News Update :
Home » » Tafwidh, Apa Itu Tafwidh": Pembahasan dan Bantahan [1]

Tafwidh, Apa Itu Tafwidh": Pembahasan dan Bantahan [1]

Penulis : Bagus Rangin on 6 Agustus 2012 | 17.42.00







Femahaman yang Sahih tentang Tafwidh, Adakah kamu Tahu apa itu tafwidh?
("Tafwidh...Apa Itu Tafwidh": Pembahasan dan Bantahan)

Muqoddimah

Bismillah...Alhamdulillah...Was-Solatu was-Salamu 'ala Saidina Rasulillah s.a.w..Amma ba'du….

Telah datang kepada penulis yang faqir, beberapa orang ahbab yang mulia, seraya bertanya kepada penulis, tentang pendirian penulis dalam menolak suatu kelompok yang dikenal sebagai Salafi Wahhabi. Jesteru penulis katakan kepada mereka:



"Pendirian saya jelas. Kalau saudara kita dari kalangan salafi Wahhabi membid'ah-bid'ahkan perkara-perkara khilafiyah yang mana setiap daripada ijtihad itu mempunyai sandarannya, maka saya tidak mengambil sikap untuk berbantah-bantahan dengan mereka dengan menolak pendapat mereka dalam masalah khilafiyah. Cuma, jika ditanya kepada saya, dalil pegangan amalan yang diamalkan oleh saya, maka saya akan menjelaskan dalil-dalil yang menjadi sandaran amalan-amalan saya (yang mana kebanyakannya merupakan amalan-amalan yang tidak ditolak oleh sawadul a'zhom dari kalangan umat Islam). Kalau mereka masih membantah dengan dalil mereka, maka mudah saja jawabannya iaitu: "Al-Ijtihad la yuzalu bil Ijtihad" (suatu ijtihad ulama' itu tidak dihilangkan dengan ijtihad ulama' yang lain". Ini merupakan kaedah usul fiqh yang ma'ruf (dikenali) kecuali bagi mereka yang jahil tentangnya

"Maka, saya akan biarkan mereka dengan ijtihad mereka, dan saya tetap akan bersama dengan sawadul a'zhom dan para ulama' yang muktabar dalam banyak hal yang diperselisihkan, tanpa membantah apa yang mereka mau amalkan selagi mereka ada dalil juga. Sikap "bid'ah-membid'ahkan" yang mereka amalkan, maka saya menyeru kepada mereka supaya mereka meninggalkan sikap tersebut, kerana institusi fiqh Islami memang mengandung khilaf dalam hampir semua cabang-cabangnya, yang tidak menyebabkan satu pihak menuduh pihak yang lain sebagai pengamal bid'ah. Seterusnya, hanya doa kepada Allah s.w.t. yang boleh dipanjatkan, agar Allah s.w.t. memberi hidayah kepada mereka, dan tugas kita ialah untuk sampaikan dan ajak mereka kepada kebenaran dan kesabaran, sedangkan hidayah itu milik Allah s.w.t.. Allah s.w.t.-lah yang mengadili dan menghukum siapa saja, dan bukanlah tugas kita untuk menghukum dalam masalah khilafiyah ini."

Seterusnya, para ahbab bertanya lagi: "Jadi, bagaimana juga dengan masalah aqidah?"

Penulis yang faqir ini katakan: "Adapun dalam masalah aqidah, yang benar tetap benar dan yang keliru tetap keliru. Tidak bisa aqidah dan faham yang menyimpang itu disembunyikan di balik nama mana-mana mazhab dan golongan sekalipun, cahaya kebenaran tetap mempu menerangi sudut gelap kesesatan dan penyelewengan, walaupun mencoba bersembunyi di balik nama-nama yang indah dan mempesona.

"Kita ada Al-Qur'an, As-Sunnah dan sirah salafus soleh serta perkataan-perkataan mereka dalam menggariskan panduan yang sebenarnya dalam memahami aqidah Islam dengan femahaman yang sahih, khususnya dalam masalah sifat-sifat ketuhanan. Cuma, di zaman ini, golongan Hasyawiyah (yang mengisbatkan secara dhahir semua sifat-sifat Allah dengan maknanya dari sudut bahasa) modern mencuba mempromosikan faham tajsim dan tasybih di atas nama ahlus sunnah wal jamaah padahal ahlus sunnah wal jamaah berlepas tangan daripada faham tersebut."

Lalu, mereka bertanya kepada penulis tentang hakikat tafwidh itu, dan benarkah manhaj tafwidh itu adalah manhaj yang tertolak? Mereka memberi kepada penulis suatu artikel yang bertajuk: "Tafwidh…Apa Itu Tafwidh?" karangan Zain Y.S (penggagas al-ahkam.net) untuk penulis kaji, supaya mereka dapat membedakan yang mana kaca dan yang mana permata daripada tulisan beliau.
Berilah Peringatan...Sesungguhnya Peringatan Itu Memberi Manfaat kepada Muslimin

Maka, saya mulai membaca karangan tersebut beberapa kali untuk memahaminya dengan cara yang adil dan terbuka. Justeru, tulisan beliau tidaklah terlalu sukar untuk menyingkap apa yang disampaikan, bahkan mempunyai beberapa kerapuhan manhaji (dari sudut metodologi penelitian) dari sudut memahami pembahasan ini secara menyeluruh.

Bahkan, siapa saja yang biasa berinteraksi dengan buku-buku Sheikh Ibn Taimiyah secara langsung, dan menghayati femahaman Sheikh Ibn Taimiyah dalam masalah ini (ayat-ayat mutasyabihat), pasti mudah untuk berinteraksi dengan tulisan seperti karangan saudara Zain Y.S. ini, yang merupakan ( ijtihad penulis yang hina ini) pewaris jauh (bahkan terlalu jauh) daripada manhaj pemikiran Ibn Taimiyah dalam masalah ini.

Selayaknya, masih banyak lagi karangan-karangan yang agak berbahaya dalam mendukung aliran "ingkar tafwidh" setelah karangan Sheikh Ibn Taimiyah, seperti karangan-karangan Sheikh Bin Baz, Sheikh Al-Albani, Sheikh Uthaimin Sheikh Al-Fauzan dan sebagainya, yang perlu diUNGKAP akan syubhatnya dalam masalah aqidah. Namun, karangan-karangan mereka telah jiga telah di ungkap dan dijawab oleh banyak para ulama' ahlus sunnah wal-jamaah yang muktabar di negara-negara Arab, yang lebih layak untuk mengungkapnya.

Tetapi, karangan seperti yang dikarang oleh saudara Zain ini, walaupun penulis yang serba hina ini merasakan agak berfikir untuk menjawabnya, tetapi ni merupakan suatu karangan yang terlalu rapuh hujahnya untuk mengingkari manhaj tafwidh makna yang mendominasi metodologi femahaman dalam bidang aqidah, bagi majoritas umat Islam sejak dari zaman salafus soleh, namun yang membimbangkan penulis bukanlah karangan beliau, tetapi fenomena yang berlaku. Apabila ada orang yang mengarang karangan yang membawa femahaman "ingkar tafwidh" ini, berarti, faham hasyawiyah sudah menyelinap masuk ke dalam hati orang-orang Melayu yang majoritasnya tidak mahir dalam kaedah ilmu Bahasa Arab, apatah lagi ilmu kesusasteraannya.

Dengan mengingkari "tafwidh makna" atau "ta'wil", memang ini akan menyebabkan seseorang mesti mengisbatkan makna suatu perkataan dari sudut bahasa (dari sudut dhahirnya), padahal dalam Bahasa Arab itu sendiri, tidak semestinya semua perkataan perlu difahami dengan maknanya dari sudut bahasa, karana ada suatu konsep yang membawa perkataan tersebut, difahami dengan maknanya yang lain daripada maknanya dari sudut bahasa. Konsep dan kaedah itu dikenal dengan konsep majaz atau kiasan. Femahaman golongan Hasyawiyah,Mujassimah atau Musyabbihah hanya dapat masuk ke dalam hati orang-orang yang sudah mengingkari "tafwidh", "ta'wil" dan majaz apabila berinteraksi dengan ayat-ayat mutasyabihat. Bahkan, lebih malang lagi, apabila mereka menipu golongan yang jahil ilmu bahasa dengan mengatakan bahawa: "tafwidh, ta'wil dan sebagainya merupakan suatu ta'thil (menafikan) sifat-sifat Allah s.w.t. yang wajib diimani".

Kalau orang-orang yang mahir ilmu bahasa Arab, mudah saja mematahkan hujah berikut dengan bertanya kembali:


  • "Siapa yang berkata ta'wil itu secara mutlak sebagai ta'thil (menafikan) apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t..? Dalam kaedah bahasa apakah, yang menyebut ta'wil itu secara mutlak adalah ta'thil? Sibaweih pun tidak pernah berkata sedemikian."
  • "Siapa yang mewajibkan kita mempercayai semua ayat-ayat mutasyabihat dengan maknanya dari sudut bahasa, dan mengharamkan konsep majaz (kiasan) dalam perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, sehingga mengharamkan dan menolak tafwidh dan ta'wil secara mutlak, sedangkan majaz, tafwidh dan ta'wil termasuk dalam kaedah Bahasa Arab itu sendiri?"
Kalau di tanyakan soal ini kepada pelopor-pelopor faham "ingkar tafwidh dan ta'wil" dari kalangan orang-orang Melayu, memang sulit utk mendapat jawaban dari mereka. Bahkan, penulis sendiri pernah bertanya soal ini kepada banyak pelopor-pelopor faham ini dari kalangan orang-orang Arab sendiri, tetapi akhirnya mereka diam, krna mereka tahu dan faham sendiri, dalam kaedah Bahasa Arab, memang ada yang dinamakan majaz (kiasan), dan memang ta'wil itu bukannya secara mutlak merupakan ta'thil.

Kalau orang Arab mungkin faham. Apa yang penulis khuatirkan, adalah orang-orang Melayu yang jahil tentang kaedah Bahasa Arab, apabila terpengaruh dengan faham ini, tidak mampu untuk keluar karena tidak faham kaedah Bahasa Arab itu sendiri (semoga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada mereka).

Jadi, penulis yang serba jahil ini mencoba untuk menganalisis dan mengkaji kembali karangan saudara Zain ini, karena ini lebih mudah dan sederhana bagi orang-orang yang tidak mempunyai dasar yang kuat dalam ilmu Bahasa Arab dan ilmu Mantik (logika. Ilmu ini pun ditolak oleh sebagian golongan wahhabi, tetapi masih menerima qias sebagai sumber hukum, padahal qias itu sebagian daripada ilmu logika).

Insya Allah, mudah-mudahan Allah s.w.t. membantu diri penulis, para ahbab yang meminta penulis mengkaji karangan ini dan seluruh mereka yang mencari kebenaran, menuju kepada kebenaran dengan petunjukNya, Amin...

