Hurairah. Namun, ia mengisahkan riwayat yang sama. Dalam riwayat Abu Daud, hadith ini menyebut “Aina Allah” sedangkan dalam riwayat Imam Malik yang disebut sanad lain oleh Imam As-Suyuti, hadith ini menyebut “Atasyhadiin...”. 

Begitu juga secara jelas Az-Zahabi menukilkan dua lafaz berbeda dalam satu matan hadith yang sama dalam Al-Uluw

فقال لها : من ربك ؟ قالت : الله . قال: وأين هو؟ قالت : في السماء . قال : فمن أنا ؟ قالت : أنت رسول الله . قال : اعتقها فإنها مؤمنة.


Maksudnya: Daripada Mu’awiyyah bin Al-Hakam As-Sulami:-… Rasulullah s.a.w. bertanya kepada hamba perempuan tersebut: “Siapa Tuhan kamu?” Dia menjawab: “Allah”…. (m/s 27) 

Jadi, memang peristiwa Mu’awiyyah bin Al-Hakam diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang berbeda sehingga Imam Az-Zahabi pula meriwayatkan kedua lafaznya. Malah, riwayat dengan lafaz ini (adakah kamu bersaksi tiada tuhan (yang berhak disembah melainkan Allah) juga diriwayatkan oleh beberapa ahli hadith yang lain iaitu:- 

- Imam Al-Baihaqi sendiri juga meriwayatkan hadith dengan lafaz ini dalam As-Sunan Al-Kubra (10/57). 

- Imam Abdul Razzak juga meriwayatkan hadith Al-Jariyyah dengan jalan ini juga melalui sanad: daripada Ma'mar daripada Az-Zuhri daripadaUbaidillah bin Abdullah tersebut. [rujuk Al-Mushonnaf 9/175 begitu juga dalam Tanwir Al-Hawalik m/s 707] 

- Imam Ahmad juga meriwayatkan hadith Al-Jariyyah ini dengan jalan yang sama dalam Al-Musnad (3/451-452) 

Penilaian Hadith riwayat Kelima ini:

- Adapun Abu Bakr Muhammad bin Muslim (Ibn Syihab) Az-Zuhri (50-125 H) merupakan antara perawi-perawi yang dinilai sebagai thiqqahdan tersenarai dalam antara tobaqot al-huffaz yang tinggi kedudukannya oleh Imam Az-Zahabi. [Al-Muqizhoh: 69] 

Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya memberi komen terhadap hadith Al-Jariyyah melalui jalan ini (Ubaidillah bin Abdullah) dengan berkata:

إسناده صحيح وجهالة الصحابي لا تضره

"Sanadnya sahih sedangkan kejahilan (tidak disebut) sahabat (dalam riwayat Ubaidillah) ini tidak mengurangkan darajaat kesahihannya" [Tafsir Ibn Kathir: 1/547] 

Imam Ibn Hajar Al-Haithami pula berkata: "ia diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan perawi-perawinya yang sahih" [Al-Majma' 1/23]. 

Riwayat Keenam

Imam Al-Baihaqi r.a. juga merujuk kepada hadith yang sama seperti riwayat kelima oleh Imam Malik r.a.. Ia disebutkan dalam As-Sunan Al-Kubra (10/57 dan 7/388) daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah kepada seorang lelaki ansar.

Riwayat Ketujuh 

Imam Ibn Abdil Bar juga meriwayatkan hadith yang sama seperti riwayat Al-Baihaqi dan Imam Malik di atas yang bersambung kepada Imam Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud dalam At-Tamhid (9/113). 

Riwayat Kelapan 

Imam Ibn Kathir juga meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abdillah bin Umar r.a. yang sama iaitu dengan lafaz “Adakah kamu bersaksi bahwa tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah?” –hingga akhir hadith-. Sanadnya sahih yang diriwayatkan dalam Tafsir Al-Qur’an (2/330). 

Riwayat Kesembilan Imam Ibn Hajar Al-Haithami meriwayatkan dalam Majma’ Az-Zawa’id (1/28) dengan lafaz أتشهدين أن لا إله إلا الله juga. Bahkan sanad riwayat beliau mengandungi perawi-perawi tahap sahih.

Riwayat Kesepuluh

Imam As-Syaukani juga meriwayatkan hadith Al-Jariyyah dengan lafaz أتشهدين أن لا إله إلا الله yang diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah (seperti riwayat Imam Malik, Imam Al-Baihaqi dan sebagainya). [Nail Al-Autar 9/151] 

Riwayat Ke-11

Ibn Khuzaimah meriwayatkan: 

أنه جاء بامرأة سوداء ، فقال : يا رسول الله : إن علي رقبة مؤمنة ، فإن كنت ترى هذه مؤمنة أعتقتها ، فقال : أتشهدين أن لا إله إلا الله ؟ قالت : نعم ، قال : أتشهدين أني رسول الله ؟ قالت : نعم ، قال : أتؤمنين بالبعث بعد الموت ؟ قالت : نعم ، قال : أعتقها

: “Seseorang lelaki datang dengan seorang perempuan berkulit hitam lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Aku perlu memerdekakan seorang hamba perempuan. Jika kamu dapati perempuan ini beriman, maka aku akan merdekakannya”. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada perempuan tersebut: “Adakah kamu beriman bahwa tiada tuhan (berhak disembah) melainkan Allah?” Perempuan itu menjawab: “Ya”…-hingga akhir hadith- 

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab At-Tauhid dari seorang lelaki Al-Anshar. Menurut Imam As-Suyuti, ia merujuk kepada peristiwa yang sama dengan Muawiyah bin Al-Hakam sebagaimana dibincangkan dalam riwayat kelima oleh Imam Malik tadi. 

Ini menunjukkan hadith-hadith riwayat (أتشهدين أن لا إله إلا الله ) (adakah kamu mengakui tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah) ini lebih banyak jalan periwayatannya di banding lafaz "aina Allah" itu sendiri.Hal ini saja sudah menguatkan lafaz hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Imam Abdul Razzak sendiri,di banding riwayat Aina Allah. 

Bila berlakunya perbedaan dari sudut lafaz hadith melalui banyak jalan, maka timbullah permasalahan itthirob (اضطراب) ) dalam matan sesuatu hadith tersebut. 

Ada juga riwayat lemah dengan menggabungkan dua istilah ini, yang menambah lagi bentuk perselisihan lafaz dalam hadith Al-Jariyyah ini. Dalam riwayat Ad-Darqutni pula, beliau menyebut lafaz hadith ini dengan menggabungkan kedua-dua bentuk PERTANYAAN iaitu: 

جاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم ومعها جارية لها سوداء ، فقالت : يا رسول الله ! أتجزي عني هذه إن أعتقتها ؟ قال : فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم : أين الله ؟ قالت : في السماء ، قال : من أنا ؟ قالت : أنت رسول الله ، قال لها : تشهدين أن لا إله إلا الله ، وأني رسول الله ، قالت : نعم ! قال : أعتقيها فإنها تجزي عنك


: Seorang perempuan telah datang kepada Nabi s.a.w. dan bersama perempuan tersebut seorang hamba perempuan berkulit hitam. Maka, perempuan itu berkata: Wahai Rasulullah. Adakah saya menunaikan dengan dia (nazar atau janji) jika saya merdekakannya? Maka, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bertanya kepada hamba tersebut: “Di mana Allah?” Dia menjawab: “Di langit”. Rasulullah s.a.w. bertanya: Siapa aku?” Dia menjawab: “Engkau adalah Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bertanya pula: “Adakah kamu mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah?” Perempuan itu menjawab: “ya”. Lalu, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Merdekakan dia. Sesungguhnya dia akan menyebabkan kamu mendapat menunaikannya (janji atau nazar tersebut).” [Tarikh Baghdad: 9/344] 

Hadith riwayat Ad-Darqutni ini dihukum sebagai Gharib di sisi sebagian ulama’. Al-Albani juga meriwayatkan lafaz hadith yang sama seperti riwayat Ad-Darqutni ini dalam Al-Silsilah As-Shahihah (7/461). Bahkan, ianya juga mungkin merujuk kepada kisah yang lain karena menyebut tentang perempuan yang datang kepada Rasulullah s.a.w. 

bersambung ke bag 3

DiNuqilkan Oleh : Bagus Rangin ~ Kertajati-Majalengka

pucukpucuk Agan sedang membaca artikel tentang: Menjelaskan kemuskilan dalam hadis jariyah [di mana Allah] BAG 2 . Silakan agan copy dan paste atau sebarluaskan artikel ini jika dinilai bermanfaat,Ane juga menyediakan buku terjemahan kitab yang membantah wahabi: 1. buku "bid'ah mahmudah dan bid'ah idhafiyah antara pendapat yang membolehkan dan yang melarang" terjemah dari kitab: albid'atul mahmudah wal bid'atul idhafiyah bainal mujiziina wal maniin" karya Syaikh abdul fattah Qudais Al Yafi"i, 2.Terjemah kitab ‘At Tabaruk Bi As Sholihin Baina Al Muzijiin wa Al Maani’in: Mencari Keberkahan Kaum Sholihin Antara Pendapat yang Membolehkan dan yang Melarang, hub admin: hp/WA 0857-5966-1085.syukron :

*** Dapatkan buku terjemah disini ***

Share this article :

Posting Komentar

Jangan lupa Tulis Saran atau Komentar Anda

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger