Fenomena terburu-buru dalam sesuatu memang merupakan salah satu sifat yang amat tercela dalam Islam, kecuali dalam beberapa perkara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis Baginda s.a.w.. Hakikatnya, selain dari perkara-perkara tersebut, terburu-buru dalam urusan merupakan suatu bentuk tipu daya syaitan terhadap manusia.
Fokus utama di sini ialah mengenai gejala sebagian penuntut ilmu dewasa ini, yang lagi dalam proses pembelajaran dalam bidang ilmu agama Islam, namun sudah pandai mengkritik, menyalahkan dan berdebat dalam perkara-perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya. Barangkali, mereka merasakan, setelah membaca beberapa buku sebagian para ulama’ yang mengkritik dan membuat ulasan ilmiah terhadap suatu perkara ilmiah tersebut, mereka sudah merasa cukup untuk terlibat sama dalam menyuarakan pandangan mereka, sekaligus meletakkan diri mereka setaraf dengan para ulama’.
Golongan penuntut ilmu yang bersikap demikian memang tidak dapat menjadi seorang ulama’ masa depan yang berkualiti. karena, mereka tergesa-gesa dalam melibatkan diri terutama dalam menyalahkan golongan yang mengamalkan suatu perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.
Gejala membid’ahkan amalan bacaan yasiin malam Jumaat, membid’ahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membid’ahkan golongan yang berzikir secara keras dalam keadaan berjamaah, dan sebagainya, merupakan ciri-ciri utama golongan penuntut ilmu yang dangkal dalam bidang ilmu agama itu sendiri.
Mereka berlagak bagai ulama’ dengan hujjah “nas-nas” yang mereka sangka, sudah cukup untuk menuduh suatu golongan yang lain itu salah atau sebagai pelaku bid’ah.
Hasilnya, banyak di kalangan golongan penuntut ilmu ini lantang membid’ahkan perkara-perkara tersebut, dengan alasan, tidak menjumpai dalil atau sandarannya dalam Islam. Kalaulah Al-Qur’an dalam kepala, Kutub Sittah (buku hadis yang enam) pernah dikhatamnya, dan buku-buku fiqh Islam yang utama sudah selesai dipelajarinya, tidak apalah jika mau menyatakan sesuatu itu bid’ah krn tidak menjumpai dalilnya dari nas-nas Islam.
sedangkan Ini tidak. Baru sedikit pernah baca buku Sifat Solat An-Nabi karangan Sheikh Al-Albani (itu pun baca terjemahan buku tersebut) dan sebagainya, sudah berani menuduh suatu amalan itu bid’ah. Memang, tidak dapat dinafikan, ada yang membaca jenis buku-buku yang “suka bid’ah membid’ahkan” ini, lalu terpengaruh dengan uslub dan pemikiran penulis buku tersebut lantas terlibat sama dalam membid’ahkan sesama Islam.
Kami tidak layak untuk membicarakan tentang ulama’ yang melibatkan diri mereka dalam kencah “bid’ah membid’ahkan amalan khilafiyah” tersebut, krn para ulama’ yang lebih muktabar pun sudah menjawab tuduhan-tuduhan mereka. Skop perbincangan di sini tidak lebih dari mengajak diri sendiri dan saudara seperjuangan yang masih dalam peringkat “penuntut ilmu”, supaya tidak terfitnah dan keliru dengan “gejala bid’ah-membid’ahkan” ini, krn sekurang-kurangnya, untuk menyatakan sesuatu itu bid’ah, mesti pernah khatam Al-Qur’an, Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab sunan yang lain, untuk membuat kesimpulan bahwa sesuatu itu merupakan perkara yang bid’ah.
Bahaya Membid’ahkan Sesuatu Tanpa dasar Ilmu yang Kuat
Dewasa ini, banyak dari kalangan golongan penuntut ilmu yang ghairah membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah krn terpengaruh dengan karangan-karangan beberapa ahli agama yang menimbulkan perkara-perkara tersebut. Namun, tanpa bercermin pada diri mereka sendiri, mereka turut berlagak seperti ahli-ahli agama dengan turut membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut.
Padahal, para penuntut ilmu tidaklah mempunyai latar belakang ilmu seperti golongan ulama’ yang berbicara mengenainya.
Contohnya, Sheikh Al-Albani yang terjerumus dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan suatu amalan khilafiyah” dan berpendapat bahwa, hanya pendapatnya sajalah yang benar dalam setiap masalah yang diutarakannya (rujuk buku Sifat Solat An-Nabi s.a.w.), sekurang-kurangnya beliau mempunyai sedikit latar belakang ilmu dalam bidang hadis, walaupun banyak juga ulama’ mempermasalahkan beliau krna tidak mempunyai latar belakang ilmu usul fiqh yang mantap. Sekurang-kurangnya, beliau sudah pernah mengkhatamkan buku-buku hadis.
Kalau kita merenung krmbali diri masing-masing sebagai ahli penuntut ilmu, kita belum pernah mengkhatamkan buku hadis Sahih Al-Bukhari pun, namun sudah bersuara seperti suara-suara ulama’ yang terlibat dalam gejala bid’ah-membid’ahkan tersebut.
Oleh karena itu, penuntut ilmu tidak selayaknya menjerumuskan diri dalam tingkah para ulama’, apatah lagi menjadi pihak yang menyalahkan golongan yang mengamalkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut.
Ingatlah, banyak dari kalangan golongan tersebut (penuntut ilmu yang terlibat dalam bidang bid’ah-membid’ahkan suatu amalan khilafiyah), berpegang kepada konsep: “tiada bid’ah hasanah”. Oleh sebab itu, dalam pandangan mereka, apabila mereka membid’ahkan suatu amalan dan pengamal amalan tersebut, secara tidak langsung, mereka telah menuduh pengamal-pengamal amalan tersebut sebagai golongan yang sesat.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan, golongan penuntut ilmu tersebut sudah sampai berani menuduh sesama orang Islam sebagai golongan sesat krna menuduh amalan yang meraka lakukan sebagai Bid’ah Dholalah (krna tiada bid’ah hasanah menurut mereka).
Ingatlah, Rasulullah s.a.w. sering mengingatkan bahwa, jika seorang muslim menuduh muslim yang lain sebagai kafir, maka salah seorang darinya akan jatuh kafir. Hal ini menunjukkan, kalau orang yang dituduh sesat tersebut, tidak sesat di sisi Allah s.w.t., maka hukum sesat tersebut akan menimpa kembali atas orang yang menuduh tersebut.
Jangan anggap, mengatakan sesuatu itu bid’ah, adalah merupakan suatu perkara yang remeh. Kalau bid’ah dari sudut syarak itu sendiri, menurut majorias ahli usul fiqh, merupakan suatu perkara yang mendatangkan kesesatan, dan pengamalnya akan dijatuhkan hukuman yang berat dalam Islam.
Kalaulah kita tidak mampu menilai, yang mana dinamakan bid’ah dari sudut bahasa, dan yang mana dinamakan bid’ah dari sudut istilah syarak, maka lebih baik kita menjauhkan diri kita dari menuduh sesuatu itu bid’ah apatah lagi menuduh pelakunya sebagai pengamal bid’ah.
Perkara-perkara Khilafiyah Bukan Berarti Bid’ah
Mafhum Ikhtilaf/khilafiyyah (Perselisihan)
Ikhtilaf berarti, perbedaan atau perselisihan pendapat dalam kalangan para ulama' dalam perkara-perkara syar'iyyah, yang melibatkan perkara-perkara furu'.
Medan Ikhtilaf:
Perselisihan atau ikhtilaf pendapat sesama para ulama' berlaku dalam perkara-perkara furu' (cabang) yang lahir daripada dalil-dalil syarak yang zhonniyah (samar).
Adapun zhonniyah (samar) muncul dari dua sudut iaitu, zhonniyatu As-Thubut (samar tentang kesahihan dalil itu sendiri) dan zhonniyah Ad-Dilalah (samar tentang maksud sebenarnya dari dalil itu sendiri).
Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi berkata: adapun sebagian besar daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. itu bersifat zhoniyatu As-Thubut (samar dari sudut kesahihannya) dan zhonniyatu Ad-Dilalah, sedangkan sebagian besar daripada nas-nas Al-Qur'an terdiri daripada zhonniyatu Ad-Dilalah (samar maknanya). (min ajli sohwah rasyidah oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, m/s 52)
Hasilnya, kebanyakkan daripada nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah mengandung zhonniyah (samar) yang menjadi medan para untuk para ulama' berijtihad dalam mengeluarkan suatu hukum.
Sheikh Dr. Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayyanuni berkata: "Perselisihan berlaku pada perkara-perkara furu' bukan pada perkara-perkara usul.
Yang dimaksudkan dengan perkara-perkara furu' (cabang) adalah, perkara-perkara yang biasanya terbit daripada dalil-dalil yang zhonni (samar), apakah dari sudut maknanya (Ad-Dilalah) atau dari sudut kesahihannya (As-Thubut), apakah perkara-perkara tersebut berkaitan dengan masalah aqidah ataupun masalah fiqh.
Yang dimaksudkan dengan perkara-perkara usul di sini adalah perkara-perkara yang besar (pokok) yang lahir daripada dalil-dalil yang qathi (jelas) apakah dari sudut maknanya atau dari sudut kesahihannya (As-Thubut), apakah perkara-perkara usul tersebut berkaitan dengan masalah aqidah atau masalah fiqh.
Contoh masalah-masalah usul yang qothi dalam aqidah adalah: pembahasan tentang iman kepada Allah s.w.t. dan sifat-sifatNya, keimanan kepada malaikat, para rasul, hari akhirat dan sebagainya.
Antara contoh-contoh masalah furu' dalam aqidah adalah: pembahasan tentang sifat Kursi, tentang yang mana dulu antara timbangan amal atau telaga haud dan sebagainya.
di Antara contoh-contoh masalah usul dalam fiqh qothi : kewajiban solat lima waktu, penjelasan tentang bilangan solat-solat wajib, kewajiban zakat, kewajiban berpuasa, kewajiban haji dan sebagainya.
di Antara contoh-contoh masalah furu' dalam fiqh: bacaan ma'mum di belakang imam, pembahasan tentang angkat tangan dalam solat, kaifiyat solat witir dan hukumnya, dan sebagainya, yang sangat banyak." (dirasaat fi Al-Ikhtilafat Al-Ilmiyyahkarangan Dr. Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayynuni, m/s 32-33)
Imam Ibn Hazm berkata: "Kebanyakkan perselisihan ahlus sunnah wal-jamaah adalah dalam fatwa (perkara-perkara fiqh), dan sedikit dalam perkara aqidah" (Al-Fisol fi Al-Milal wa An-Nihal 2/111)
Hal ini menunjukkan bahwa, para ulama' berselisih dalam perkara-perkara furu', kebanyakkannnya dalam masalah fiqh dan sedikit dalam masalah aqidah.
Adapun dalam masalah fiqh ini, seseorang ulama' yang berinteraksi dengan nas-nas zhonniyah (samar) untuk mengeluarkan hukum daripadanya, dikenal sebagai proses berijtihad.
Mafhum Ijtihad:
Para ulama' Usuliyyin (usul fiqh) berkata:
"Ijtihad ialah, sesuatu kesungguhan dalam mengeluarkan hukum-hukum syar'iyyah daripada dalil-dalil syarak" (tashil al-wusul karangan Imam Al-Mahlawi m/s 320)
Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Ijtihad ialah, menggunakan seluruh usaha dan keupayaan, dan bersikap lapang selapang-lapangnya (tidak jumud), dalam menggali hukum-hukum syarak daripada dalil-dalilnya (syarak), dengan jalan penelitian akal dan menggunakan pemikiran." (min ajli sohwah rasyidah m/s 51)
Syarat berijtihad sangat banyak dan teliti, yang mana, siapa yang tidak memiliki syarat-syarat tersebut, maka dia bukanlah ahli dalam berijtihad. Syarat-syarat tersebut disebutkan dalam buku-buku usul fiqh.
Maka, ijtihad adalah berkaitan dengan pendapat-pendapat ulama'-ulama' yang ahli dalam berijtihad, berkenaan dengan hukum-hukum yang dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak, yang mana, kebanyakkannya bersifat zhonni.
Dr. Al-Qaradhawi berkata lagi:
Dua situasi yang memerlukan kepada ijtihad:
Pertama: Apabila tidak ada nas tentang sesuatu perkara, sebagai rahmat dari Allah s.w.t., agar diberi ruang ijtihad. Para ulama' selalu menggunakan kaedah qiyas, maslahah mursalah dan sebagainya.
Kedua: Apabila nas-nas tersebut bersifat zhonni (samar) apakah dari sudut makna (Ad-Dilalah) atau kesahihan (As-Thubut)." (ibid m/s 51-53)
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya perselisihan dalam memahami nas-nas zhonni adalah: perbezaan kadar dan kemampuan dan ilmu antara para ulama' itu sendiri.
Berbedanya akal mereka menyebabkan berbedanya ijtihad mereka dalam memahami nas-nas yang samar tersebut.
Nas-as qat'ie (jelas) + femahaman yang sama = kesepakatan pendapat
Nas-nas zhonni + perbedaan kadar akal dan ilmu para ulama' = perbedaan ijtihad
Maka, hasilnya, perselisihan dan perbedaan pendapat berlaku krna dua faktor utama iaitu, adanya pelbagai tafsiran dan makna nas-nas zhonni dan perbedaan kadar akal para ulama'.
Contoh Zhonni dan Qat'ie dari Sudut Ad-Dilalah
Contoh ayat qat'ie dari sudut petunjuknya (Ad-Dilalah): Kepada orang-orang yang meng-ilaa' isterinya (bersumpah tidak mencampuri isteri), diberi tangguh empat bulan. Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Baqarah 226).
Dalam ayat ini, jelas yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. di sini adalah empat bulan, krna makna asyhur (bulan) itu tidak mengandung melainkan satu makna saja iaitu bulan, tidak mempunyai makna lain dari sudut bahasa Arab.
Contoh ayat zhonni dari sudut petunjuknya (Ad-Dilalah): Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru' (Surah Al-Baqarah: 228)
Abu 'Amru bin Al-'Ala berkata: Ada dari kalangan orang-orang Arab yang menamakan haidh sebagai qur'u dan ada juga yang yang menamakan suci sebagai qur'u. (Tafsir Al-Qurtubi: 3/113)
Quru' dalam bahasa Arab sendiri memiliki lebih dari satu makna, dalam bahasa Arab, iaitu, haidh ataupun suci.
Daripada perkataan yang mengandung lebih dari satu makna inilah, akhirnya para ulama' salaf berselisih pendapat tentang makna quru' dalam ayat di atas.
Imam Al-Qurtubi berkata:
"Ahli Kufah berkata, makna qur'u dalam ayat tersebut adalah haidh. Pendapat ini adalah pendapat Saidina Umar r.a., Saidina Ali r.a., Saidina Ibn Mas'ud r.a., Saidina Abu Musa r.a., Imam Mujahid, Imam Qatadah, Imam Al-Dhihak, Imam Ikrimah dan sebagainya.
Ahli Hijaz berkata, maknanya ialah suci. Pendapat ini adalah pendapat Saidatina Aisyah r.a., Saidina Ibn Umar r.a., Saidina Zaid bin Thabit r.a., Imam Az-Zuhri, Imam As-Syafi'e r.a. dan sebagainya." (Ibid).
Jika Allah s.w.t. mau seluruh umat Islam bersatu dalam memahami nas-nas Al-Qur'an, dan tidak mau adanya perselisihan ijtihad dan pendapat dalam kalangan umat Islam, sudah tentu Allah s.w.t. akan menggunakan perkataan yang tidak mengandung pelbagai makna dalam ayat-ayat hukum. Pasti Allah s.w.t. akan menggunakan perkataan tiga kali haidh atau tiga kali athur bagi menggantikan tiga kali quru' seperti ayat sebelumnya iaitu empat asyhur (bulan). Begitulah dalam masalah-masalah khilafiyah yang lain.
Perkembangan Perselisihan Ijtihad Dalam Masyarakat Islam
Perselisihan dalam berijtihad bukanlah suatu perkara yang asing, bahkan ia menjadi suatu tradisi selagi Allah s.w.t. menyediakan sebab-sebab dan ruang-ruang untuk timbulnya ikhtilaf tersebut dalam institusi perbendaharaan ilmu fiqh dan penggalian hukum syarak. Cuma, yang asing, adalah, sikap sewenang-wenang mengingkari perkara-perkara khilafiyah sampai tahap membid'ah-bid'ahkan ijtihad setengah mujtahid, yang diperjuangkan oleh sesetengah golongan awam dan golongan separo-matang dalam memahami insititusi fiqh itu sendiri.
Perselisihan Ijtihad Para Sahabat di Zaman Rasulullah s.a.w..
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar r.a.:-
Setelah selesai Perang Ahzab, Rasulullah s.a.w. cepat cepat dalam menggerakkan kaum muslimin menuju ke perkampungan golongan Yahudi Bani Quraizhoh , lalu berkata kepada para sahabat: "Janganlah salah seorangpun daripada kalian solat Asar melainkan di (perkampungan) Bani Quraizhoh".
Sebagian para sahabat yang dalam perjalanan menuju ke Bani Quraizhah mendapati, waktu Asar sudah masuk, sedangkan mereka belum sampai ke Bani Quraizhah. Sebagian daripada mereka berkata: "Kita tidak akan solat melainkan setelah sampai ke sana". Sebagian para sahabat r.a. yang lain berkata: "(Tidak), kita solat sekarang saja…" .
Setelah sampai kepada Rasulullah s.a.w., lalu mereka menceritakan hal demikian, namun sikap Rasulullah s.a.w. setuju dengan kedua (para sahabat r.a. yang solat Asar sebelum sampai ke Bani Quraizhah dan para sahabat yang tidak solat Asar sehingga sampai ke Bani Quraizhah). (fathul bari karangan Imam Ibn Hajar Al-Asqolani 8/411)
Perselisihan Para Sahabat r.a. setelah Zaman Rasulullah s.a.w..
Perselisihan yang mula-mula terbit setelah kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. dalam kalangan para sahabat r.a. adalah untuk melantik khalifah Islam yang pertama, sehingga akhirnya mereka setuju dengan perlantikan Saidina Abu Bakar r.a..
Begitu juga, muncul begitu banyak perselisihan pendapat dan ijtihad dalam kalangan para sahabat r.a., dalam bidang fiqh ini, setelah itu.
Contoh yang lain adalah seperti dalam masalah warisan (miras) seorang kakek. Saidina Ibn Abbas r.a. berpendapat, kakek seperti ayah jika, ia dapat menjadi hijab (menghalangi warisan) kepada adik-kakak sedangkan Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali r.a. berpendapat bahwa, kakek itu seperti bagian adik beradik (rujuk buku dirasat fi al-ikhltilafat al-ilmiyyah m/s 28)
Begitu juga dalam masalah-masalah lain yang turut diwarisi perselisihan ijtihad tersebut oleh para ulama' salafus-soleh dalam waktu yang sama, mereka tidak pernah membid'ahkan pendapat dan ijtihad manapun di antara sesama mereka, selagi setiap ulama' yang berijtihad tersebut memiliki dalil masing-masing.
Sebab-sebab Berlakunya Perselisihan Pendapat dan Ijtihad (Ikhtilaf Ijtihadi) Dalam Lapangan Ijtihad Para Ulama' Fiqh
Sebab-sebab ikhtilaf seperti yang dijelaskan oleh Dr. Al-Bayyanuni dalam buku dirasat fi al-ikhtilafat al-ilmiyyahadalah:
Pertama: Perselisihan dalam menetapkan sesuatu nas.
Contohnya: Dalam masalah khabar mastur (seorang rawi yang diriwayatkan darinya oleh dua orang rawi atau lebih dari dua orang, yang mana, tidak ada komen tentang perawi tersebut, apakah seorang yang boleh diambil riwayatnya (at-ta'dil) ataupun tidak boleh (al-jurh) ).
Sebagian ulama' menerima perkhabaran daripada perawi hadith yang tersmbunyi (mastur) (tersebut seperti Imam Abu Hanifah) sedangkan sebagian yang lain menolaknya (seperti Imam Muhammad).
Kedua: Perselisihan dalam memahami sesuatu nas.
Contoh dalam masalah tiga quru' yang dijelaskan dalam ayat Al-Qur'an tadi, di mana ada ulama' memahaminya dengan makna tiga kali suci dan ada yang memahaminya dengan makna tiga kali haidh.
Perselisihan dalam mengumpulkan (Al-jam'u) dan memberatkan (At-Tarjih) di antara nas-nas yang saling bertentangan.
Contohnya seperti masalah ma'mum membaca Al-Fatihah di belakang imam.
Imam As-Syafi'e r.a. berpendapat: "ma'mum juga perlu membaca Al-Fatihah di belakang Imam apakah Imam tersebut membaca surah dengan keras (dua rakaat pertama dalam solat maghrib, isyak dan dua rakaat subuh) ataupun perlahan. Ini karena, dalam masalah membaca Al-Fatihah bagi ma'mum ini, Imam As-Syafi'e r.a. mentarjihkan (memberatkan) nas tentang kewajiban membaca Al-Fatihah bagi setiap orang yang mendirikan solat, atas nas yang melarang membaca sesuatu jika dibaca Al-Qur'an dan nas yang mengatakan bahwa, bacaan imam adalah bacaan ma'mum.
Imam Abu Hanifah r.a. berpendapat tidak perlu membaca Al-Fatihah bagi ma'mun di belakang imam dalam segala hal, apakah imam membaca surah secara keras maupun perlahan, ini di karenakan mentarjihkan (memberatkan) nas: "bacaan imam adalah bacaan ma'mum".
Imam Malik r.a. dan Imam Ahmad r.a. berpendapat bahwa, kalau imam membaca Al-Fatihah secara keras (seperti dalam dua rakaat pertama solat maghrib, isyak, dan subuh), maka ma'mum tidak perlu membacanya sedangkan jika imam membacanya dengan perlahan, maka ma'mum perlu membacanya, karena menggabungkan kedua nas tersebut. (rujuk bidayatul mujtahid)
Keempat: Perselisihan dalam kaedah-kaedah fiqh dan sebagian sumber penggalian hukum.
Contohnya seperti berhujah dengan amalan penduduk Madinah (pada zaman Imam Malik r.a.), di mana, Imam Malik r.a. menjadikan amalan penduduk Madinah sebagai hujah kepada sesuatu ketentuan hukum sedangkan para ulama' lain tidak menerima amalan penduduk Madinah semata- sebagai suatu hujah dalam ketentuan hukum.
-------------------------------------------------------------------------------------
maka dengan penjelasan di atas .....Khilafiyah (perselisihan) pendapat dalam institusi fiqh Islam memang merupakan suatu yang realistik. itu sudah ada sejak dari zaman Rasulullah s.a.w., seperti yang dinukilkan dalam hadis: “Solat Asar di Bani Quraizhah”.
Oleh karena itu, perkara-perkara khilafiyah tidak pernah dijadikan isu untuk membid’ahkan suatu golongan, walaupun hal itu telah muncul sejak bermulanya penyebaran agama Islam ke seliruh dunia di zaman para sahabat itu sendiri.
Kalau kita lihat secara jelas, apabila timbul perbedaan pendapat di antara ulama’-ulama’ mazhab tertentu, maka tidak ada golongan ulama’ yang menuduh golongan ulama’ yang lain sebagai pembuat bid’ah krna perbedaan pendapat tersebut.
Contohnya, mazhab As-Syafi’e yang menjelaskan bahwa, menyentuh lingkaran dubur membatalkan wuduk, berdasarkan kaedah qiyas terhadap hukum batal wuduk apabila seseorang menyentuh kemaluan. (Al-Mughni Al-Muhtaj: 1/36)
Para ulama’ mazhab lain tidak pernah menuduh ijtihad ulama’ mazhab As-Syafi’e tersebut sebagai bid’ah, walaupun memang tiada nas yang dapat disandarkan tentang hukum batal wuduk menyentuh lingkaran dubur tersebut.
Begitu juga pendapat mazhab Imam Hanafi yang membolehkan seseorang membayar zakat fitrah dengan selain beras dan gandum (seperti dibayar dengan duit), sedangkan tidak terdapat dalam nas Sahih. Namun, tidak ada ulama’-ulama’ muktabar mazhab yang lain menuduh ijtihad Imam Abu Hanifah tersebut sebagai sesuatu yang bid’ah, bahkan umumnya, ijtihad beliaulah yang diamalkan dalam amalan membayar zakat fitrah.
Jadi, perkara-perkara khilafiyah memang tidak boleh dijadikan pintu untuk menuduh seseorang itu pelaku bid’ah, krn perselisihan pendapat dalam memahami nas, tidak sama seperti melakukan sesuatu bid’ah yang secara jelas tidak ada sandaran langsung dari kaedah-kaedah penggalian hukum dalam Islam.
Kalau kita tidak pandai membedakan yang mana dikatakan bid’ah dholalah, dengan yang dinamakan masa’il khilafiyah, maka jangan pandai membid’ahkan suatu perkara tersebut.
pengukur dalam mengukur sesuatu apakah merupakan khilafiyah atau bid’ah adalah, nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta sumber-sumber dan kaedah-kaedah penggalian hukum Islam yang lain seperti Ijmak, Qiyas dan sebagainya.
Kalaulah suatu perkara itu tidak bertentangan dengan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta sesuai dengan kaedah-kaedah menggali hukum dalam Islam yang lain, maka ia tidak dinamakan bid’ah, walaupun kadang-kala merupakan suatu perkara yang khilafiyah.
Adapun sesuatu perkara yang bertentangan dengan nas-nas dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dan kaedah-kaedah menggali hukum Islam yang lain, maka barulah ia dinamakan bid’ah.
Inilah yang gagal difahami oleh kebanyakkan ahli ilmu yang terjebak dalam kencah “bid’ah-membid’ahkan”. Mereka gagal memahami perbedaan antara perkara-perkara khilafiyah dengan perkara-perkara bid’ah dholalah.
Contoh perkara-perkara yang yang tidak dinamakan bid’ah, walaupun terjadi perselisihan pendapat ulama’ mengenainya, ialah masalah tawassul dengan orang mati. Perkara tersebut sudah jelas di dalam hadis-hadis Sahih terutama dalam meriwayatkan kisah tentang Uthman bin Hanif yang mengajarkan mengenai tawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w. dan pelbagai hadis-hadis yang lain.
Hal tersebut juga tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah menggali hukum Islam seperti qiyas, dan sebagainya, karena tidak aada bedanya bertawassul kepada yang hidup ataupun kepada yang mati, kalau sekiranya yang jadi tujuan berdoa kepadanya itu tetaplah Allah s.w.t. semata-mata, bukan berdoa meminta daripada orang yang ditawassulkan denganya tersebut.
Jadi, berdasarkan contoh tersebut, dapatlah difahami bahwa, masalah tawassul dengan menggunakan kedudukan orang mati di sisi Allah s.w.t., bukanlah suatu perkara bid’ah, walaupun ada khilaf (perbedaan pendapat) mengenainya (walaupun sebelum munculnya Sheikh Ibn Taimiyah, perselisihan mengenai perkara tersebut tidak ada menurut kebanyakkan para ulama’).
Adapun contoh perkara bid’ah ialah seperti: menambah jumlah rakaat solat fardhu, mengerjakan ibadah haji bukan di Tanah Haram Mekkah dan sebagainya.
Hal ini jelas bertentangan dengan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, krna bilangan rakaat dalam solat fardhu merupakan suatu yang qat’ie dari pelbagai hadis-hadis yang sahih. Begitu juga dengan ibadah haji, yang mana tempatnya sudah diputuskan secara jelas dalam Islam, bahwa perlu dikerjakan di tanah suci Mekkah.
Hal ini juga bertentangn dengan kaedah-kaedah penggalian hukum krna dalam perkara-perkara yang jelas hukumnya secara qat’ie (dari sudut dalalah maupun thubut), maka tidak boleh lagi seseorang untuk berijtihad, apatah lagi mengeluarkan sesuatu bentuk baru bagi perkara tersebut, apakah dalam bentuk penambahan, pengurangan, bertukar tempat dan sebagainya.
Inilah di antara perkara yang gagal difahami oleh kebanyakkan orang-orang awam dan para penuntut ilmu yang terjerumus ke dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan” ini.
Bentuk-bentuk Ibadah yang Diajarkan Oleh Rasulullah s.a.w.
Pembahasan mengenai tajuk ini amat penting dalam memahami masalah-masalah yang dibahas sebelumnya dan yang akan dibahas selepasnya.
Dr. Abdul Malik Abdul Rahman As-Sa’adi dalam buku beliau yang diterjemahkan dengan tajuk “Salah Faham Terhadap Bid’ah” berkata:
Ibadah yang jelas dibawa oleh Rasulullah s.a.w. terbagi kepada dua bentuk iaitu:
Pertama: Ibadah yang datang dari Rasulullah s.a.w. tetapi terikat dengan waktu, tempat, bilangan tertentu, cara tertentu atau keadaan tertentu. Maka, ibadah yang berbentuk demikian wajib ditunaikan seperti yang dilakukan olehRasulullah s.a.w. tanpa penambahan, perubahan atau pengurangan. siapa yang melakukannya bukan dalam bentuk yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka dia dianggap sebagai pencetus bid’ah.
Contohnya seperti: Solat, ibadah haji dan sebagainya.
Kedua: Ibadah yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., apakah dalam bentuk perintah, panduan, anjuran atau pesanan yang tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat atau bilangan tertentu dan tidak pula diriwayatkan mengenai larangan melakukannya di waktu-waktu yang tertentu. maka itu di kembalikan kepada umat Islam untuk memilih masa dan tempat yang sesuai dengan amalan tersebut dan bentuknya, asalkan tidak disandarkan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w.. cukuplah sekadar mengamalkannya, bersandarkan izin yang diperoleh dari syariat secara umum.
Contohnya seperti: solat sunat mutlak, puasa sunat mutlak, membaca Al-Qur’an, membuat jamuan makan dan sebagainya.
Kalau ada seseorang yang beristiqomah dalam melakukan perkara tersebut, pada waktu-waktu tertentu, maka tidaklah dianggap bid’ah. Begitu juga kalau dia membiasakan dirinya dengan membaca surah tertentu dari Al-Qur’an, pada hari tertentu, juga tidak di anggap sebagai bid’ah,karena bersandar pada hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم : "Kerjakanlah amalan semampu kalian, sesungguhnya sebaik - baik amalan adalah yang dikerjakan secara terus menerus walaupun sedikit" (HR Ibnu Majah 4230}
-Tamat Nukilan-
Oleh karena itu, banyak yang terjebak ke dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan” sesama orang Islam dalam masalah-masalah khilafiyah, adalah natijah dari kejahilan mereka terhadap kaedah-kaedah dan perkara-perkara tersebut.
Mengamalkan Hadis-Hadis Dha’if Bukan Bererti Pengamal Bid’ah
Di sini satu lagi masalah kebanyakan penuntut ilmu yang terlibat dalam kencah “bid’ah-membid’ahkan dalam perkara khilaf tersebut”.dari kalangan para penuntut ilmu yang berlagak seperti wira dalam kencah ilmu agama sering berkata: “amalan ini bid’ah, krna hadis dalam masalah tersebut merupakan suatu hadis yang dho’if”.
Kalau orang-orang awam mendengar perkataan tersebut, sudah tentu mereka menyangka si penuntut ilmu tersebut seorang yang alim, tetapi seandainya perkataan demikian didengar oleh ahli ilmu, sudah tentu mereka mengetahui bahwa, orang yang berbicara tersebut masih tidak cukup ilmu.
Ini karena, melemparkan tuduhan bid’ah terhadap amalan yang diambil dari hadis yang dho’if seperti melemparkan tuduhan kepada para salaf yang meriwayatkan hadis tersebut sebagai pembawa bid’ah. Hal tersebut tidak pernah berlaku dalam etika para ulama’ salaf,karena dalil yang lemah tidaklah menunjukkan seseorang itu telah melakukan bid’ah, karena hadis-hadis dho’if, jika cukup syarat-syaratnya menurut ulama’ hadis, maka boleh juga diamalkan.
Majoritas ulama’ berpendapat bahwa, dibolehkan beramal dengan hadis dho’if dalam fadhail ‘amal (keutamaan dalam beramal), apakah berbentuk anjuran mahupun larangan, karena di mungkinkan hadis itu sahih pada realitasnya, sehingga tidak terhalang seseorang muslim mendapat fadhilat (kelebihan) dari amalan tersebut.
banyak yang tidak memahami apa itu hadis dho’if, sehingga menyebabkan mereka seolah-olah alergik dengan istilah “hadis dho’if” ini. Kebanyakkan hadis dho’if sebenarnya hanyalah berdasarkan penilaian ulama’ hadis terhadap keadilan dan kelayakkan perawi hadis tersebut dalam meriwayatkan hadis tersebut. Ia juga merupakan hasil dari ijtihad para ulama’ dalam menentukan apakah seseorang perawi itu boleh diterima hadis yang diriwayatkannya atau tidak, dan sebagainya.
Tidak mustahil, hadis yang dho’if dari sudut penilaian para ulama’ hadis terhadap perawi hadis tersebut, tetapi dari sudut realitasnya merupakan hadis yang sahih dari Rasulullah s.a.w..
Syarat-syarat hadis dho’if yang layak untuk diamalkan:
Hadis tersebut tidaklah terlalu dho’if di mana tidak terdapat di kalangan perawinya seorang yang pernah dituduh sebagai pendusta dan sebagainya.
Hadis tersebut masih termasuk dalam salah satu kaedah atau usul am yang diamalkan di dalam Islam.
Tidak beriktiqad bahwa, hadis tersebut thabit (secara jelas) daripada Rasulullah s.a.w., tetapi diamalkan atas dasar adanya kemungkinan.
(Lihat: Tadrib Ar-Rawi)
Semoga kita yang tidak cukup ilmu ini, tidak tergopoh menuduh sesuatu amalan itu bid’ah, karena bagaimana kita tahu suatu amalan itu bid’ah, kalau kita sendiri tidak pernah khatam membaca Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim dan kutub Sunan yang lain.
Menuduh sesuatu itu bid’ah, tanpa ilmu yang cukup, merupakan suatu bid’ah yang lebih besar, maka hati-hatilah.
Disusun dengan bantuan Allah s.w.t. oleh:
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Kabir
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Ar-Razi
Semoga Allah s.w.t. memeberi hidayah kepada kita semua…Amin…
Disusun dengan bantuan Allah s.w.t. oleh:
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Kabir
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Ar-Razi
Semoga Allah s.w.t. memeberi hidayah kepada kita semua…Amin…
penerangan yg sangat baik,terima ksih ilmunya admin dan ijin copas untuk menambah pemahaman saya,,,
BalasHapussilahkan mas...jazakallah
HapusSukron katsir ats tulisannya mg jd amal solih,ijin copas
BalasHapusAlhamdulillah dapat lagi tambahan wawasan keilmuan, sukron. Karena saya merasa bersedih ketika mendengar adanya perselisihan yg menimbulkan perpecahan di kalangan saudara kita sesama muslim
BalasHapussyukron katsiiron...
BalasHapussmoga bs mnj pencerah bg kita semua
izin share y...
entah kenapa saya sebel dengan jam yang ada pada cursor. jadi gag konsen baca
BalasHapusmantap !! wahabi memang majhul.
BalasHapusalhamdulillah....syukron pencerahanya ustadz dan mohon izin share
BalasHapusTulisan yang Baik dan informasi yang berimbang saluuuuttt.
BalasHapusMohon izin copas ya Akhi