Munaqosyah wa Rudud (Perbincangan dan Bantahan)

Maka penulis mula mengulas dengan izin Allah s.w.t.:-

Saudara Zain menulis di awal artikelnya:

"Tafwidh yang saya maksudkan di sini ialah dalam masalah mensabitkan sifat-sifat Allah s.w.t. Jika dikatakan tafwidh, yang maknanya menyerahkan kepada Allah Taala. "

Kita tanyakan:

Jika dikatakan tafwidh, yang maknanya menyerahkan kepada Allah s.w.t.? Menyerahkan apa kepada Allah s.w.t.? Ini tulisan yang menggantung.

Lalu, saudara Zain juga menimbulkan persoalan yang sama, sebagai suatu polemik dalam penulisan:

"Di sini timbul persoalan, apa yang mau diserahkan kepada Allah Taala?"

Kita katakan:

Tafwidh itu apakah menyerahkan makna suatu perkataan kepada Allah s.w.t. atau menyerahkan kaifiyat kepada Allah s.w.t.?

Perkara yang paling penting sebelum memahami tafwidh yang manakah yang dimaksudkan oleh salafus soleh dan ahli haq, maka hendaklah kita memahami apa itu tafwidh dan apa perbedaan antara tafwidh makna dengan tafwidh kaifiyat pada suatu perkataan.

Tafwidh maksudnya: menyerahkan suatu. Tafwidh dalam kaedah dan metodologi femahaman terhadap aqidah berarti,menyerahkan kepada Allah s.w.t. semata.

Dari sinilah, saudara Zain menimbulkan persoalan. Tafwidh yang sebenarnya itu tafwidh yang mana ?

Ada dua jenis tafwidh iaitu, tafwidh dari sudut makna, yang merupakan metodologi yang mendasari aqidah dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat dan satunya lagi tafwidh dari sudut kaifiyat (ataupun keadaan), iaitu menyatakan bahwa dia memahami perkataan tersebut, dengan maknanya dari sudut bahasa, tetapi menyerahkan bagaimana keadaan makna tersebut kepada Allah s.w.t..

Contoh tafwidh dari sudut makna:

Yadd Allah (dalam Bahasa Melayu, tangan Allah). Kami tidak mengetahui maknanya (Yadd/tangan tersebut) lalu menyerahkan makna perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. tanpa memahaminya dengan maknan dari sudut bahasa.

Contoh tafwid dari sudut kaifiyat (keadaan):

Yadd Allah (dalam Bahasa Melayu, tangan Allah). Kami mengetahui maknanya (perkataan Yadd Allah tersebut) dengan makna dari sudut bahasa, iaitu suatu tangan (bila memahaminya dari sudut bahasa, maka secara langsung telah memahaminya dengan makna yang membawa kepada jisim, karena tangan dari sudut bahasa adalah suatu anggota atau jisim), tetapi kami menyerahkan kaifiyat(kedaan atau bentuknya) kepada Allah s.w.t..

Jadi, Tafwidh menurut salafus soleh ialah, menyerahkan makna perkataan yang samar (mutasyabihat) kepada Allah s.w.t. tanpa memahaminya dari sudut bahasa.

Dr. Al-Qaradhawi sendiri mengatakan bahwa: "Realitasnya, bagi siapa pun yang membaca karangan para ulama' salafus soleh berkenaan ayat-ayat mutasyabihat tersebut, maka dia akan dapati bahwa, kebanyakkan daripada mereka meninggalkan usaha untuk mendalami makna ayat-ayat mutasyabihat tersebut, tidak bersusah-payah untuk mentafsirkannya dengan ungkapan apa pun. (Ini manhaj tafwidh menurut salafus soleh).

"Perkara ini sudah jelas bahkan, hampir kepada tahap muttafaqun alaih (disepakati oleh ulama') sebelum kelahiran Sheikhul Islam Ibn Taimiyah dan madrasahnya (pemikiran dan manhajnya yang menyendiri)…" (fusulun fil aqidah 40-41)

Oleh sebab itu, dapatlah kita ketahui bahwasanya, menurut Dr. Al-Qaradhawi (yang termasuk di antara ulama' kegemaran sebagian golongan yang mengaku salafi) sendiri, manhaj tafwidh merupakan suatu manhaj yang sudah hampir sampai tahap disepakati oleh seluruh ulama', kecuali mereka yang berfaham selain daripada ahlus sunnah wal jamaah, khususnya sebelum kelahiran Sheikh Ibn Taimiyah, yang akhirnya memulai femahaman menolak tafwidh versi baru.

Jadi, manhaj tafwidh ialah menyerahkan makna kepada Allah s.w.t. tanpa memahami perkataan-perkataan mutasyabihat dengan maknanya dari sudut bahasa. Inilah manhaj yang mendasari aqidah salafus soleh dalam masalah mutasyabihat ini.

Saudara Zain seterusnya berkata:

Kurang jelas persoalannya? Mari saya tunjukkan contohnya. Lihat surah ar-ra'd: 2: "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."

Kita Katakan:

Sebenarnya, contoh yang diberikan oleh saudara Zain ini dalam rangka untuk menolak tafwidh makna yang akan dilakukannya kemudian, merupakan suatu contoh yang rapuh.

karena, contoh berkenaan dengan Istiwa' (bersemayam) ini merupakan suatu contoh yang tidak akan membawa kepada mengingkari: "tafwidh dari sudut makna" karena Istiwa itu dari sudut bahasanya sendiri secara mutlak, tidak membawa kepada makna :julus atau duduk dan bersemayam, walaupun dari sudut dhahir, bisa membawa maksud yang demikian, tetapi, bisa juga membawa maksud lain. Bahkan, contoh istiwa' ini akan membawa kepada senjata makan tuan seperti yang bakal kita lihat nanti.

Selanjutnya, golongan pengingkar majaz dari kalangan orang-orang Arab lebih gemar menggunakan contoah ayat: Yadd Allah atau diterjemahkan dengan makna: tangan Allah, karena contoh ini mempunyai maksud yang di fahami mereka,dan berperanan lebih kuat untuk menolak konsep tafwidh makna daripada contoh istiwa', walaupun hal ini juga masih bisa dipatahkan.

Saudara Zain seterusnya berkata:

Ayat di atas menyatakan Allah Taala bersemayam di atas Arasy. Ada sebagian golongan yang mentakwilkan ayat dengan maksud menguasai. Takwilan ini dilakukan oleh golongan khalaf.

Kita Katakan:

Betul, golongan khalaf mentakwil istiwa dengan makna menguasai, tetapi tidak semua khalaf mentakwil istiwa tsbt. Ini suatu klaim yang tidak jami' dan mani'.

Kita tanyakan kembali, apakah masalahnya dengan ta'wil itu sendiri? Adakah ta'wil itu merupakan suatu yang tercela?
Ta’wil artinya, memberi satu makna lain kepada suatu lafaz, berdasarkan qarinah (petunjuk) dalam jumlah keseluruhan atau sebagian ayat tersebut.

Adakah benar, Allah s.w.t. menafikan konsep ta'wil bagi ayat-ayat mutasyabihat tersebut? Benarkah semua nas-nas yang menceritakan dan menyifatkan Allah s.w.t. perlu difahami dengan maknanya dari sudut bahasa, dan tidak boleh sama sekali dgn makna majaz, walaupun dhahirnya mengandung makna yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah s.w.t.? Mana dalil pengingkaran terhadap ta'wil dan pengingkaran terhadap majaz?

Nah, kami akan kemukakan juga dalil-dalil yang menolak femahaman kamu yang mengingkari ta'wil dan majaz dalam nas-nas mutasyabihat yang mengandung makna dhahir yang tidak sesuai dengan kesempurnaan Allah s.w.t.:

Dalil dari Al-Qur'an yang menunjukkan ada konsep ta'wil dan majazi dalam nas-nas Al-Qur'an:

“Dialah yang menurunkan kepadamu (Muhammad) Al-Kitab (Al-Qur'an), daripadanya ada ayat-ayat yang muhkamat (jelas maknanya) yang mana ia adalah ummul kitab, dan selainnya merupakan ayat-ayat mutasyabihat (samar maknanya) Adapun orang-orang yang ada dalam hati mereka kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menuruti apa yang samar-samar (mutasyabihat) dari Al-Qur’an untuk mencari fitnah (dengan memahaminya dari sudut yang samar tersebut) dan mencari-cari ta'wil (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Sesungguhnya tiada yang mengetahui ta'wilnya kecuali Allah, Dan orang-orang yang mendalam ilmunya... ” (Ali Imran: 7)

Golongan salafus soleh mewakafkan (memberhentikan) bacaan “tiada yang mengetahui ta'wilnya (ayat-ayat mutasyabihat) tersebut...” pada kalimat“..melainkan Allah...”. Jadi, maksud bacaan tersebut, hanya Allah s.w.t.-lah yang mengetahui ta'wilannya, dan bacaan ini paling tepat menurut kebanyakan ulama'.

Kebanyakan golongan khalaf, membaca ayat tersebut dengan bacaan: “tiada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya...” Mereka meletakkan dan itu berkaitan hukum dengan perkataan sebelumnya yang berarti: “Allah s.w.t. dan orang-orang yang mendalam ilmunya mengetahui ta'wil ayat-ayat mutasyabihat tersebut.

yang paling penting, ta'wil bagi ayat-ayat mutasyabihat itu sendiri ada, tidak perlu apakah hanya Allah s.w.t. saja yang mengetahui maknanya ataupun orang-orang yang mendalam ilmunya juga mengetahuinya. Yang penting, ta'wil itu sendiri jelas ada. Jadi, ayat ini sendiri menjelaskan bahwasanya, ta'wil (maksud lain bagi suatu perkataan) itu memang ada penggunaannya dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat tersebut.

Jadi, golongan yang mengingkari ta'wil dalam penggunaan nas-nas Al-Qur'an berarti telah mengingkari ayat ini.

Seterusnya, saudara Zain berkata:

Ada satu lagi penjelasan mengenai masalah "Allah bersemayam di atas Arasy". Iaitu tafsiran tanpa takwilan. Didakwa bahwa ide tanpa takwilan untuk ayat ini ataupun intuk ayat sifat lain datangnya dari para salaf.

Penulis yang faqir berkata:

Memang benar, dalam masalah istiwa' (bersemyam)nya Allah s.w.t. ini, ada yang tidak mentakwilnya namun, yang tidak mentakwilpun tidak memahaminya dengan maknanya dari sudut bahasa, tetapi menyerahkan makna sebenarnya perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. dan inilah manhaj tafwidh para salafus soleh dan sebagian daripada golongan khalaf.

Ini bukan suatu dakwaan terhadap para salafus soleh seperti yang didakwa oleh saudara Zain, tetapi memang hakikatnya demikian.

Seterusnya, saudara Zain berkata:

Tanpa takwilan inilah yang menimbulkan faham tafwidh. Menyerahkan kepada Allah Taala. Nah Apa yang mau diserahkan? Terdapat dua golongan yang menggunakan pendekatan tafwidh. Kedua-duanya dikatakan sebagai aliran salaf:

Golongan pertama (Asya'irah): Tafwidh ialah menyerahkan maksud "Allah bersemayam di atas Arasy kepadaNya". Golongan ini terdiri dari mazhab Asya'irah.

Golongan kedua (Salafi): Tafwidh ialah menyerahkan kaifiat atau bagaimana Allah bersemayam kepadaNya. Golongan ini dari aliran yang dipelopori oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Kita sebut saja selepas ini dengan salafi.

Penulis yang serba kekurangan ini berkata:

Apabila saudara Zain berkata: " Terdapat dua golongan yang menggunakan pendekatan tafwidh. Kedua-duanya dikatakan sebagai aliran salaf:"

Artinya, tafwidh hanya dikatakan oleh sebagai aliran salaf. memang pendekatan tafwidh digunakan secara meluas dalam kalangan salafus soleh, tetapi ada juga dari kalangan salafus soleh yang mentakwil ayat-ayat mutasyabihat.

Walaupun pendekatan takwil digunakan secara meluas oleh golongan ulama' khalaf, tetapi ada juga dari kalangan mereka yang masih berpegang dengan manhaj tafwidh. Bahkan, sebagian besar daripada mereka menggunakan manhaj ta'wil sebagai suatu metodologi dalam memberi penjelasan kepada orang-orang awam yang tidak memahami konsep ilmu Bahasa Arab dengan baik, untuk mengelakkan salah faham, tajsim, dan fitnah, dengan takwilan yang sesuai dengan kaedah Bahasa Arab itu sendiri, namun dalam waktu yang sama, tetap menggunakan manhaj tafwidh dalam aqidah mereka, dengan menyerahkan makna sebenarnya perkataan-perkataan tersebut kepada Allah s.w.t.. 

Di sini, pada konsep tafwidh, golongan salafus soleh dan para ulama' khalaf dari kelompok Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah berada dalam satu landasan. Golongan salafus Soleh dan Al-Asya'irah serta Al-Maturidiyah (para ulama' khalaf) memahami manhaj tafwidh dengan maksud: menyerahkan makna perkataan mutasyabihat tersebut kepada Allah s.w.t. tanpa memahami perkataan tersebut dengan maknanya dari sudut bahasa.

Inilah golongan pertama dalam memahami apa itu tafwidh. Saudara Zain tidak membuat suatu pengklasifikasian yang sempurna karena hanya sekedar berkata "Golongan pertama (Asya'irah)…". Sebenarnya, bukan Al-Asya'irah saja yang memahami tafwidh dengan makna, menyerahkan makna perkataan mutasyabihat kepada Allah s.w.t., tetapi para salafus soleh juga memahami tafwidh dengan makna tersebut, seperti yang dijelaskan sendiri oleh Dr. Al-Qaradhawi dan seperti contoh-contoh yang diberikan sebelumnya.

Adapun golongan kedua, menurut saudara Zain: Golongan kedua (Salafi): Tafwidh ialah menyerahkan kaifiat atau bagaimana Allah bersemayam kepadaNya. Golongan ini dari aliran yang dipelopori oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Kita sebut saja selepas ini dengan salafi.

Jelaslah bahwasanya, Sheikh Ibn Taimiyahlah yang mempelopori tafwidh denga maksud: menyerahkan kaifiat suatu perkataan tersebut kepada Allah s.w.t., bukan salafus soleh yang mempeloporinya. Jadi, ini ialah salafi versi kedua yang berbeda dari salafus soleh.

Maksudnya, menurut Ibn Taimiyah, semua perkataan mutasyabihat (seperti yadd, istiwa' dan sebagainya) diketahui maknanya, iaitu, memahaminya dengan maknanya dari sudut bahasa, tetapi yang tidak dketahui hanyalah keadaan perkataan tersebut. Contohnya, mereka menyatakan maksud yadd Allah itu ialah tangan Allah seperti maknanya dari sudut bahasa, tetapi keadaan tangan Allah s.w.t. tersebut tidak diketahui.

Tafwidh jenis kedua ini (tafwidh kaifiyat semata) merupakan suatu tafwidh baru yang tidak pernah dikenal oleh salafus soleh, bahkan, menurut saudara Zain sendiri, Sheikh Ibn Taimiyahlah yang mempeloporinya. Hal ini memang benar, karena para salafus soleh tidak pernah memahami perkataan-perkataan mutasyabihat dengan maknanya dari sudut bahasa.

Seterusnya, saudara Zain menyebutkan:

Golongan ini menetapkan sifat sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran. Mereka tidak mentakwilnya serta tidak tafwidh maknanya. Yang mereka tafwidh ialah kaifiatnya. Itu tidak sama dengan makhluk.

Penulis mengulas:

Perkataan beliau: "Mereka tidak mentakwilnya serta tidak tafwidh maknanya. Yang mereka tafwidh ialah kaifiatnya." ini menunjukkan bahwasanya, golongan yang mengikut femahaman Ibn Taimiyah ini (yang disebut sebagai salafi oleh saudara Zain), tidak tafwidh makna perkataan-perkataan mutasyabihat seperti istiwa', yadd dan sebagainya, seperti salafus soleh, tetapi sebaliknya hanya sekadar menyerahkan (tafwidh) kaifiyat makna tersebut kepada Allah s.w.t..

Kita dapat memahami, mengapa Sheikh Ibn Taimiyah memahami bahwasanya, tafwidh ialah menyerahkan kaifiyat perkara-perkara mutasyabihat tersebut kepada Allah s.w.t.. Ini karena, bagi beliau[Taemiyah], bahwa Allah s.w.t. tersebut memiliki keadaan (kaifiyat). Ingatlah bahwasanya, sesuatu yang mempunyai kaifiyat berarti, ia mempunyai bentuk dan rupa, walaupun rupanya tidak seperti makhluk. Jadi, asal femahaman Sheikh Ibn Taimiyah, setelah menetapkan (isbat) makna dhahir bagi perkataan-perkataan mutasyabihat ini, ialah, memahami bahwasanya, bagi Allah s.w.t. itu, memiliki rupa dan kaifiyatNya, walaupun rupa dan kaifiyatNya tidak sama seperti kita.

Di sinilah puncal kekeliruan utama golongan yang menyerahkan kaifiyat kepada Allah s.w.t. karena mereka menetapkan bagi Allah s.w.t. itu, adanya kaifiyat (keadaan atau rupa), walaupun dakwaan mereka bahwa rupa dan kaifiyat Allah s.w.t. itu tidak seperti kaifiyat dan rupa makhluk. Begitulah yang dinukilkan oleh saudara Zain sendiri yang berkata: " Ia tidak sama dengan makhluk." Ia dalam perkataan beliau itu merujuk kepada kaifiyat. Maknanya, kaifiyat Allah s.w.t. tidak sama dengan makhluk.

Para ahlul-haq dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah menolak femahaman Sheikh Ibn Taimiyah bukan karena Ibn Taimiyah menyamakan kaifiyat (keadaan atau rupa zat) Allah s.w.t. dengan kaifiyat makhluk, tetapi karena femahaman Sheikh Ibn Taimiyah telah menetapkan bagi Allah s.w.t. itu adanya kaifiyat (keadaan dan bentuk), walaupun kita tidak mengetahuinya, padahal, para ahlus sunnah wal jamaah selalu menolak kaifiyat bagi Allah s.w.t., karana zat Allah s.w.t. tidak ada bentuk, tidak beranggota, tidak berjisim, dan tiada kaifiyat sama sekali. Di sinila para pengikut feMahaman Sheikh Ibn Taimiyah gagal memahaminya.

Sheikh Ibn Jauzi berkata dengan jelas: "Adapun kaifiyat bagiNya (Allah s.w.t.) ITU merupakan suatu kemustahilan…" (Al-Mudhish: 131).

Jadi, kaifiyat itu sendiri mustahil bagi Allah s.w.t., bagaimana BISA menyerahkan ilmu pengetahuan tentang kaifiyat itu kepada Allah s.w.t., sedangkan Allah s.w.t. tidak mempunyai kaifiyat  apapun (keadaan dan rupa paras bagi zatNya). Di sinilah puncak salah faham golongan yang mengikut femahaman Sheikh Ibn Taimiyah dalam masalah ini, sehingga membawa  pertentangan dengan majoritas muslimin dari kelompok ahlus sunnah wal jamaah.

Seterusnya, saudara Zain  berkata lagi:

Mereka memberi makna bersemayam itu dengan maksud dhahirnya, iaitu bersemayam.

Golongan Asya'irah mempersoalkan, jika tidak mentakwil dan tidak tafwidh, ini berarti kita beriktikad bahwa Allah Taala itu bersemayam di atas Arasy. Jika begitu maka kita telah menjisimkan Allah Taala. Kita mengatakan Allah Taala menempati di suatu tempat.

Penulis berkata pula:

Sedangkan, para salafus soleh sekalipun tidak pernah memahami itsiwa' dengan maknanya yang dhahir, iaitu bersemayam karena bersemayam dengan makna dhahir membawa faham bahwasanya, Allah s.w.t. itu bertempat, iaitu di atas Arasy, sedangkan Allah s.w.t. tidak bertempat.

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333). Jadi, menurut Saidina Ali k.r.w.j. sendiri, istiwa' itu tidak pernah difahami dengan makna dhahirnya, sehingga membawa maksud, Arasy itu suatu tempat duduk bersemayam Allah s.w.t..

Bahkan, Imam Ibn Jauzi berkata dalam buku beliau Al-Fatawa Al-Hindiyah: "Seseorang itu bisa jatuh pada hukum kafir jika menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t..." (2/259)
Imam Al-Kabir Sheikh Abdul Qohir bin Tohir At-Tamimi berkata: "Telah sepakat (ulama' ahlus sunnah wal jamaah), bahawasnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat dan tidak takluk dalam ruang waktu" (Al-Firaq baina Al-Firaq: 333).

Justeru, memahami istiwa' dengan makna yang dhahir bisa membawa kepada menetapkan tempat bagi Allah s.w.t.,yang merupakan suatu perkara yang tidak diterima oleh para ulama' salaf mahupun khalaf dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah.

Bahkan, tidak ada seorang pun yang mewajibkan umat Islam, mempercayai istiwa' dengan makna dhahirnya karena dalm Al-Qur'an sendiri ada hakiki dan ada majazi, yang mana istiwa' itu sendiri secara jelas merupakan suatu yang majazi (kiasan) karena dhahirnya membawa kepada menetapkan tempat bagi Allah s.w.t. sedangkan Allah s.w.t. tidak bertempat karena Dia wujud sebelum tempat diciptakan menurut hadis sahih.

Kalau orang-orang mutasallif (salafi versi pengikut Sheikh Ibn Taimiyah) mendakwa, mereka memahami istiwa' dengan makna dhahirnya tanpa memahami isitiwa' itu Allah bertempat, maka itu bukanlah memahami perkataan istiwa' dengan makna dhahirnya.

Contohnya: Kamal berkata kepada Roslan dan Farid: "Bapa saya seorang 'singa..."

Kemudian, Roslan berkata: "Saya memahami ucapan Kamal, dengan maknanya dari sudut dhahir". Farid berkata: "Kalau begitu, kamu memahami bahwasanya Kamal mengatakan bahwa, bapanya seekor binatang karena makna dhahir bagi 'singa" ialah binatang."

Roslan lalu menjawab: "Tidak. Walaupun saya memahami 'singa' itu dengan makna dhahir, tetapi saya tidak menganggap Kamal bermaksud mengatakan bahwasanya bapanya (kamal) seekor binatang".

Tidak masuk akal, seseorang berkata, dia memahami sesuatu perkataan dengan makna dhahirnya, kemudian menafikan maksud yang terkandung dalam "dhahir" tersebut.

Kalau seseorang berkata: "Allah s.w.t. itu bersemayam dengan makna dhahir" berarti telah menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t., karena bersemayam dari sudut dhahir membawa maksud, duduk di suatu tempat. Kalau dia menafikan tempat, maka secara tidak langsung dia telah menafikan makna dhahir bagi "bersemayam" itu sendiri.

Sekarang, dalam masalah istiwa', hanya ada tiga pilihan untuk memahaminya:


  • Pertama: Istiwa' itu suatu majaz (kiasan) dan yang dimaksudkan bukanlah makna dhahir, tetapi suatu makna lain, yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. (tafwidh makna). Hal ini menafikan tempat bagi Allah s.w.t..
  • Kedua: Istiwa' itu suatu yang hakiki dan yang dimaksudkan ialah makna dhahirnya, bukan suatu makna yang lain. Hal ini menetapkan tempat bagi Allah s.w.t. karena istiwa' dari sudut bahasa ialah bersemayam di suatu tempat, jadi tidak akan difahami bersemayam dengan makna yang dhahir melainkan jika menetapkan tempat bagi persemayam tersebut.
  • Ketiga: Istiwa' tidak mempunyai maksud apapun. Ia tidak mempunyai makna apapun. Ini dinamakan ta'thil dan ini suatu femahaman yang batil.


Jadi, femahaman pertama menetapkan istiwa' dengan makna yang layak pada Allah s.w.t. tanpa menisbahkan tempat kepada Allah s.w.t. sedangkan faham kedua menetapkan istiwa' dengan makna yang tidak sesuai dengan Allah s.w.t. karena menisbahkan tempat kepadaNya. Faham yang ketiga lebih tertolak karana menafikan secara langsung perkataan yang diucapkan oleh Allah s.w.t. seolah-olah Allah sw.t. berfirman dengan suatu perkataan yang sia-sia tanpa makna.
femahaman yang pertama inilah yang menjadi frmahaman salafus soleh dan para ulama' khalaf dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah dan itu merupakan femahaman yang sahih dan mewakili femahaman majoritas umat Islam dari dahulu hingga hari ini (sawadul 'azhom).

Saudara Zain  menjawab:

Golongan salafi menjawab: Bersemayam di atas Arasy adalah sifat. Dalam ayat di atas, Allah Taala telah meyifatkan diriNya dengan bersemayam di atas Arasy. Kewajipan kita sebagai mukmin adalah menetapkan sifatNya dengan apa yang telah Dia sifatkan sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya berarti kita telah mengurangkan satu sifat dari sifat-sifat Allah.

Penulis yang jahil ini berkata:

Banyak perkataan-perkataan saudara Zain dalam pernyataan di atas mengandung kerapuhan
Di Antaranya, beliau berkata: " Bersemayam di atas Arasy adalah sifat" Beliau menisbahkan jawaban tersebut kepada salafi. artinya, penulis perlu menjawab pernyataan tersebut kepada salafi. Kalau dia rasa dirinya tidak termasuk daripada salafi yang disebutkan, maka dia selamat daripada sasaran jawaban penulis, dan jika dia merasakan dirinya termasuk dalam golongan salafi yang dimaksud, maka dia juga akan menjadi sasaran jawaban penulis terhadap penyataan ini.Barang Siapa yang makan cabe, maka dia yang merasa pedasnya.

Kerapuhan dalam pernyataan di atas ialah, dia (atau golongan salafi) menyatakan, bersemayam itu satu sifat. Bersemayam secara bahasa sendiri bukanlah suatu sifat, tetapi suatu perbuatan. Nah, di sinilah kerapuhan saudara Zain ketika menggunakan contoh istiwa'   dari awal, untuk berhujah dalam membela femahaman "isbat makna dhahir". Istiwa' jika mau difahami dengan maknanya secara bahasa dengan arti: bersemayam atau duduk, maka duduk atau bersemayam itu bukanlah satu sifat, tetapi satu perbuatan! Inilah satu nota penting yang gagal difahami oleh saudara Zain ataupun salafi (menurut saudara Zain).

Seorang raja, apabila dikatakan sedang bersemayam di atas singgasana, maka, takkala ditanya mengenai sifat raja itu kepada para menteri, para menteri tidak akan menjawab: "di antara sifat raja itu ialah bersemayam di atas singgasana." Itu bukan sifat, tetapi perbuatan.

Jadi, istiwa' (bersemayam) bukanlah sifat tetapi perbuatan, maka fahamilah.

Perkataan kedua beliau yang perlu di cermati: “Dalam ayat di atas, Allah Taala telah meyifatkan diriNya dengan bersemayam di atas Arasy.”

Di dalam ayat istiwa', Allah s.w.t. Tidak pernah menyifatkan diriNya dengan bersemayam karena, pertama, istiwa'itu bukan sifat tetapi perbuatan. Para ahlus sunnah wal jamaah berkata perbuatan Allah s.w.t. hanya terhadap makhluk karena Allah s.w.t. tidak melakukan perbuatan kepada zatNya, kerana zatNya itu qodim dan tidak bergerak, berpindah dan mengambil ruang.

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Siapa yang beranggapan bahwa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)

Jadi, perbuatan itu sifatnya baru, sedangkan zat Allah s.w.t. itu bersifat qadim, tidak bergerak-gerak, tidak berpindah dari tempat ke tempat karena tidak bertempat, tiada bentuk dan rupa. Jadi, istiwa' yang merupakan sebagai perbuatan ini, maf'ulnya (sasaran perbuatan) tersebut bukanlah zatNya, tetapi makhluk, atau itu hanya sekedar kiasan.

Jadi, kalau maf'ulnya ialah makhluk, maka istiwa' di situ bukanlah bermakna duduk atau bersemayam tetapi menguasai sesuatu. Oleh karena itu, Allah s.w.t. sentiasa mengiringi perkataan istiwa' dengan perkataan mentadbir alam ini. Jadi, kaedah Al-Qur'an itu, sentiasa memerhatikan sibaq (petunjuk ayat sebelumnya) dan siyaq (petunjuk dan femahaman ayat setelahnya) untuk mendapatkan makna yang jelas.

Lihat sendiri ayat yang dinukilkan oleh saudara Zain :

"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia istiwa' (diterjemahkan dengan bersemayam) di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."

Kalau memahami istiwa' dalam ayat ini dengan makna duduk dan bersemayam dengan zat Allah, maka, ia memberi pengertian, pada asalnya Allah s.w.t. tidak duduk bersemayam di atas Arasy, kemudian, setelah menciptakan langit, bumi dan meninggikan langit tanpa tiang, Dia pergi ke Arasy lalu duduk bersemayam di atasnya. Ini membawa kepada femahaman, bahawasanya zat Allah s.w.t. itu bertempat, bergerak, berjisim dan sebagainya yang jelas tercela menurut ahlus sunnah wal jamaah hatta dari kalangan salafus soleh.

Imam Ja’far As-Sodiq r.a. berkata: “siapa yang mengatakan bahwa Allah s.w.t. berada pada tempat, atau berada pada sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telah syirik...” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)

Jadi, femahaman semacam ini suatu femahaman yang salah, walaupun mencoba ditegakan atas nama kebenaran.

Lihatlah petunjuk sebelum dan setelah kalimat istiwa' dalam ayat berikut:

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat...” dan “...dan menundukkan matahari dan bulan.” Jadi, ia tidak menceritakan tentang zat Allah s.w.t., tetapi menceritakan tentang perbuatan-perbuatan Allah s.w.t. kepada makhluk Jadi, istiwa' tidak bisa difahami sebagai perbuatan Allah s.w.t. kepada diriNya, berdasarkan petunjuk-petunjuk ayat tersebut.

Maka, istiwa' bisa difahami dengan makna: At-Tamam atau, kesempurnaan mutlak. Maksudnya, istiwa' yang membawa maksud sempurna atau menyempurnakan ini, kembali kepada perbuatan-perbuatan Allah s.w.t. yang lain seperti mentadbirkan alam ini. Jadi, maksudnya, Allah s.w.t. mentadbir alam ini dengan sempurna. Ini juga makna dhahir bagi ayat ini, tetapi dalam bentuk susunan yang lebih tepat, di banding dengan memahami istiwa' dengan makna bersemayam atau duduk yang kembali perbuatan tersebut kepada zat Allah s.w.t. yang qadim.

Jalan kedua, seperti jalan sebagian ulama' khalaf yang mentakwilkan istiwa' dengan makna menguasai, sesuai dengan kaedah Bahasa Arab itu sendiri, dan ini tidak ada maksud ta'thil sama sekali.

Seterusnya saudara Zain berkata: “Kewajiban kita sebagai mukmin adalah menetapkan sifatNya dengan apa yang telah Dia sifatkan sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran.”

Benar, menjadi kewajiban setiap muslim untuk menetapkan sifat-sifat Allah s.w.t. sebagaimana yang termaktub dalam Al-Qur'an, tetapi siapa juga yang mewajibkan kita memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna dhahirnya, dan menafikan baginya atas adanya makna yang lebih sesuai selain makna dhahirnya?

Siapa juga yang mewajibkan kita menetapkan makna dhahir seluruh perkataan-perkataan yang mana, makna dhahirnya tidak sesuai dengan Allah s.w.t.? Bukankah Al-Qur'an dan Hadis mempunyai kiasan juga?

Kalau saudara Zain mau menerima makna dhahir setiap perkataan yang dinisbahkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya, tanpa mengambil pertimbangan apakah makna dhahirnya itu sesuai ataupun tidak, tanpa menerima konsep kiasan dalam Bahasa Arab, maka, dia juga mesti beriman bahwasanya Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat “sakit” dan “lapar”...

Hadis Qudsi: Allah s.w.t. berfirman: “Wahai HambaKu. Aku lapar, mengapa kau tidak memberi makan kepadaKu?”(hadis riwayat Muslim)

Kalau hamba yang diceritakan di dalam hadis tersebut mempunyai femahaman yang sama dengan emfahaman yang dinisbahkan oleh saudara Zain kepada salafi (versi modern), maka sudah tentu hamba tersebut akan menerima bulat-bulat sifat yang disifatkan oleh Allah s.w.t. dengan makna dhahirnya (sifat sakit tersebut), walaupun itu tidak layak bagi Allah. Tetapi, karena aqidah dan femahaman hamba di dalam hadis tersebut, sama seperti femahaman majoritas ahlus sunnah wal jamaah, maka dia meminta ta'wil bagi sifat lapar tersebut, kerana sifat lapar, secara akal, tidak layak bagi Allah s.w.t.. Setelah itu, Allah s.w.t. sendiri mengajarkan ta'wilnya kepada hamba tersebut.

Artinya, tidak semua yang dinisbahkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya, merupakan sifatNya, karena Bahasa Arab yang menjadi Bahasa Wahyu tidak terlepas daripada konsep kiasan dan kadang-kala makna dhahirnya bukanlah yang dimaksudkan, maka fahamilah.

Seterusnya, saudara Zain berkata: "Jika kita tidak melakukan hal itu berarti kita telah mengurangisatu sifat dari sifat-sifat Allah." yakni, jika kita tidak memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna dhahirnya, itu artinya kita telah mengurangi satu sifat dari sifat-sifat Allah s.w.t., demikian menurut beliau (dinisbahkan kepada salafi).

Penulis yang faqir mengulas: Siapa juga yang mewajibkan kita mengikut makna dhahir setiap nas-nas yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t., walaupun itu nas-nas mutasyabihat, sebagai sifat-sifat Allah s.w.t.? Mana dalil dari Al-Qur'an atau As-Sunnah, bahwasanya, setiap nas-nas yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. mesti difahami dengan makna dhahirnya, padahal alam Al-Qur'an sendiri menjelaskan, untuk nas-nas mutasyabihat, ada takwilnya, jadi tidak perlu difahami dengan makna dhahirnya, karena sesuatu nas yang ada takwilnya berarti tidak perlu memahaminya secara dhahir, karena yag dimaksudkan ialah makna takwilnya, bukan makna dhahirnya?!

Jesteru, dengan bersikap jumud dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, dengan menerima secara bulat-bulat seluruh makna dhahir nas-nas mutasyabihat, walaupun dalam kaedah Bahasa Arab itu sendiri ada konsep kiasan dan takwil, maka ini adalah suatu sikap yang melampaui dalam memahami nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah, bahkan bisa jadi  menisbahkan sifat kekurangan kepada Allah s.w.t..

Lihatlah, golongan muktazilah juga terjerumus dalam hal ini, takkala mencoba menisbahkan  "perbuatan" mutlak kepada manusia, karena mau menerima secara bulat firman-firman Allah s.w.t. tentang perbuatan manusia yang bebas dari taqdirNya di samping balasan yang mereka terima atas setiap perbuatan mereka, sehingga menolak pengaruh kekuasaan taqdir Allah s.w.t. terhadap perbuatan manusia secara mutlak, karena ingin menyucikan Allah s.w.t. daripada kezaliman, menurut pandangan mereka.

Golongan jabbariah juga menafikan adanya kasb (usaha) bagi manusia sehingga menyatakan bahwasanya, manusia hidup sia-sia, seperti robot. Ini juga suatu sikap melampaui dalam memahami nas-nas berkaitan dengan ketuhanan.

Di antara duanya, golongan ahlus sunnah yang meletakkan konsep kasb (usaha) jika dinisbahkan kepada makhluk, dan perbuatan mutlak kepada Allah s.w.t., bahkan kasb makhluk juga tidak terlepas dari kuasa dan perbuatan Allah s.w.t.. Inilah jalan pertengahan antara dua ektrimisme dalam bertinteraksi dengan ayat-ayat khabariah (yang menceritakan tentag sifat-sifat ketuhanan dan apa yang dinisbahkan kepadaNya).

Golongan ahlus sunnah wal jamaah yang merupakan golongan yang najiin (yang selamat daripada kesesatan) sentiasa berada di tengah-tengah, antara dua ektrimisme dalam memahami nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah berkaitan dengan sifat-sifat ketuhanan.

Seterusnya, saudara Zain berkata:

Tafwidh dengan menyerahkan maknanya kepada Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Asya'irah itu berarti tidak menyifati Allah Taala seBAGAIMANA Dia telah menyifatkan diriNya di dalam al-Quran. Dengan kata yg lebih mudah, mengurangi salah satu sifatnya.

Penulis berkata:

Tafwidh makna bukan berarti menolak apa yang disifatkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya, tetapi mengatakan bahawasanya yang tahu makna suatu perkataan yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. hanyalah Allah s.w.t., dan bukan menolak perkatan  sifat tersebut kepadaNya.

Contohnya, seperti yadd (dalam Bahasa Melayu dari sudut bahasa ialah tangan) yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t., golongan salafus soleh dan Al-Asya'irah yang mentafwidhkan makna,mereka menyerahkan makna yadd hanya kepada Allah s.w.t. tanpa menafikan yadd itu dinisbahkan kepada Allah s.w.t.,dan tanpa memahaminya dengan makna dhahirnya, (tangan, satu anggota dari suatu zat, yang berjuz-juz lagi berjisim) karena makna dhahirnya membawa kepada makna tajsim yang tidak layak bagi Allah s.w.t..

Pertanyaan balik penulis kepada salafi modern: di mana dalil mereka, yang mengatakan nahwa yadd itu mesti difahami dengan makna dhahirnya (suatu anggota bagi jasad atau zat, yang membawa faham kejisiman) sedangkan dalam kaedah Bahasa Arab sendiri, ada konsep kiasan dan dalam Al-Qur'an sendiri menjelaskan bahawasanya, nas-nas mutasyabihat ada takwilannya (makna lain selain daripada makna dhahirnya)?

Saudara Zain berkata lagi:

Mentakwilnya juga berarti telah memalingkan maksud sebenarnya dari apa yang dikehendaki oleh Allah. 

Penulis berkata:

Tiada seorang pun dari kalangan ahli Bahasa Arab mengatakan,bahwa takwil berarti ta'thil (menolak sesuatu perkataan yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t.) secara mutlak, apatah lagi tafwidh. Bahkan, tidak ada dalil yang menunjukkan bahwasanya, yadd contohnya, merupakan anggota (sifat angggota menurut salafi modern) bagi zat Allah s.w.t. sehingga memaksa golongan yang berakal, perlu memahaminya dengan makna dhahirnya yang menisbahkan "keanggotaan" (tajsim) kepada Allah s.w.t..

Bahkan, dari mana saudara Zain ini meyakini bahwasanya makna dhahir suatu perkataan itu yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. sedangkan dalam kaedah Bahasa Arab, tidak terlepas juga dari konsep takwil dan kiasan?

Kalau semua nas-nas mesti difahami dengan makna dhahirnya, supaya tidak menyimpang dari yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah s.w.t., maka bagaimana dengan sessuatu yang termuat di dalam hadis-hadis ini, adakah makna dhahirnya itu adalah suatu yang benar benar dimaksudkan oleh Allah s.w.t.?

Hadis Qudsi: Allah s.w.t. berfirman: "...Jika Aku mencintainya (seseorang hamba itu), maka Aku (Allah) jadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku jadi penglihatannya yang dia melihat dengannya, Aku jadi tangannya yang dia meraba-raba dengannya dan Aku jadi kakinya yang dia melangkah dengannya..." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Hadis Qudsi: Allah s.w.t. berfirman: “Wahai HambaKu. Aku lapar, mengapa anda tidak memberi makan kepadaKu?”(hadis riwayat Muslim)

Kalau dalam hadis Sahih Al-Bukhari tadi, makna dhahirnya, Allah s.w.t. adalah mennyatu dan bersatu dengan makhluk (hulul dan ittihad), sehingga menjadi tangan, kaki, pendengaran dan penglihatan hamba tersebut. Adakah makna zahir ini yang memang dimaksudkan oleh Allah s.w.t.?

Penulis heran rata-rata golongan yang mengaku salafi (modern) menolak femahaman hulul dan ittihad yang dinisbahkan kepada sebagian kecil dari golongan sufi (menurut femahaman mereka), tetapi pada waktu yang sama, sikap tidak takwil,dan menolak tafwidh makna dan sebagainya yang mereka amalkan sendiri, telah membawa kepada femahaman sufi tersebut, khususnya jika berinteraksi dengan hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari ini. Mereka menolak hulul dan ittihad tetapi pada saat yang sama menerimanya? aneh tapi nyata.......

Kalau dalam hadis qudsi riwayat Imam Muslim, makna dhahirnya akan menyebabkan adanya  menisbahkan sifat sakit kepada Allah s.w.t.. Apakah makna dhahirnya itu yang di maksud oleh Allah s.w.t.? Tidak, di akhir hadis ini sendiri, Allah s.w.t. sendiri yang mentakwil lapar dengan makna kebersamaanNya dengan orang yang lapar, bukan Dia sendiri yang lapar. Jadi, Allah s.w.t. sendiri menjelaskan bahwa, tidak semua nas-nas khususnya mutasyabihat, perlu difahami dengan makna dhahirnya, dan walaupun tafwidh makna ialah   manhaj yang paling utama dan tepat.

Seterusnya, saudara Zain mencoba menguraikan masalah tajsim dengan berkata:

Masalah menjisimkan Allah Taala bila kita tidak mentakwilnya atau bila kita mengatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy ,itu tidak benar sama sekali.

Karena: Bukankah Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah saja yang tahu. Kita tafwidh caranya kepada Allah. Hanya dia yang tahu. Pokoknya tidak sama dengan makhluk. Tidak boleh difikirkan dan tidak boleh dibayangkan oleh manusia.

Penulis menjawab:

Perkataan saudara Zain: "Masalah menjisimkan Allah Taala bila kita tidak mentakwil atau bila kita mengatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy,maka itu tidak ada sama sekali…" ini keliru.

Apabila seseorang memahami itsiwa' dengan makna dhahirnya iaitu bersemayam, maka makna bersemayam itu ialah duduk di atas sesuatu. Ini secara tidak langsung menisbahkan tempat kepada Allah s.w.t., karena bersemayam itu sendiri sinonim (mempunyai kelaziman) dengan "bertempat". Itulah makna dhahirnya.

Bagaimana seseorang bisa mengatakan bahwasanya, 2 bukanlah angka yang genap, sedangkan genap itu memang merupakan intipati (kelaziman) daripada makna dua itu sendiri.

Bersemayam itu sendiri, membawa makna bertempat. Sesuatu yang bertempat ialah sesuatu yang berjisim. Jadi, kalau sudah memahami istiwa' dengan makna dhahirnya sebagai bersemayam, maka paling tidak, ia sudah menisbahkan jisim dan tempat kepada Allah sw.t., karena tanpa jisim dan tempat, maka makna istiwa' tidak bisa difahami dengan makna dhahirnya sebagai bersemayam.

Orang-orang Kristin juga menyatakan aqidah mereka bahwasanya Jesus ialah anak tuhan itu tidak mengurangi dan tidak membawa meniadakan keesaan Tuhan, karena keduanya Jesus dan tuhan sebenarnya satu. pernyataan mereka adalah kebatilan dan kesesatan! Seseorang yang menyatakan Jesus anak tuhan pasti telah melazimkan perbedaan antara Tuhan dengan Jesus dan menafikan kesatuan antara Tuhan dengan Jesus itu sendiri, karena seseorang tidak akan menjadi anak untuk dirinya sendiri! Inilah hujah berbentuk pendekatan akal.

Nah, begitu juga, apabila seseorang menyataakan, Allah bersemayam, Allah mempunyai tangan, dengan makna dhahirnya, ini pasti melazimkan seseorang menjisimkan Allah karena makna dhahir bagi tangan itu sendiri ialah suatu anggota jisim, dan bersemayamnya Allah s.w.t. dengan makna dhahirnya, membawa kpada menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t. karena bersemayam itu kelazimannya ialah tempat.

Jadi, seseorang yang menyatakan, kami percaya tangan Allah s.w.t. dengan makna dhahirnya (tangan), tetapi Allah tidak berjisim, ini merupakan dua perkataan yang saling bertentangan (itjima' dhiddhain) karena makna dhahir bagi tangan itu sendiri ialah satu anggota daripada suatu jisim. Berkumpul dua yang bertentangan itu suatu kebatilan seperti kita katakan bolpoin itu hitam tetapi tidak hitam!

Seterusnya,perkataan saudara Zain lagi: "Bila tidak sama dengan makhluk maka dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk." Di sinilah kekeliruan paling besar bagi golongan yang berfaham Sheikh Ibn Taimiyah dalam masalah ini.

Golongan Al-Asya'irah dan Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak menolak femahaman Sheikh Ibn Taimiyah hanya karena Sheikh Ibn Taimiyah menyamakan cara bersemayam Allah s.w.t. dengan cara makhluk bersemayam, tetapi Ahlus Sunnah wal Jamaah menolak femahaman Sheikh Ibn Taimiyah yang memahami istiwa' dengan makna bersemayam (makna dhahirnya), karena bersemayam itu sendiri secara dhahirnya membawa makna bahwa Allah s.w.t. itu berjisim dan bertempat, bukan karena jisim Allah sama dengan makhluk. tetapi Yang diingkari ialah Allah s.w.t. itu berjisim (tajsim), bukan sekedar mengingkari jisim Allah s.w.t. itu sama dengan makhluk (tamsil). Ingat, banyak golongan mutasallif sentiasa menulis dalam menceritakan tentang sifat ketuhanan dengan berkata: "...tanpa tamsil (menyerupakan zat Allah dengan zat makhluk)" tetapi hampir tidak ditemui dari perkataan mereka yang berkata: "tanpa tajsim (menjisimkan zat Allah)" karena dalam femahaman kebanyakan daripada mereka, tajsim itu tidak salah jika dinisbahkan kepada Allah s.w.t., dan yang penting, jisim Allah itu tidak sama dengan jisim makhluk.

Sedangkan, majoritas ummah, dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah menolak tajsim itu sendiri, karena tajsim itu sendiri adalah tasybih (menyerupakan Allah s.w.t.) karana menisbahkan sifat Allah dengan "mengambil ruang dan tempat" ( suatu yang berjisim itu kelazimannya bertempat) sedangkan zat Allah s.w.t. tidak bertempat, tidak berbentuk, tdak berjisim karena Dialah yang menciptakan tempat dan segala-galanya.

Femahaman tajsim itu ditolak karena menisbahkan kekurangan kepada Allah s.w.t. sedangkan Allah s.w.t. itu Maha Sempurna, seperti menisbahkan sakit kepada Allah s.w.t., sedangkan Allah s.w.t. itu Maha Suci daripada sifat sakit.

Lihatlah selanjutya dari perkataan saudara Zain: Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah saja yang tahu…" . Ini berarti, saudara Zain telah menisbahkan bagi Allah s.w.t. memiliki kaifiatNya (bagaimana keadaan dan bentuk zatNya), sedangkan ulama' ahlus sunnah wal jamaah menolak kaifiyat itu sendiri dinisbahkan kepada Allah s.w.t., karena kaifiyat itu maksudnya memilki bentuk, rupa dan keadaan bagi sesuatu zat sedangkan zat Allah s.w.t. yang pada hakikatnya tidak mempunyai rupa, bentuk dan jisim karena Allah s.w.t. wujud tanpa mengambil ruang, sedangan sesuatu jisim yang berbentuk dan berkaifiyat ialah suatu yang mengambil ruang.

Ingat, orang-orang Kristian juga berkata: "Tuhan itu mempunyai anak tetapi bagaimana hal keadaan Dia mempunyai anak tidak sama dengan bagaimana manusia mempunyai anak". Orang-orang Islam menolak aqidah Kristian bukan karena sekedar mengingkari persamaan keadaan (kaifiyat) bagaimana Allah mempunyai anak dengan keadaan (kaifiyat) manusia mempunyai anak, tetapi mengingkari aqidah: "Allah s.w.t. mempunyai anak itu sendiri" karena mempunyai anak merupakan suatu sifat yang tidak layak bagi keesaan Allah s.w.t..

Begitu juga, ahlus sunnah wal jamaah tidaklah mengingkari femahaman tajsim tersebut hanya karena femahaman tajsim itu menyamakan kaifiyah jisim Allah dengan jisim makhluk, tetapi mereka ahlussunnah mengingkari konsep "Allah s.w.t. berjisim" itu sendiri karena, sesuatu yang berjisim berarti ia mengambil ruang dan tempat. Jika Allah s.w.t. bertempat, maka wujudnya tempat juga mesti qadim karena zat Allah s.w.t. itu qadim, sedangkan Allah s.w.t. saja yang Maha Esa dengan sifat keqadimanNya, dan tidak ada makhluk yang bersifat qadim, termasuk tempat yang merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t.. Hal ini dijelaskan sendiri dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari: Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu ada (sejak azali), yang mana tidak ada yang wujud selain daripadaNya berserta denganNya (wujud bersamaNya secara qadim, sejak azali)".

Jadi, golongan yang cuba memutar-mutar bahasa, mereka hanya mampu berkata, kita wajib mempercayai Allah s.w.t. itu mempunyai tangan dengan makna dhahirnya (iaitu suatu anggota daripada zat yang berjisim) tetapi tanganNya bukan seperti tangan kita (maksudnya, jisim Tuhan tidak seperti jisim kita). Ini suatu penyelewengan karena yang ditolak ialah kejisiman Allah s.w.t. itu sendiri!

Siapa yang mewajibkan mereka memahami nas-nas mutasyabihat dengan maknanya dari sudut bahasa, sedangkan Al-Qur'an sendiri mengandung kiasan?!

Hanya Sheikh Ibn Taimiyah yang memungawali femahaman: tafwidh cara[kaifiyat], bukan tafwidh makna, karena makna dhahir itulah makna yang sebenarnya di maksud oileh Allah s.w.t. sedangkan dalam nas-nas mutasyabihat tidak semestinya makna dhahir itu yang di maksud oleh Allah s.w.t., karena ia mempunyai ta'wil (makna lain menurut ilmu Allah s.w.t. itu sendiri)!

Lihatlah, bagaimana saudara Zain juga terjerumus dengan konsep tafwidh cara ini dengan berkata: Kita tafwidh caranya kepada Allah. Hanya dia yang tahu. Pokoknya tidak sama dengan makhluk." Penulis tidak faham, mana dalil mereka untuk menolak tafwidh makna dan mereka terlalu yakin bahwa, makna dhahir itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. sedangkan kaedah Bahasa Arab itu sendiri ada konsep kiasan?

Sekali lagi, lihatlah apa yang dikatakan oleh Saidina Ali k.r.w.j.. Saidina Ali k.r.w.j. berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)

Jadi, Arasy itu bukan tempat bagi Allah s.w.t.. Jadi, istiwa' itu tdaklah difahami oleh beliau dengan makna bersemayam yang merupakan makna dhahir, karena bersemayam itu memiliki arti bahwa Arasy itu tempat persemayaman bagi Allah s.w.t. yang bersemayam, padahal Saidina Ali k.r.w.j. menafikannya (maksud yang seperti itu).

Kalau seseorang mempercayai istiwa' dengan makna dhahirnya yang maksudnya duduk bersemayam, maka dia akan fahami bahwa Arasy itu tempat duduk bersemayamnya Allah s.w.t., walaupun tidak mengetahui keadaan Allah s.w.t. bersemayam itu, tetapi tetap memahami Arasy itu tempat bagi Allah s.w.t.! Inilah natijah daripada menjumudkan diri dengan memaksa nas-nas mutasyabihat, difahami dengan makna dhahirnya, dan mengangap tidak ada makna lain baginya, sedangkan kaedah Bahasa Arab sendiri membuka ruang kiasan dalam pertuturannya.

Kalau sudah memahami istiwa' itu dengan makna dhahirnya, dan Arasy sebagai tempat bersemayam Allah s.w.t., maka secara tidak langsung, telah menetapkan had (limit), ukuran dan batas bagi zat Allah s.w.t., padahal dengan menisbahkan batasan tersebut kepada Allah s.w.t., secara tidak langsung ia telah menyamakan Allah s.w.t. degan makhluk, karena hanya makhluk saja yang wujud dengan ukuran batas tertentu, seperti firmanNya: "Setiap sesuatu (dari kalangan makhlukNya) di sisiNya memiliki kadar ukurannya" (Ar-Ra'd: 8). Maka, ukuran, kadar, lebar dan bentuk merupakan sifat makhluk, bukan sifat Allah s.w.t. yang Maha Pencipta.

Imam Al-Hafiz Al-Baihaqi r.h.l. berkata: "Ketahuilah bahwasanya Istiwa' Allah itu, bukan berarti, diam setelah gerakan, atau menetap (istiqrar atau bersemayam) di atas sesuatu tempat, bukan menempat di sesuatu benda. Tetapi, Allah s.w.t. beristiwa' di atas Arasy, seperti yang dikhabarkan tanpa kaif/cara (kaifiyat/cara, kalau kaifiat itu tidak ada, maka bagaimana bisa emnyerahkan kaifiyat(cara) tersebut kepadaNya?), tanpa aina (tanpa tempat), datangnya Allah bukan dari tempat ke tempat, kedatanganNya tanpa pergerakan, turunNya bukan perpindahan, diriNya bukan berjisim, wajahNya bukan rupa bentuk, tanganNya bukan suatu anggota (yakni tidak boleh memahaminya dengan makna dhahirnya)…(buku Al-'Itiqod wal Hidayah: 72). Menurut Imam An-Nawawi: "Inilah sebenarnya aqidah Ahli Iman (yang sebenarnya) secara ijma' (sepakat)" (Syarh Sahih Muslim: 5/24).

Lihatlah, betapa para ulama' ahlus sunnah sejak zaman ke zaman, tidak memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna secara bahasa atau dengan makna dhahirnya, dan menyerahkan maknanya kepada Allah s.w.t. dan menafikan kaifiyat dari Allah s.w.t secara mutlak, bukan menyerahkan kaifiyat tersebut kepadaNya.

Seterusnya, saudara Zain mengatakan pula:

Bila kita teliti memang sebagai mukmin kita wajib menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Taala telah menetapkan sifatNya begitu, maka begitulah yang kita terima. Tanpa mengabaikannya dengan tafwidh maknanya. Atau tanpa menyelewengkan maknanya dengan mentakwilkannya.

Penulis menjawab:

Memang benar, kita wajib menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t., tetapi siapa yang berkata kita wajib memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna dhahirnya, sedangkan Al-Qur'an sendiri menjelaskan bahwa, bagi nas-nas mutasyabihat itu sendiri, adata'wilnya. Bahkan, dalam kaedah Bahasa Arab sendiri, ada konsep hakiki dan majazi, dan penggunaannya sangat meluas, bukan sesempit yang disangka oleh golongan yang menyangka tidak boleh tafwidh dan ta'wil.

Perkataan beliau: "...Tanpa mengabaikannya dengan tafwidh maknanya". Tafwidh makna bukan mengabaikan sifatNya, tetapi menyerahkan makna istilah-istilah yang dinisbahkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya, yang mana makna dhahirnya tidak layak bagi Allah s.w.t., menurut kaedah bahasa dan hukum akal. Contoh dari Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim tadi jelas menunjukkan, bukan semua yang dinisbahkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya merupakan sifatNya, seperti sifat sakit dalam sahih Muslim dan "Allah menjadi pendengaran hamba…" seperti dalam sahih Al-Bukhari.

Dalam Sahih Muslim tersebut, sewaktu hamba tadi mendengar Allah s.w.t. berfirman kepadanya berkaitan dengan sakit, dia bertanya: "Bagaimana Engkau sakit sehingga aku perlu menziarahiMu sedangkan Engkau Tuhan sekalian alam?". Di sini, hamba tersebut tidak mau memahaminya dengan makna dhahir dari perkataan sakit tersebut takkala dinisbahkan kepada Allah s.w.t., tanpa berkelakuan jumud untuk menerima secars bulat-bulat sifat sakit sebagai sifat Allah s.w.t. dengan alasan, konon mau menetapkan sifat yang Allah sifatkan, padahal dalam kaedah Bahasa Arab sendiri, ada konsep kiasan, yang tidak mewajibkan semua perkataan difahami dengan makna dhahirnya secara bulat!

Nah, si hamba dalam hadis tersebut bertanya kepada Allah s.w.t. akan makna perkataan sakit dan lapar tersebut takkala dinisbahkan kepada Allah s.w.t.. Inilah dia tafwidh makna iaitu, menyerahkan makna perkataan yang samar maknanya, karena makna dhahirnya tidak sesuai dengan Allah s.w.t., yang disebut dalam hadis sahih Muslim ini. Jadi, secara jelas, konsep tafwidh makna ada dalam hadis bahkan Al-Qur'an juga, takkala mengatakan bahwa, bagi nas-nas mutasyabihat (samar) ada takwilnya (makna lain selain dari makna dhahirnya).

Jadi, kaedah tafwidh makna itu sendiri ada sandarannya dari Al-Qur'an dan As-Sunnah, begitu juga dengan ta'wil yang sesuai dengan kaedah Bahasa Arab dan sesuai konsep aqidah Islam.

Siapa yang berkata tafwidh itu mengabaikan apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t? Mana dalilnya? Atau, apa yang berkata seperti itu yang sebenarnya tidak faham dengan kaedah Bahasa Arab itu sendiri?

Seterusnya, saudara Zain berkata:

Bila golongan Asya'irah mengatakan bahwa menetapkan sifat Allah dengan bersemayam di atas Arasy seperti yang termaktub di dalam al-Quran itu sebagai menjisimkan Allah Taala atau menganggap Allah seperti makhluk maka hujah mereka ini yang tdk bisa diterima sama sekali.

Penulis menjawab:

Bahkan anda juga tidak punya hujah bahwasanya kita wajib beriman dengan semua nas-nas mutasyabihat, dengan makna dhahirnya, karena Bahasa Arab tidak terlepas daripada konsep kiasan!

Sedangkan, golongan Al-Asya'irah (bahkan seluruh Ahlus sunnah wal jamaah sejak dari zaman salafus soleh) mempunyai hujah yang jelas, bahwasanya, dhahir makna nas-nas mutasyabihat, ada yang membawa kepada makna jisim, karena kaedah Bahasa Arabnya memang begitu. Kalau tidak mau menjisimkan Allah s.w.t., maka pilihannya ialah, menyerahkan maknanya secara mutlak kepada Allah s.w.t.. Inilah amalan salafus soleh!

Imam Abu Sulaiman Al-Khitobi r.a. berkata: “Mutasyabihat itu, cukup sekadar beriman mengenai sifat tersebut, dan cukuplah dengan mengetahui lafadl yang dhahir. Adapun makna yang sebenarnya (batinnya), diserahkan kepada Allah s.w.t. semata…” (Al-Asma’ wa As-Sifat: 454).

Maksudnya, cukuplah kita yakini bahwasanya, perkataan yang dinisbahkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya, suatu yang benar, tanpa mengabaikannya. Tetapi, makna perkataan tersebut, diserahkan kepada Allah s.w.t. semata.

Tetapi, golongan mutasallif ini memang handal bermain kata, berdasarkan pengalaman penulis yang hina ini, sewaktu berhadapan dengan mereka. Mereka akan bertanya, kenapa kamu (ahlus sunnah wal jamaah atau Al-Asya'irah) menetapkan sifat mendengar dengan makna dhahirnya tetapi menolak sifat tangan dengan makna dhahirnya?

Saudara Zain juga menggunakan perbandingan itu dengan berkata:

Karena bila Allah mengatakan bahwa Dia bersifat mendengar. Maka kita akan tetapkan bahawa Dia itu bersifat mendengar.Kita tidak mentakwilnya. Atau tafwidh maknanya.

Allah Taala bersifat mendengar. Kita juga bersifat mendengar. Ini kita akui semua. Dengan pernyataan ini, kita tidak mengatakan bahwa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu telah menjisimkan Allah. Atau telah menyerupakanNya dengan makhluk. Kerana sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar makhluk. Maha Suci Allah dari semua itu.

Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga bisa bersemayam. Namun sudah tentulah semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu.

Bila dikatakan berulang-ulang sifatNya tidak sama dengan makhluk, maka tidak dapat diterima samasekali klaim orang yang menuduh golongan salafi menjisimkan Allah.

Penulis berkata:

Perbandingan antara sifat mendengar senantiasa digunakan untuk menyamakannya dengan bersemayam, tangan Allah dan sebagainya.

Dalam masalah pernyataan adanya persamaan antara tangan Allah dengan sifat mendengar Allah s.w.t., ini telah kita jelaskan kekeliruannnya dalam note "Menolak kaidah sifat versi ibnu taemiyah 

Di sini, lebih khusus pada perbandingan bersemayam Allah s.w.t. dengan sifat Maha Mendengar Allah s.w.t..

Kalau seseorang yang mempunyai ilmu Bahasa Arab yang sederhana sekalipun, bisa faham akan adanya perbedaan besar antara bersemayam dengan sifat Maha Mendengar Allah s.w.t..

Hendaklah diketahui bahwasanya, makna dhahir utk perkataan "mendengar" tidak membawa makna kejisiman karena mendengar itu sendiri adalah suatu sifat, yang tidak ada bentuknya dan merupakan sifat Ma'nawi (tidak ada bentuk atau jisim). Semua orang tahu, mendengar itu suatu sifat ma'nawi yang dengan menetapkannya dengan maknanya dari sudut bahasa atau makna dhahirnya,  tidak menyebabkan seseorang telah menetapkan kejisiman kepada Allah s.w.t.. ini tidak berlaku, karena sifat mendengar itu sifat ma'nawi, bukan sifat jasmani yang memiliki makna kejisiman.

Sifat mendengar itu sendiri, dari sudut makna dhahirnya, ada tanpa berbentuk atau berjisim, maka bagaimana dengan menisbahkannya kepada Allah s.w.t. sesuatu makna dhahir yang menyebabkan Allah s.w.t. itu berjisim. Hal ini menjawab persoalan yang dimainkan oleh saudara Zain yang berbunyi: "Dengan pernyataan ini, kita tidak mengatakan bahwa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu telah menjisimkan Allah."

Memang dengan menetapkan makna dhahir mendengar kepada Allah s.w.t., tidak dikatakan menjisimkan Allah s.w.t., karena tidak ada kelaziman jisim bagi sifat mendengar itu sendiri. Bahkan, mendengar itu sendiri ada dalam keadaan tidak berjisim, bagaimana bisa dinyatakan bahwa mendengar membawa kejisiman jika menetapkannya kepada Allah s.w.t.??

Hal ini berbeda dengan makna dhahir "bersemayam" yang membawa kelaziman "bertempat". Inilah makna dhahir bersemayam dan bertempat merupakan kelaziman bagi makna dhahir bersemayam itu sendiri, walaupun caranya tidak diketahui, tetapi tetap telah menisbahkan tempat dengan menetapkan makna dhahir bersemayam itu sendiri.

Lihatlah lagi kekeliruan ucapan beliau, tatkala berkata: "Begitulah halnya dengan sifat bersemayam."…padahal Hakikatnya, bersemayam itu bukan sifat tetapi perbuatan!

Bahkan, kebanyakan golongan mutasallif sendiri menetapkan tempat bagi Allah s.w.t. iaitu di atas Arasy, karrna menetapkan makna dhahir bagi istiwa dengan makna bersemayam. Tetapi, mereka gagal memahami sebenarnya, istiwa' itu sendiri tidak sama dengan sifat mendengar, sekurang-kurangnya dari dua sudut iaitu:


  1. Mendengar ialah sifat sedangkan bersemayam bukanlah sifat, tetapi suatu perbuatan, yang mana sasarannya ialah zat yang melakukan perbuatan tersebut. 
  2. Mendengar tidak mempunyai kelaziman jisim sedangkan bersemayam mempunyai kelaziman bertempat, yang mana sesuatu yang bertempat (mengambil ruang) itu ialah jisim.

Jadi, tidak sama menisbahkan sifat mendengar kepada Allah s.w.t. dengan makna dhahirnya dengan menisbahkan perbuatan istiwa'kepada Allah s.w.t. dengan makna dhahir, karena istiwa mempunyai kelaziman bertempat, yang secara tidak langsung membawa faham kejisiman.

Oleh karena itu banyak golongan mutasallif yang faham dengan hakikat ini,maka tatkala menisbahkan tangan, wajah bersemayam dan sebagainya kepada Allah s.w.t., mereka tidak menafikan jisim bagi Allah s.w.t. dan tidak menafikan tempat bagi Allah s.w.t..

Cuba lihat perkataan saudara Zain setelah itu: "Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga bisa bersemayam. Namun sudah tentulah semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu. "

Penulis berkata:

Coba lihat, ada sesuatu yang tidak disertakan dalam nas perkataan beliau,kalau dibanding kan dengan ungkapan beliau terhadap sifat mendengar.   lihat kembali ungkapan beliau  ketika mengulas tentang sifat mendengar dan bandingkan dengan ulasannya pada waktu mengulas bersemayam ini. Cari apa yang tidak ada dalam ulasan beliau tentang bersemayam, dan tetapi ada dalam ulasan beliau tentang sifat mendengar,lihat :

Ulasa berkenaan sifat mendengar:

Allah Taala bersifat mendengar. Kita juga bersifat mendengar. semua Ini kita akui. Dengan pernyataan ini, kita tidak mengatakan bahwa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu sebagai menjisimkan Allah. Atau telah menyerupakanNya dengan makhluk. Karena sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar makhluk. Maha Suci Allah dari semua itu.

Ulasan berkenaan bersemayam:

Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga bisa bersemayam. Namun sudah tentu semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu.

Ulasan beliau tentang bersemayam hanya menafikan persamaan bersemayam Allah dengan bersemayam makhluk, tetapi tidak terdapat penafian terhadap kejisiman Allah dari konsep bersemayam tersebut, sedangkan dalam ulasan beliau berkenaan sifat mendengar, ia menyebutkan tentang penafian jisim .lihat perkataannya..!!. Tidak tahu saya apakah beliau terlupa atau apa, tetapi secara kebiasaan, golongan mutasallif khususnya, setelah menetapkan nas-nas mutasyabihat dengan "makna dhahirnya", mereka tidak akan menafikan kelaziman-kelaziman yang terkandung dalam makna dhahir tersebut, seperti jisim dan bertempat.

Mereka cuma mengatakan: "yang penting, tidak sama dengan makhluk!", padahal menisbahkan kejisiman kepada Allah s.w.t. itu dengan sendirinya  adalah suatu tasybih karena menisbahkan sifat yang hanya layak bagi makhluk yang lemah kepada Allah s.w.t.. Sesuatu zat yang berjisim itu mahdud (limited) atau terbatas dengan ruang, ada lebar, ukuran, bentuk dan sebagainya, yang mana itu tidak layak bagi Allah s.w.t..Tetapi, golongan mutasallif masih tidak mau mengakui hal ini ,karena terlalu sibuk membela sesuatu yang bukan menjadi pokok pertentangan antara mereka dengan Al-Asya'irah dan Ahlus sunnah wal jamaah.

Bersambung ke bag dua ====>>

DiNuqilkan Oleh : Bagus Rangin ~ Kertajati-Majalengka

pucukpucuk Agan sedang membaca artikel tentang: Tafwidh, Apa Itu Tafwidh": Pembahasan dan Bantahan [1]. Silakan agan copy dan paste atau sebarluaskan artikel ini jika dinilai bermanfaat,Ane juga menyediakan buku terjemahan kitab yang membantah wahabi: 1. buku "bid'ah mahmudah dan bid'ah idhafiyah antara pendapat yang membolehkan dan yang melarang" terjemah dari kitab: albid'atul mahmudah wal bid'atul idhafiyah bainal mujiziina wal maniin" karya Syaikh abdul fattah Qudais Al Yafi"i, 2.Terjemah kitab ‘At Tabaruk Bi As Sholihin Baina Al Muzijiin wa Al Maani’in: Mencari Keberkahan Kaum Sholihin Antara Pendapat yang Membolehkan dan yang Melarang, hub admin: hp/WA 0857-5966-1085.syukron :

*** Dapatkan buku terjemah disini ***

Share this article :

+ komentar + 6 komentar

Anonim
27 Oktober 2012 pukul 10.37

Assalamualaikum Ustd Ane Izin Share ya mksh .. www.almagrub.wordpress.com jgn lp mampir di blog ane

12 Mei 2014 pukul 10.08

tidak perlu bahasa bunga dan permata, langsung saja pada permasalahannya.. kesederhanaan itu ciri ahlussunah bahkan dalam tulisan.
saya bukan asy'ari bukan juga wahabi. bagi ustadz-ustadz yang hanya memperdalam permasalahan asma dan sifat Allah dan tidak menyerahkan pemaknaannya sesuai dengan pemahaman Rasulullah dan para Sahabat, atau terus menggali seperti orang Yahudi diberi perintah menyembelih sapi, malah bertanya dan terus bertanya yang akhirnya menyulitkan sendiri dan membingungkan umat, kalian semua orang yang hizbiyyah.. membela kelompok sendiri..tidak punya pendirian, terbawa isu tanpa cek asalnya dari mana. cukup dengan tahu itu perkataan ulama..padahal ulama juga manusia.. semua ulama berbuat kesalahan. hanya salafussalih dan ulama yang bersandar kepada mereka yang mengikuti Ahlus sunnah yang sebenarnya. ulama yang menciptakan metodologi penelitian yang secara tidak sadar berdasarkan metode mu'tajilah (warisan yunani), hanya membuat fragmen pada persatuan umat. metode mereka menimbulkan fanatisme orang yang hanya mencintai dan mengagungkan logika guru mereka dan mereka sendiri... kembalillah kepada yang terdahulu,..bukan yang terbaru... lihatlah kurun waktu mereka yang kita ikuti.. hati-hati pada masa setelah imam yang 4.

28 September 2014 pukul 13.10

Permasalahanya apakah yad, wajh, rijl , istiwaa', nuzul dn sifat Allah lainya yg disebutkan dlm Al Quran dn Assunnah trmasuk lafadz bhs Arab atw bukan ? Klw dikatakan bukan lafadz bhs Arab, maka tdk ada prdebatan lgi diantara kita, krn sdh brbeda pijakan.Namun prtanyaanya knpa Allah dn Rasul Nya mngungkapkanya ke dlm lafadz bhs Arab ? Knpa tdk mnggunakan lafdz yg majhul ? Spt bbrp lafdz dlm Al Quran yg lafadz nya majhul, spt pd kbanyakan awal surat. Atw knpa ga dgn bhs Ajam ?
Tapi kalau dikatakan bhw yad, wajh , rijl dn yg lainnya adalah lafadz bhs Arab, maka kita sepakat. Dan kita sepakat pula bahwa Allah Azza wa Jalla berfirman :
" Dan sesungguhnya ( Al Qur an ) ini benar2 diturunkan oleh Rabb semesta alam. Yang dibawa oleh Ruhul Amin ( Jibril ). Kedalam hatimu ( Muhammad ) agar engkau termasuk org yg memberi peringatan. Dengan bhs Arab yg jelas ! " ( QS. Asy Syu'aro' : 192 - 195 )
Maka ketika Allah dn Rasul Nya mngungkapkan Kalam Nya dlm lafadz bhs arab kpd manusia, maka lafadz tsb maklum ( bsa di mngerti dn diketahui ) makna dzahirnya secara mutabaadiroh ( spontan/ scara otimatis ) oleh bangsa Arab sbg konsekwensi dri ayat diatas.
Dan inilah yg dipahami salafus shaleh, sehingga ketika mrk mnghadapi lafadz2 ttg sifat Allah mrk mbgatakan " biarkan sebagaimana datangnya ," .Maksudnya biarkan apa adanya dgn mkna dzahir yg sdh menempel pdnya dan sdh dimaklumi. Krn itulah Imam Malik mngatakan Istiwaa' itu maklum ghoiru majhuul.
Kayfiyah nya majhul ghoiru ma'qul
Dan klw lafadz tsb dri bhs Arab tpi maknanya ga diketahui, maka sdh mengingkari Firman Allah diatas. Sbb mustahil lafadz2 yg diambil dri kosa kata bhs Arab yg trdapat di dlm Al Quran dn As Sunnah kosong dri makna yg diketahui.

28 September 2014 pukul 13.13

Adalah suatu kekeliruan jika manhaj Tafwidh ( hnya menerima lafadz tanpa makna ) dikatakan sebagai manhaj salafus shaleh.
Al Imam Adz Dzahabi Asy Syafi'i dlm kitabnya Al 'Uluw hal 532, ketika menceritakan biografi Al Qodhy Abu Ya'la, beliau berkata :
Kalangan muta'akhirun dri Ahli Nadzor yakni Ahli Kalam, mrk mengatakan suatu perkataan yg tdk ada seorangpun yg aku ketahui ada yg mendahului pernyataan tsb. Mrk mngatakan : sifat2 ini biarkan sebagaimna datangnya ( ykni biarkan apa adanya ) dan tdk boleh dita'wil dgn suatu keyakinan bahwa dzohir dri maknanya bukanlah yg dimaksud."
Al Imam Adz Dzahabi mnjelaskan bahwa manhaj tafwidh adalah bidah nya kaum muta'akhirin dri kalangan ahli kalam, krn sblm mrk tdk ada seorangpun yg mnyatakan demikian. Ini sbg bentuk pengingkaran dri beliau bahwa manhaj tafwidh itu manhaj yg disandarkan kpd salafu shaleh.

28 September 2014 pukul 13.18

Simak penjelasan dri Al Imam Al Hafidz Ibnu Abdilbar ( 368 H ) dlm kitab nya At Tamhiid juz 7/ 145 :
Ahlu Sunnah sepakat utk menetapkan seluruh sifat2 ( Allah ) yg trdapat didalm Al Quran dan As sunnah, mengimaninya dan membawa sifat2 tsb kpd makna yg sebenarnya, bukan kpd majaz. Namun mrk tdk mentakyifnya sedikitpun thd sifat2 tsb. Tdk pula membatasinya dgn sifat2 yg sempit ( terkungkung ).
Abu Utsman Isma'il Ash Shobuuni ( 449 H ) dlm kitabnya " Aqidatus Salaaf Ashaabil Hadiits "
" Dan bgtu pula mrk ( kaum salaf ) mngatakan ( menetapkan ) brkaitan dgn seluruh sifat2 yg disebutkan di dlm Al Quran dn dibawa oleh kabar2 yg shahih, berupa : sama', bashor, 'ain, wajh, ilmu, quwwah, qudrah, 'izzah, udzmah, irodah, masyi'ah, quol, kalam, ridho, sukht, hayyah, yaqdzoh, farh, dhohak dan yg lainnya ( mrk menetapkannya ) dgn tdk adanya penyerupaan ( tasybih ) sedikitpun dri sifat2 tsb dgn sifat2 makhluk. Bahakan pdnya mrk berhenti pd apa yg dikatakan Allah ta'ala dn apa yg dikatakan Rasul Nya shallallohu 'alaihi wa sallam dgn tdk menambahkanya, tdk mentakyifnya, tdk mentasybihnya, tdk mentahrifnya, tdk merubahnya , tdk mnghilangkan lafadz khabar dri yg diketahui bngsa Arab, tdk memalsukannya dgn ta'wil yg mungkar, dan membiarkannya atas makna dzahirnya serta mnyerahkan ilmu nya kpd Allah ta'ala. Dan mrk pun menetapkan bahwa tdk ada yg mngetahui ta'wil nya kecuali Allah."

25 April 2016 pukul 09.23

http://redzwang.blogspot.my/2012/03/menolak-fahaman-tajsim.html

Posting Komentar

Jangan lupa Tulis Saran atau Komentar Anda

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger